Sunday, October 31, 2010

Himpunan HADITH

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”

Riwayat Ibnu Abi Dunya

Saturday, October 30, 2010

Himpunan HADITH harian JAKIM

Kategori : MUAMALAT Kewangan Islam
Tajuk :
Islam Dan Pekerjaan
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya”

Riwayat Ibn Majah

Huraian
i) Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek jihad.
ii) Bekerja adalah senjata utama untuk memerangi kemiskinan, modal dalam mencapai kekayaan dan faktor dominan dalam mencipta kemakmuran hidup.
iii) Seseorang itu dituntut supaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan tekun untuk menjamin kebersihan upah yang diterima daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang dibuat hendaklah diniatkan kerana Allah.
iv) Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah iaitu:
- mendapat balasan dalam bentuk material (gaji)
- mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyiapkan atau menyelesaikan kerjanya
- mendapat pahala untuk bekalan di hari akhirat.
v) Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya.” .

Wednesday, October 27, 2010

tukar LANGKAH!!! check 1..2

SPM is around the corner..bebudak 5Elit dah makin terasa BAHANG kehangatannya..dah nampak 'Perubahan Sikap' yg amat ketara pada diri mereka..sesekali je diaorg bersantai, cuba melepaskan tekanan.."doa cikgu sentiasa bersama korang semua..insya Allah"..semua guru matapelajaran tak jemu2 memberikan BEKAL buat korang semua.."moga korang semua berSYUKUR dan tak mensia-siakannya..amin"

KIMIA..antara killer subjek..tiap2 tahun diri ini merasa gentar tatkala anak2 didik melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan..pelbagai teknik digunakan masa buat revision ngan bebudak..tahun ni lain skit...kita tukar LANGKAH!!! check 1..2.. ;) start last year..guna soalan trial negeri2..tapi last year guna kaedah PAK (bdk jwp sendiri, marking sendiri, ikut kemampuan masing2..tak paham baru tanya..cikgunya bimbing dari semasa ke semasa) Dasar Pecah Perintah (group kan ikut markah trial, bg tumpuan lebih pd yg lemah)..but this year..ASSIGNMENT & DISCUSSION...bebudak akan diberi ASSIGNMENT memasing tuk disiapkan di rumah sbg ulangkaji tambahan, mengikut kelemahan memasing (K1, K2 @ K3)..marking sendiri..tak phm baru tanya..cikgunya hanya berikan 'COP MOHOR' bg kerja tersebut..bagi DISCUSSION plak..seboleh mungkin, diri ini akan bincangkan soalan K3 dan K2 (bahagian A) dlm kelas...setakat ni masih lagi berbincang soalan trial negeri ke-2..targetnya 4 negeri..2 more to go...insya Allah akan cuba dihabiskan...agak lambat tapi puas hati..bincang 1 SOALAN & dikupas 1 BAB...alhamdulillah..diri ini pun dah makin mantap dari segi CONTENT dgn izin Allah..xde la cam dulu2 masih terkial2 lagi..syukur alhamdulillah..Thank You ALLAH..dan jutaan Terima Kasih kepada GURU2 SENIOR di Sabah mahu pun di Semenanjung yg tak LOKEK berKONGSI ILMU...

kalo berdasarkan HC agak mencabar..last year 3 A's, rezeki bebudak tu..alhamdulillah..this year, akan ada 'A' kah??? semua pun dengan ketentuan dan keizinan Allah S.W.T, tiada daya dan upaya melawannya..yg pentingnya usaha kita 'A'...insya Allah..

insya Allah, diri ini akan terus berjuang...never give up..dan alhamdulillah..bebudak dah makin paham..DISCUSSION menjadi semakin rancak..muka bebudak berSINAR2, tanda diaorg makin FAHAM dan makin MANTAP insya Allah..dan moga result tahun ni makin berKUALITI hendaknya...amin

Monday, October 25, 2010

GURU 360 darjah

apakah itu??? hmm..GURU 360 darjah..cuba teliti gambar kartun kat sebelah tu..bnyk kan, KEJE CIKGU ni?...itulah hakikatnya... ;) GURU perlu memikul setiap sudut tanggungjawab...

Bukan nak merungut, cuma nak memberitahu kpd sesiapa yang tak sedar atau tak tahu, bahawasanya keje cikgu bukan setakat MENGAJAR sahaja...kalau ada si TERUNA nak menjadikan seorg CIKGU sebagai SURI hidup mu..atau ada pakcik makcik yang nak menjadikan seorg CIKGU sebagai menantu,dek kerana kerja setengah hari..dan boleh bagi tumpuan lebih pada keluarga.. ada baiknya difikirkan berkali-kali.. :)

sekilas pandang CIKGU ni keje setengah hari..hakikatnya selalu jugak la lebih drpd setengah hari..kekadang perlu juga bertugas pada hari cuti..kalau cuti sekolah 'boleh dipanggil bertugas pada bila2 masa'...keje tak habis kat sekolah, terpaksa bawa balik kerja ke rumah..cam CIKGU dlm gambar tu..manakan mampu dihabiskan KEJE yang begitu banyak di sekolah ...kat sekolah kena MENGAJAR..MENDIDIK..ini TUGAS HAKIKI..KEJE2 yg lain pun tetap perlu dikelek..tanpa ada satu pun yg tercicir..

kenapa diri ini nak menjadi CIKGU?? masa sekolah rendah, mak mengasuh anak2 jiran..ibu bapa diaorg semuanya CIKGU..nmpk cam rilex je, setengah hari dah balik rumah..bestnye la bisik hati kecik ni..hehe..lagi pun drpd kecik diri ini kena mengajar adik2..ajar ABC, 123, alif ba ta, sifir..almaklum la anak sulong la katakan..balik kampung..arwah opah suruh mengajar sepupu sepapat plak..kadang2 kami main CIKGU2...hihi...so, mmg minat mengajar secara tak langsung..dlm buku autograph pun tulis 'cita2: Pensyarah, Guru'...

syukur alhamdulillah..belajar punya belajar..dapatlah segulung ijazah PENDIDIKAN..akhirnya cita2 tercapai..PENSYARAH??? sampai saat ini masih belum berminat nak teruskan cita2 tu..belum puas dipanggil 'CIKGU' ;) ...gembira tidak terkata dpt jadi CIKGU, tapi kegembiraan itu bagai direntap pada tahun pertama bergelar seorang CIKGU..bukan sebab dah tak minat mengajar, tapi tak tahan dengan KEJE yang banyak itu...hampir2 give up..dlm hati tak habis2 berkata "kalau tak jadi cikgu pun takpe kalau camni"...rupanya CIKGU adalah pekerjaan 360 darjah..perlu tahu buat semua KEJE2 lain yang diamanahkan...CIKGU kena tahu mengajar (wajib), kena tahu menjadi setiausaha (buat minit, surat dll), kena tahu jadi coach (kokurikulum) , dll (bleh rujuk gambar)...setahun dua tu mmg perit la, nangis babe...sementara nak biasakan diri..masa tu nak mengajar pun agak terkial2..berkepit ngan buku je ngalahkan bebudak yg nak peksa..coz kalau tak kuasai apa yg nak diajar cmn nak mengajar plak kan??..sambil2 tu kena plak buat keje2 sampingan yg lain..kena uruskan itu ini..masa tu rasa diri ini lah yg paling sibuk..tak menang tangan rasanya..TAPI hakikatnya itu baru 10% daripada keSIBUKan sebenar seorg CIKGU..

setelah hampir sedekad menjadi CIKGU..diri ini masih SIBUK..skrg ni double triple SIBUK rasanya kalau nak dibandingkan ngan dulu..tapi dah lebih tenang menghadapi situasi..alhamdulillah..dulu rasa susah coz semua benda pun tak tau..kadang2 kena mulakan KEJE dgn keadaan ZERO pengetahuan tentang bahagian tersebut..KUNCI UTAMAnya berTANYA...ni ada pepatah moden "MALAS berTANYA, SUSAH la nak buat KEJE" hehehe..

buat sesiapa yang nak menjadi GURU...atau yang BARU menjadi GURU..kita tak boleh lari daripada menjadi GURU 360 DARJAH...siap sediakanlah diri mu wahai PENDIDIK..ringankanlah mulut mu berTANYA dan rajinlah BELAJAR..BELAJAR daripada org yg lebih berpengalaman..BELAJAR daripada PENGALAMAN..jangan berhenti mengayuh...wallahu'alam

>>jiran2 dulu tu, CIKGU2 tu..sudah tak rilex gak.."kalau la along tahu jadi CIKGU ni sibuk cmni, tak jadi CIKGU la kot"..diri ini sekadar bergurau ngan jiran2..hehe..in fact I LOVE my PROFESSION so much..

Friday, October 22, 2010

Bagi ANDA???

semua pun kenal ngan icon ni kan??..daripada seawal usia di sekolah rendah sehingga la yang berusia emas semua pun familiar ngan icon ni..kalo bleh hari2 nak mengadap laman sosial ni..FACEBOOK (FB)..apakah FB bagi ANDA???

Bagi DIRI INI..ia sesuatu yang MENARIK sehinggakan kita TERTARIK..masa kan tidak..bagaikan ada yang kurang andai sehari tak menjenguk akaun FB ni..hehe..diri ini menjadikan FB ni sbg laman tuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin mahu pun baru dijalinkan..diri ini turut menjadikan FB sbg medan ilmu..tempat perkongsian ilmu..ia bagaikan telaga ilmu bagi diri ini..ramai kawan2 share artikel2, video2 dan note2 ...cumanya kita kena tapis ilmu2 ni, moga tidak tersalah menuntut ilmu..maka perlu merujuk ustaz or ustazah dan juga orang bijak pandai, andainya kurang pasti atau kurang faham dgn ilmu yg dikongsi tersebut..bagi diri ini ia adalah aktiviti sihat..diri ini pernah jugak terjebak dgn game2 kat FB..mmg tersangatlah ketagihnya..takde salahnya bermain di FB andai tahu menguruskannya..memandangkan diri ini yg sentiasa over tatkala bermain..lupa makan, kurang tido dan terlampau asyik dgn permainan sehingga kurang memberi tumpuan pd urusan2 yang lain..pendek kata dah tak boleh nak kawal diri, maka diri ini mengambil keputusan untuk berhenti bermain..tapi diri ini masih ketagih dgn FB..kali ini ketagih dengan PERKONGSIAN PINTAR (smart partnership), suka membaca artikel2, note2 dan menonton video2 (mcm2; kuliah agama, video clip nasyid modern kontemporari, dokumentari)...diri ini juga tidak ketinggalan dalam aktiviti berkongsi ni..kadang2 share bahan2 drpd kawan2, kadang2 berkongsi ilmu yang di baca di blog..bukanlah tujuan diri ini nak menunjuk-nunjuk, apatah lagi nak membangga diri dengan ilmu yg ciput ni..semuanya pun ilmu ALLAH..diri ini hanya mengharapkan agar ilmu ALLAH ini sentiasa berkembang dan menjadi pedoman buat kita semua...insya Allah..

dan satu yang agak membimbangkan diri ini..FB makin ‘open’: kita di tag pd event kwn, gmbr, kad jmptn kawin (siap ngan peta rmh pengantin) kwn2 kpd kwn kita pun bleh tau...kita comment kat kwn yg bkn kwn kpd kwn2 kita..kwn2 kita bleh tau gak.."kn ada brita kat yahoo tu, org kna rompak sbb dia bg almt umah kat fb.. bla bgtaw nak g holiday, dtg la prompak tu time umah ksong..." kata sahabatku jue..so, we shouldbe extra careful from now on..

apa2 je la tanggapan kita berkaitan dgn FB ni..yang pentingnya kita cuba MANFAATkannya sebaik mungkin...moga kita tak terjebak dalam dosa dgn ketagihan kita ini..dan moga ALLAH sentiasa memelihara kita..amin

di sini saya kongsikan artikel berikut:

Dosa-dosa & Facebook [zaharuddin.net]>>klik sini

Thursday, October 21, 2010

gambar anak2 didik yg 'FOBIA KIMIA' konon..








***harapan diri ini moga kalian tidak lagi fobia dgn KIMIA atau pun CIKGUnya lagi lepas ni..we learn together ;) ...and i know all off U can do better in future...insya Allah

Thursday, October 14, 2010

FOBIA KIMIA

nak tau tak??? bebudak tingkatan 4 yang kononnya FOBIA KIMIA..belajar kimia 2 jam setengah hari ni...atas kehendak sendiri...tak nak berhenti-henti...cikgunya??? of course la happy...sebelum ni kalau dok dalam kelas kimia...muka monyok je, memasing..lambat je masuk lab..yang ponteng kelas pun ada..

hari ni..HARI INI DALAM SEJARAH; 14 Oktober 2010..8org budak yg BEBAL KIMIA itu..bersungguh-sungguh belajar..sampai pandai menulis FORMULA SEBATIAN KIMIA...pandai tulis PERSAMAAN KIMIA..terharu dan terkesima diri ini...syukur alhamdulillah..KAU telah memberi diri ini idea tuk mengajar bebudak ini..

diaorg bermain..tu yang tak sedar dah pun menguasai kemahiran yang selama ni teramat susah bagi diaorg..bersaing hebat antara satu sama lain..mood stress bertukar gembira dan saling mencabar anatara satu sama lain..

daripada pemerhatian yang dilakukan...kaedah PANDANG2; JELING2 dgn bantuan CF SET..telah berjaya mencapai objektifnya..BELAJAR sambil BERMAIN...harap2 data yang akan dikutip minggu depan, membenarkan pemerhatian ini..

>>insya Allah akan di masukkan gambar bebudak ni

Tuesday, October 12, 2010

"saya pun nak berjaya, cikgu"

Allahu akhbar..inilah ungkapan paling indah menjadi halwa telinga pada hari ini...diucapkan oleh seorang pelajar lelaki yang lagaknya acuh tak acuh sepanjang diri ini mengenalinya..bekas pelajar MRSM ini seperti memberontak semasa di tingkatan 4..dek kerana keputusan PMR nya yang kurang cemerlang, anak ini tidak dapat melanjutkan pelajarannya ke MRSM..anak ini pernah ditangkap kerana merokok pada tahun lepas..anak ini sering tidak hadir ke kelas2 tambahan yg diadakan...pernah bersembang dari hati ke hati dengannya..tapi dia hanya diam membisu..raut wajahnya tidak memberi sebarang emosi..ditelan semua emosinya..diri ini hanya mampu memberi sepotong dua nasihat dan berdoa moga anak ini sedar akan tanggungjawabnya..bagi mengembirakan dirinya, diri ini sering mengusik di dalam kelas..walaupun hati ini sering sakit dengan sikapnya yang acuh tak acuh itu..bijak budaknya..cumanya dia masih belum tahu potensi dirinya dan tenggelam dalam dunia emosi ciptaannya...

pagi ini..setelah habis mengajar kimia..diri ini menyemak latihan tambahan yg telah mereka lakukan sendiri di rumah..termasuk anak ini..dia juga turut meminta agar latihannya di semak.."alhamdulillah..banyak gak buat ye..rajin..rajin" ..."saya pun nak berjaya, cikgu" sepotong ayat yang ikhlas daripadanya...moga dia lulus dengan cemerlang...moga Kau kabulkan doa hamba mu ini Ya Allah...moga semuanya lulus dengan cemerlang...amin

Di kalangan manakah kita berada?

apabila berada di kalangan orang yang suka merungut..kita pun turut merungut,

apabila berada di kalangan orang yang suka menyalahkan orang lain..kita pun turut menyalahkan orang lain,

apabila berada di kalangan orang yang suka mengumpat..kita pun turut mengumpat,

apabila kita berada di kalangan orang yang suka menghabiskan waktu dgn sia2...kita pun turut menghabiskan waktu dgn sia2,

apabila kita berada di kalangan orang yang malas..kita pun turut malas,

apabila kita berada di kalangan orang yang rajin..kita pun turut rajin,

apabila kita berada di kalangan orang yang sentiasa mendambakan ilmu..kita pun turut mendambakan ilmu,

apabila kita berada di kalangan orang yang bersaing secara sihat..kita pun turut bersaing secara sihat,

apabila kita berada di kalangan orang yang mencipta kejayaan..kita turut mencipta kejayaan,

apabila kita berada di kalangan orang yang bersyukur..kita turut bersyukur

apabila kita berada di kalangan orang yang beriman..kita turut akan beriman..insya Allah

Di kalangan manakah kita berada?

wada
4am
12 Oktober 2010

Kuatkan diri mu, wahai diri

terjaga jam 1.15am..pusing kanan...pusing kiri..tak jugak bleh dilelapkan mata..nervouskah diri ini??? ada tanda2 kurang sihat..kesan daripada keletihan yang melampau...seminggu lebih dah migrain..bleh dikatakan setiap hari..dari pagi hinggalah ke malam..terpaksa bertahan dengan pil penahan sakit..kalau teruk sangat pil migrain...insya Allah cuti nanti nak berbekam...iya..bekam yg keluar darah tu..bagus tuk keluarkan toksin dalam badan..dah lama tak buat, hampir 2 tahun..mmg patut la selalu sakit2..i think, kandungan toksin dah tinggi ni..

diri ini terasa sgt2 stress lately..keje bertimpa-timpa..hampir2 give up..dan alhamdulillah dgn bantuan dan pertolongan Allah..diri ini masih mampu bertahan dan sedang bergelut menyiapkan tugasan2..moga diri ini tidak demam.."Ya Allah, Kau sihatkanlah tubuh badan ku ini..supaya aku dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan pada ku ini..tidak ada keupayaan dan kekuatan, melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha tinggi dan Maha Kekuasaan Besar...amin"

kenapa nervous?? hmmm...camni ceritanya..dengan tak disangka2 Kajian Tindakan(KT) yang dibuat pada 2009 telah terpilih ke Seminar Inovasi P&P Sains dan Matematik Melalui Kajian Tindakan Negeri Kedah..syukur alhamdulillah..di kala diri ini membuat KT pada tahun lepas hanya semata-mata untuk mendapatkan ilmu..tak pernah terfikir pun ia akan pergi sejauh ini..tambahan plak ini merupakan cubaan yang pertama...mmg teringin sgt2 nak buat KT sejak 2006..tapi diri ini tidak terpilih pada tahun tersebut tuk mengikuti kursus yang dianjurkan (pemilihan dibuat oleh ketua jabatan)...tahun lepas pun diri ini tidak dipilih ke taklimat KT yang diadakan..dpt tahu mengenai taklimat tu pun drpd kwn lama yg kebetulan mengajar sedaerah (thanks kak ila)..surat panggilan atas nama org lain..tapi dek kerana teringin sangat2 nak tau apa itu KT, diri ini ingin menghadiri taklimat tersebut..org tersebut bersyukur sgt2, coz beliau tak mahu terlibat dgn KT, ada komitmen lain..pihak pentadbir membenarkan diri ini pergi menggantikan org tersebut..di situlah segala-galanya bermula..tapi tahun ni tak sempat nak buat dek kerana ada komitmen tugas yang lain..insya Allah..tahun depan cabaran KT akan disahut lagi..
kelmarin PPD mengumpulkan semua pembentang, sebagai persiapan tuk pembentangan esok..kami hanya diberi masa seminggu tuk menyiapkan power point presentation dan persediaan diri...dgn tugas2 hakiki yang masih digalas..sejujurnya diri ini hanya membuat bahan persembahan tersebut pada cuti hujung minggu baru ni..

diri ini menjadi begitu kagum dengan salah seorang peserta..beliau lebih senang org memanggilnya kak dah..orgnya mesra dan tak lokek ilmu..inilah 1st time diri ini mengenali kak dah..hanya sempat berbual masa time makan..kak dah sempat berkongsi pengalamannya semasa beliau sambung master part time dulu (di kala masih belum adanya wireless broadband, semestinya tidak semudah sekarang)..mendengar pengalamannya, merasakan diri ini sungguh kerdil sekali..kak dah menghadapi pelbagai ujian..tapi beliau tetap tabah dan sentiasa senyum...kak dah beranak 4 semasa memulakan pengajian dan dikurniakan lagi 2 org cahaya mata semasa pengajian..dgn tanggungjawab sebagai PELAJAR, GURU, PEKERJA, IBU dan ISTERI ia cukup berat bagi diri ini..dan semuanya dilakukan sendiri menurut kak dah..tanpa pembantu rumah dan berjauhan pula dengan suami..sungguh hebat kakak ini, detik hati kecil ku..kak dah tersenyum dan ketawa dikala menceritakan pengalamannya itu..diri ini cuba mengorek perasaannya di kala itu..mmg tiada sekelumit pun yang terkeluar daripada mulutnya perkataan 'susah' dan jauh sekali mengeluh...subhanallah..moga kak dah akan terus cemerlang..

ramai GURU2 yang akan mengeluh tatkala diberi tugasan di luar tugasan utamanya iaitu mengajar...terkadang diri ini turut mengeluh kecil dan sering mengungkapkan perkataan 'susah' dikala dihimpit stress..peluang bertemu dgn kak dah betul2 membuka minda ini..Kuatkan diri mu, wahai diri!!!

**doakan diri ini dan juga kak ila ye..moga kami berdua tak nervous masa pembentangan esok..

Saturday, October 9, 2010

CIKGU dulu & sekarang

bukan nak coret tentang beza cikgu dulu dan sekarang...tapi nak coretkan tentang diri sendiri sebagai Cikgu..

masa awal2 posting dulu..muda remaja lagi masa tu..masih LEMAH LEMBUT..lagaknya seperti cikgu praktikal..almaklumla, mmg kebetulan baru abis praktikal..belum lg abis praktikal terus dapat surat posting ke SABAH...fuuuh..airmata tak tertahan2, menangis di tepi parit kat sekolah praktikal masa call abah bagitau pasal tu...diberi hanya 2minggu je tuk settle kan semua sebelum berangkat ke NEGERI DI BAWAH BAYU itu..pernah ke sana merupakan 1 tiket bagi diri ini..at least xde la takut sangat, coz pernah la jugak menjejakkan kaki ke sana...

bercerita tentang LEMAH LEMBUT...karakter ni tak bertahan lama..start je lapor diri diberi tanggungjawab memegang kelas 3 Gemilang..bebudaknya...hmmmm...nakal..nakal budak..tak kurang ajar..tapi kekadang mencabar LEMAH LEMBUT ku itu...perlahan-lahan diri ini berubah..dah pandai pegang rotan..perlahan-lahan diri ini berubah lagi..dah pandai menggunakan bahasa yang kurang enak didengar..astaghfirullah..moga Allah ampunkan diri ini..diri ini sering kalah pada emosi..tunduk pada nafsu..darah muda la katakan..asyik nak marah je..

hari berganti hari..minggu berganti minggu...bulan berganti bulan..tahun berganti tahun diri ini sudah hilang LEMAH LEMBUTnya..tuk mengawal bebudak yang semakin nakal & ada sesetengahnya yang kurang ajar..diri ini perlu kuat..maka diri ini menjadi seorang yang GARANG...TEGAS..kata2 yang dilontarkan dengan nada yang keras..dengan wajah yang serius..niat ku satu..ingin anak2 ini berubah..ingin anak2 ini sedar betapa besarnya cabaran diluar sana..

setelah 6 tahun berkhidmat diperantauan..akhirnya diri ini mengambil keputusan tuk berkhidmat di tempat sendiri..masih lagi berperwatakan demikian..anak2 di sini juga lebih kurang sama..anak2 yang leka dengan dunia sendiri..yang tidak sedar akan arus yang mencabar sedang menanti mereka di luar sana..diri ini masih seorang yang TEGAS..tapi, lama-kelamaan diri ini merasakan anak2 ini sudah tidak boleh lagi diajar dengan rotan..sudah tak boleh dilontarkan kata2 dengan nada yang keras..anak2 ini sebenarnya perlu dibelai, disentuh jiwanya, ditegur dengan berhemah..

maka sekarang ni..diri ini berubah lagi..bukan lagi seorang CIKGU TEGAS yang GARANG..tetapi CIKGU TEGAS yang LEMAH LEMBUT...insya Allah..akan ku cuba mengawal diri ini supaya tidak tersasar pertimbangan ku...Ya Allah..bimbinglah hamba mu ini di dalam mendidik anak2 ini..moga semuanya menjadi anak2 yang soleh dan solehah..amin

msg CINTA antara MATUL dan SAYA

dulu kan sy silap..semua org kata..CINTA ni perlu dicari..kalo dok diam je..mn la org nak kenal kita..cmn la org nak jatuh cinta kat kita..so..kena la bekenal-kenalan..berkawan2 dgn harapan akan berCINTA dan kawin..which is no..no..no..itu bukan caranya..Allah mmg suruh kita berUSAHA dan berCINTA..tp berUSAHA dgn cara berDOA dan mengHARAP hanya padaNYA..moga diberikan jodoh yg baik2 buat kita..dan berCINTAlah selepas AKAD hingga ke syurga...insya Allah...

so..matul..jgn tiru mcm sy ye..CINTA sblm AKAD ni..ngarut ja..kalo tersuka kat someone...angkat tangan berDOA pada ALLAH..xyah bg hint ke..or ckp apa2 kat org tu..org akan kata kolot..but this is the best way & the islamic way..wallahu'alam

kalo sy tau dulu..xyah la penat2 berCINTA...ALLAH pun tak redha..moga ALLAH terima taubatku ini :(
_______________________________________________
cikgu... wallahi.... sy nangis baca ni..... sedihnya... pagi2 cikgu da buat sy kuar kan airmata.... :(

ya cgu.... sy akan ingat pesanan cgu ni.... insya-Allah...
alhamdulillah, sampai sekarang ni Allah masih jaga saya dlm cinta cintun ni.... belum ada lagi istilah 'kapel' selama sy hidup..
Allah da jaga, x akan sy sia2kan.... kan cgu...
dalam Allah nak jaga tu, DIA masih nak uji hati n perasaan.... alhamdulillah cgu, sy bole atasi.... n elakkan semua tu..... mmg payah nak jaga hati......
_______________________________________________

amin ya Rabb... jaga hubungan dgn Allah, baru dapat jaga hubungan dengan manusia... doa senjata mukmin mukminah...
saling ingat mengingati, itu la islam sejati.... ;)

sy pesan dgn diri saya... "jgn harapkan lelaki seperti Ali, jika diri x semulia Fatimah" ..... :(

ni ayat tuk cgu,n sy......
"....usahlah dirimu risau andai dirimu blm ada pasangan,namun sematkan krisauan dlm hatimu andai imanmu bkurangan, aqidahmu terhakis sepnjg kehidupan.Usah risau andai dirimu tidak rupawan,tp selitkanlah kerisauan dlm jiwamu andai akhlakmu semakin menghilang. Usahlah risau andai diri kurang berharta, tp risaulah andai masih miskin dgn amal bekalan di akhirat sana..."
______________________________________________

**thanks my dear..kata2 mu itu akan ku jadikan azimat buat diri ini..

dan ingatkan MUSLIMAH REMAJA di luar sana....perliharalah akhlakmu..pupuklah CINTA hanya pada NYA..jauhilah CINTA sebelum AKAD..kerana diantaranya adanya SYAITAN durjana..nau'zubillah..teguhkanlah CINTA padaNYA andai diintai CINTA SANG TERUNA..andai diGODA hawa & nafsu...tepis dan tangkis dgn SENJATA DOA dan IMAN..wallahu'alam

Friday, October 8, 2010

RENTAK tak seiring LANGKAH

sakit yang kelakar

dalam dok kalut2 menyiapkan keje2 yg diamanahkan..kepala dok serabut..bak kata sorang kawan ni.."kami nampak kepala hangpa ni dah mcm pokok yang merimbun..coz dok pikir macam2"..hehe..makanya terjadilahbeberapa siri insiden kat diri ini..

5 okt~ awal pagi sebelum kelas bermula..
dengan berkasut tinggi (dlm 1.5 inch je pun..tapi tumitnya kecik) diri ini bergegas ke makmal tuk memaklumkan pertukaran tempat 2 buah kelas kpd bebudak..dlm perjalanan ke kelas yg 1 lagi, sempat menegur bebudak yang masih berkumpul di depan makmal IT dan belum masuk ke kelas masing2...tiba2...Allahu Akhbar!! terjerit kecil dan bedebab..sedar2 je dah berada dlm posisi duduk antara dua sujud...terpaksa menahan malu time tu dgn kontrol selamba...mmg ramai org kat sekitar kawasan tu..sakit jgn cakap la..hanya Allah je yg tahu betapa sakitnya kaki ini...dlm setengah minit jugak la mengumpul kekuatan diri untuk bangun..gagahkan diri jugak tuk bangun...melangkah perlahan-lahan dlm selangkah king kong je jaraknya..dan hanya mampu melambai budak dlm kelas tersebut tuk memaklumkan tentang pertukaran kelas tadi...yg peliknya..tak terdengar plak bebudak ketawa time jatuh tu...or ada yg ketawa tapi diri ini yg tak perasan coz menahan sakit dan cuba berlagak seslamber yg boleh..bila difikir2kan balik...malu wooo...hehe

>>malam tu pergelangan kaki kiri bengkak...masuk angin..alhamdulillah tak terseliuh..di kala ini pun..bengkak masih lagi belum surut sepenuhnya...

6 okt~kejadian ni adalah siri kejatuhan yg paling lucu dlm sejarah hidup ini...kali ini pakai kasut yg gaya dolu2 (tapak tebal tu)..sepatutnya agak stabil..makanya coz dah terlambat dlm 2minit tuk kelas..diri ini bagaikan peluru meluru ke kelas..kelas tersebut plak berada ditingkat dua..lagi 4 anak tangga nak sampai ke atas..entah di mana silapnya..langkah yg diatur tidak seimbang..mungkin kerana kaki yg masih bengkak memberi efek pada posisi badan (konon..huhu~) maka tersalah pijak satu anak tangga dan diri ini terus tersungkur...yg lawaknya..kasut terpelanting ke tingkat satu..sambil gelak2 terdingkut2 berkaki ayam ke tingkat 1 mengambil kasut...alhamdulillah takde sesapa yg melalui kawasan tersebut...kalo tak..hmm dihentam dek kasutlah mangsa tersebut..rasanya takde yg nmpk kejadian kecuali Allah..tapi tak tau la plak, kalau diri ini tak perasan..cumanya bertembung ngan sorang cikgu ni kat tangga..time tu baru nak kutip buku2 kat lantai..sempat jugak dia menegur "awat? jatuh ka?" diri ini hanya mampu senyum je..malu nak ngaku babe...hehehe

**inilah yang terjadi apabila RENTAK tak seiring LANGKAH

Bergantungharaplah hanya pada NYA

Al-kisahnya sejak start keje lepas menyambut aidilfitri, diri ini diuji dengan bebanan keje yg superb (pinjam ayat org skrg..hehe)...mmg kita sedia maklum yg kita semua sentiasa akan diuji oleh Allah S.W.T..seperti dalam firman Allah yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

tapi diri ini tetap merasa amat berat sekali bebanan keje yg dipertangungjawabkan...keje yg dikelek, yg dikendong..kalo bleh xnak satu pun yg bertaburan..semua pun tangungjawab..teringat ceramah Ust. Kazim.."apa yg akan kita jawab nanti, andai disoal oleh Allah?"..."kenapa kamu tak laksanakan tangungjawab kamu dgn sempurna?" ..gerun rasa diri ini..resah dan gelisah...takut2 tak dapat menyempurnakan tanggungjawab yg diberi dgn baik..merintih jua diri ini...Ya Allah beratnya bebanan yg dipikul..dan terjumpa plak firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

berpegang pada ayat2 ini, diri ini cuba jugak menguatkan semangat dan sentiasa memohon pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan..alhamdulillah..keje2 yg dipertanggungjawabkan sedang berjalan dgn lancar...tetapi diri ini diuji lagi..di suatu pagi, telah menerima 1 panggilan yg tak disangka-sangka dan diri ini harus menyiapkan 1 lagi tugasan dalam masa 1 minggu...Allahu akhbar..keje yg sedia ada masih dlm proses..ditambah pulak dgn yg baru...tanpa disedari mulut ini mengomel kepada sorang dua kwn, dek krn terlampau stress..nasihat kwn ini (ustazah) sgt simple, lebih kurang begini.. "doa banyak2 la wada...solat hajat..insya Allah boleh"..mmg ada benarnya seperti di dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

alhamdulillah...walaupun masih belum submit lagi keje2 yg ada ni..dan masih dlm proses menyiapkannya..diri ini berasa tenang..syukur Ya Allah..

di sini sy kongsikan TIPS pengurusan masa bagi WANITA BERKERJAYA yang dipetik daripada majalah ANIQAH (Ogos 2010- m/s 19) :

SENARIO 3-
Pekerjaan Maskini (nama samaran) semakin meningkat, beban tugas bertambah berat manakala anak pula cepat membesar. Kesemua ini memberi kesan kepadanya, termasuk ibadat solatnya mula longgar dan culas. Semuanya dikerjakan kerana kewajipan bukanlah atas ihsan seorang hamba yang rindu dan kasih pada Tuhannya. Beliau terpaksa membawa pulang kerja pejabat ke rumah untuk di selesaikan selepas makan malam jam 10 malam. Maskini hanya akan tidur setelah semuanya beres sekitar jam 1.30 pagi selepas mandi pancuran air panas. Kini dia menderita sakit tulang, kolesterol tinggi dan penglihatan kabur serta bergantung kepada susu kalsium tinggi, ubat statin dan penitis mata mutiara.

HAKIKAT
Tidak mengikut Sunnatullah dengan menafikan haktubuh pada jam tertentu.

SOLUSI
Disarankan makan malam sebelum pulang dan pejabat sesuai sunnah Rasulullah yang makan sebelum solat Maghrib. Lalu tidur selepas Isyak supaya fungsi hempedu dapat
memetabolismekan kolesterol secara berkesan. Niatkan bangun jam 3 pagi untuk solat tahajud dan menyiapkan tugasan pejabat. Wiridkan Ya Bashiru 75 kali tiap kali selepas solat lalu tiupkan di tapak tangan dan disapu ke muka. Hentikan susu berkalsium tinggi. Gantikan kepada 3 tangkai ulam raja dikisan dengan segelas air mineral lalu ditambah 3 sudu madu hitam. Diminum pagi dan malam. Penawar homeopati daripada susu diberikan untuk jangka masa panjang bagi menjana semula penglihatan yang tajam.

HASIL-
Semua keluhan mengalami perubahan positif dalam tempoh 3 minggu. Selepas 3 bulan, 2 orang pembantu ditempatkan di jabatannya. Kini beliau sudah boleh balik ke rumah tepat waktu dan tidur lebih awal.

KESIMPULAN-
Tiada masa untuk membaca, mendengar majlis ilmu dan berbincang fikrah llmiah ialah suatu kerugian. Jarang bersilaturahim, kuranglah doa kebaikan untuk kita.Tiada kesempatan senyum kepada jiran, rugilah pula pahala sedekah percuma. Semuanya jika dirangkum dan dicernakan akan menampakkan kesimpulan lemah dan goyahnya unsur JERI pada diri seseorang lalu mencetuskan ketidakharmonian yang umum disebut sakit dan penyakit. Jagalah keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek barulah kesejahteraan keseluruhan akan harmoni dan sihat sempurna.

>>>menurut sebuah buku (lupa tajuk), purata tidur yg diperlukan oleh org dewasa adalah kira2 5jam...usahakan untuk tidur seawal jam 9mlm sekiranya ingin bangun seawal 3pg..untuk mengelakkan mengantuk, eloklah mandi dahulu (kalau sejuk, mandilah dgn air panas...ni tips daripada abah..thanks abah!!)..insya Allah akan terasa lebih segar dan bertenaga walaupun hanya tidur sekadar 5jam...keje2 ofis & rumah juga dpt disempurnakan dgn izin Allah..SELAMAT MENCUBA

wallahu'alam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...