Thursday, November 22, 2012

Demi GAZA ; Boikot selamanya

~Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum

Sebagai seorang muslim, diri ini turut merasa sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin.  Bukan itu sahaja, malah diri ini turut merasa marah dengan tindakan Israel yang sungguh kejam itu.  Memandangkan tidak berdaya untuk membantu rakyat palestin secara langsung, maka diri ini akan sedaya upaya memboikot syarikat-syarikat yang ada hubungan langsung dengan Israel.  Jom kita boikot sama-sama (^.^) ... kita boikot selamanya, k...

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:


Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philad
elphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI


Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu 
banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.



Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
 — with Syarizan SulaimanDayang Siti Nur Hayatulikamaidani and Irwan Shah Ahmad.

Like ·  · Share · Monday

Tuesday, November 20, 2012

Siapa Farid Sanullah ? - Don't Forget Allah



Kalian kenal dengan penyanyi ini? Jika dilihat video klipnya ia berlatarbelakangkan Putrajaya kalau tak silap. Fauziah Nawi turut kelihatan di dalam video klip tersebut. Kali pertama menyaksikan video klip ini, di Astro Oasis. Lagu serta video klipnya mengingatkan diri ini kepada Maher Zain. Ni orang Malaysia ke? Kelas seh!

Tersentuh dengan melodinya dan liriknya yang puitis dan bermakna membuatkan perasaan ingin mengetahui siapakah penyanyi ini, begitu tinggi sekali. Ye la kan, nak tau juga la latar belakang Farid Sanullah ni serba sedikit..hehehe... Diri ini terus mencari di dalam talian, tetapi hampa. Namun daripada komen-komen di youtube, ada yang mendakwa beliau merupakan rakyat Australia dan ada pula yang mengatakan beliau adalah rakyat Malaysia dan sedang belajar di New Zealand. Oleh itu identiti beliau masih lagi misteri.

Tak kisah la. Walau siapa pun anda, diri ini mendoakan agar saudara Farid Sanullah terus berjaya di seantero dunia dan sekaligus mengembangkan sinar Islam, aamin.

Wassalam.

Friday, November 16, 2012

APA ITU KENCING MANIS ?


Kencing manis atau diabetes mellitus adalah keadaan di mana didalam air kencing terkandung glukos (gula). Ini di sebabkan oleh glukos yang terkandung dalam darah tidak dapat dicernakan dan kemudian di keluarkan mela
lui air kencing. Ia berpunca daripada:-

• kurangnya penghasilan insulin,
• kurang keberkesanan insulin atau
• kedua-duanya sekali.

Malaysia merupakan negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap penyakit kencing manis ini. Secara purata lebih daripada 800,000 penduduk Malaysia telah menghidap penyakit ini. Memandangkan Populasi penduduk Malaysia makin bertambah, jumlah ini di jangka akan bertambah dari setahun ke setahun.



KAJIAN SECARA KLINIKAL UNTUK KENCING MANIS
Kencing manis ini juga terbahagi kepada beberapa kategori, Antara kategori itu ialah:-:

Diabetes bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependent)

1. Di kenali sebagai kencing manis peringkat remaja kerana ianya di hidapi oleh golongan yang lebih muda antara 10-16 tahun.

2. Biasanya penghidap tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes dan terjadi dengan begitu cepat.

3. Pesakit juga akan mengalami tanda atau gejala yang serius.
Kita perlu menerima suntikan insulin dengan teratur bagi mengelak diri daripada maut sekiranya kita tidak mengambil suntikan insulin.

Ini kerana penguraian sumber tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones. Ketones merupakan asid molekul yang boleh menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel berfungsi.

Sel beta kelenjar pankreas merupakan satu-satunya sel yang menghasilkan insulin untuk proses penghadaman glukos kepada tenaga. Apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel ini maka penghidap boleh menemui maut.

Golongan yang berisiko mendapat kencing manis jenis ini ialah:
• Serangan imunisasi sendiri
• Genetik
• Alam sekeliling

Diabetes bebas insulin

1. Di kenali sebagai kencing manis peringkat permulaan dewasa kerana ianya terjadi pada peringkat umur 35 tahun keatas.
2. Biasanya penghidap mempunyai sejarah keluarga yang juga penghidap diabetes.
3. Terjadi secara perlahan-lahan di sebabkan insulin yang di hasilkan oleh badan tidak mencukupi menyebabkan glukosa dalam darah meningkat.
Kebiasaanya keadaan ini berlaku apabila sel kelenjar pankreas gagal menampung kadar insulin yang di perlukan oleh badan.

Faktor-faktor lain ialah:-
• usia lanjut,
• gemuk,
• terencat ketahanan glukos,
• keturunan dan bangsa (genetik) dan kurang bersenam.

TANDA - TANDA AWAL DAN GEJALA
• Kerap membuang air kecil
• Sering dahaga/haus
• Penglihatan menjadi kabur
• Berat badan menurun/ kurang selera makan
• Penyembuhan luka yang sangat perlahan


==>> (Mencegah itu lebih baik dari mengubati) ==>>





sumber: mukabuku


p/s: patut la Puan Doktor, syak yang diri ini mengidap kencing manis (klik sini)...hehe

Thursday, November 15, 2012

Pertengahan November: Disyaki KENCING MANIS!!!

"Kamu tak tau ke, yang tu semua simptom2 KENCING MANIS?" tanya Puan Doktor..."Tak tau" jawab ku ringkas...dalam kepala ni ligat berfikir, ah! sudah..adakah kerana tabiat ku yang suka minum, minuman 3 in 1 mengundang masalah ni plak? dah la sekarang ni masih berperang dengan kolestrol...hampir sebulan yang lepas disahkan mempunyai tahap kolestrol tinggi (klik sini)...tak kan, kena kencing manis plak...tengah sibuk melayan fikran, "Kita buat ujian kencing manis ye..tengok kandungan gula dalam darah" cadang Puan Doktor...diri ini hanya mampu mengangguk je...rasanya kalau ditoreh muka ni, tak de darah pun...Puan Doktor, mengambil peralatannya, beliau juga seperti resah dengan diagnosnya sendiri...dengan lafaz bismillah, jarum halus ditembak ke jari hantuku...


Puan Doktor memasukkan setitis darah ke dalam alat ujian kencing manis...berkali-kali beliau membaca basmallah...seolah-olahnya kami sama-sama berdoa tatkala menunggu keputusan ujian muncul di skrin.."Ya Allah, aku serahkan segalanya pada Mu..tiada daya dan upaya diri ini untuk menahannya" ucap kata hati ini..diri ini redha..seketika kemudian...satu angka perpuluhan telah muncul di skrin...jelas tertera 4.6 mmol/l..kami sama-sama mengucapkan alhamdulillah kemudiannya...senyum terukir di wajah masing-masing..syukur pada Allah..fuh! suspen sungguh...Puan Doktor pun menyarankan ujian-ujian yang lain bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi...

p/s: ada berita gembira..bacaan kolestrol saya yang teramatlah tinggi itu telah menurun kepada 6.4..syukur alhamdulillah...terima kasih Allah..

Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah 1434H



Selamat menyambut thn hijri 1434. Moga Allah hijrahkan kita ke arah mardhatillah. 

Tip utk hijrah diri:
1.Bentuk niat yg tulus & harap redha Allah,
2.Matlamat yg membakar smgt tapi munasabah, 
3.Buang tanggapan yg negatif ttg diri, 
4. Elak fikir negatif ttg segala perkara-- fikir itu doa!
5. Belajar drp org yg berjaya, 
6.Jgn tergugat dgn komen negatif org lain, 
7.Lakukan langkah demi langkah-- jgn tak sabar, 
8.Elak tangguh2 utk lakukan perkara yg baik, 
9.Amalkan dgn istiqamah selama 40 hari, sbb tabiat baru terbentuk dlm 40 hari, 
10.Byk berdoa & tawakkal kpd Allah swt. Moga Allah beri kita semua taufik & hidayahNya. 
Aamiin, wassalam.

sumber: mukabuku Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Marilah kita sama-sama menghayati dan menyelami makna hijrah (klik sini) dan (klik sini)...moga kita juga melakukan hijrah diri dgn hijrah yang bermakna.

Anda juga boleh merujuk segala berkaitan 'Bulan Muharram' (klik sini).

p/s: Diri ini berazam untuk istiqamah dalam apa jua yang dilakukan...ingat wahai diri, amalkan selama 40 hari seperti pesanan Dato' tau..insyaAllah tabiat itu akan berkekalan..takde la mcm biskut, kan? sekejap buat..pastu tak buat plak..kuatkan semangat mu...insyaAllah BOLEH!!

Bulan Muharram

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). ILMUWAN terkenal Safiyurrahman al-Mubarakfuri menjelaskan dalam karyanya al-Rahiq al-Makhtum yang mendapat pengiktirafan di dunia Islam, bahawa fakta hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bermula pada tanggal malam 28 Safar, tahun ke-14 kerasulan baginda.


Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaanMakkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Doa Akhir Tahun:
dibaca selepas solat Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Hendaklah dibaca sebanyak tujuh kali atau tiga kali atau paling kurang sekali. Jika dibaca tujuh kali akan diampunkan Allah SWT akan dosa2nya.

Doa Awal Tahun:
dibaca selepas solat Maghrib. Doa memohon kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan menempuh tahun baru.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit

Amalan2 sunat pada bulan Muharram


1. Pada 1hb - 9hb berpuasa sunat
2. 10hb sunat puasa hari Asyura dan
  • Menyapu kepala anak yatim
  • Bersedekah kepada fakir miskin
  • Bercelak mata pada waktu malam
  • Memperbanyakkan bacaan berikut (sekurang-kurangnya 70kali)
"Hasbunallahhu wani’mal wakil, ni’mal maula wani’man nasiir"
Maksudnya: ” Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat ku serahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong.”


Tuesday, November 13, 2012

AKTIVITI semasa: Buat Sendiri BAJA Kompos

 ~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
assalamualaikum wbt

Kali ini saya nak kongsikan cara-cara untuk membuat BAJA KOMPOS...banyak cara untuk membuat BAJA KOMPOS ni sebenarnya...dan pada pemikiran saya, ia adalah sesuatu yang susah pada mulanya..mula-mula sekali saya dapat pendedahan mengenai BAJA KOMPOS ni lebih kurang 5-6 tahun lepas dalam siri OPRAH WINFREY, Julia Roberts berkongsi cara beliau melupuskan sisa-sisa makanan di rumahnya...beliau memasukkan sisa makanan ke dalam satu tong yang besar (ditempah khas), kemudian perlu mengacaunya secara berkala..pada pendapat saya ketika itu, ia sesuatu yang menarik tetapi agak sukar untuk dilaksanakan...mana nak cari tong camtu kat sini..lagi pun agak kurang praktikal dan agak leceh... 

kemudian, ada satu dokumentari menunjukkan sebuah kawasan perumahan di Malaysia yang membuat BAJA KOMPOS...kaedah yang mereka gunakan adalah seperti gambar di bawah..


konsep KOMPOS ni mudah je...bahan kering (rumput, daun2 dll), bahan basah (sisa dapur) dan tanah...ditambahkan lapis demi lapis...tapi kaedah taman perumahan tu pun agak kurang praktikal untuk saya praktikkan di rumah secara kecil-kecilan... 


Ada satu lagi kaedah yang dikongsikan oleh rakan saya...kaedah ini diperolehi beliau semasa menghadiri satu seminar berkaitan alam sekitar..caranya agak mudah, korek satu lubang, masukkan sisa dapur dan kemudian lapiskan dengan bahan kering dan tanah...lakuakan sehingga penuh lubang tersebut...saya ada mencuba kaedah ini pada awal tahun, tapi masih agak kurang praktikal bagi saya (yang susahnya part nak menggali lubang...penat seh!)...sekali tu je la yang saya buat..hehehe

saya masih tak berputus asa, saya masih teringin nak buat BAJA KOMPOS...akhirnya saya berjumpa juga dengan kaedah yang paling praktikal..membuat BAJA KOMPOS dalam PASU ...mudah sangat!!!

Cara membuatnya:
  1. Letakan selapis batu kerikel di dasar pasu bunga untuk pengedaran udara. Tambahkan selapis tanah (lebih kurang dua inci) ke atasnya. Masukan bahan-bahan reput dan daun kering (sekiranya ada).

2. Masukkan sisa makanan & sisa dapur.


3. Tutupkan lapisan ini dengan selapis tanah (regangkan). Semua lubang dan celah hendaklah ditutup dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan seperti lalat, kucing dan anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam kompos.


4. Isipadu tanah hendaklah sebanding isipadu sisa-sisa buangan (lebih kurang 20% tanah). Membuat demikian sehingga pasu bunga itu penuh. Gunakan pasu lain apabila pasu yang pertama itu sudah penuh.
5. Kompos anda akan siap dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja untuk tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan halaman rumput.
6. Anda boleh menggunakan pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sisa atau menggunakan pasu baru. Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain, tetapi kandungan di dalamnya hendaklah selalu lembab.


Mudah kan? Tak perlu mengeluarkan belanja pun, untuk membeli TONG KOMPOS...cuma gunaka saje pasu-pasu bunga yang sudah tidak digunakan..

Kelebihan Baja Kompos

1.Tidak berbau
2.Meningkatkan kesuburan tanah
3.Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
4.Memperbaiki pH tanah
5.Merangsang pertumbuhan pokok
6.Meningkatkan kualiti hasil pertanian

Faedah

1.Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
2.
Mesra alam sekitar


p/s: kenapa saya nak sangat buat BAJA KOMPOS ni ek? sebab yang paling utamanya...saya nak kurangkan pembuangan sisa makanan, nak kurangkan bau busuk, kalau ramai2 buat kompos, mungkin tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan...jom sama2 kita KOMPOS sisa makanan & sisa dapur...lagi pun banyak manfaatnya, jimat belanja tak yah dah beli BAJA...pokok pun makin subur...insyaAllah

Monday, November 12, 2012

Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?

Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...”





sumber: mukabuku

Sunday, November 11, 2012

AKTIVITI semasa : Belly Dance

Bismillahirrahmanirrahim
~assalamualaikum wbt~

Alhamdulillah dah sebulan mengikuti kelas Belly Dance...Bukannya nak tukar profession jadi penari profesional, tapi cuma nak bersenam..hehehe..nama kelasnya pun Belly Robies Basic...

2 tahun lepas, ada la ikut kelas Senamrobik..memang seronok..tapi, kelas tu dah tutup...dalam dok tercari-cari mana lagi ada kelas Senamrobik yang sesuai, tetiba ada kwn pelawa ikut kelas Belly Robic Dance ngan diaorg...masa tu diaorg pun baru nak cari orang nak bentuk kumpulan baru..kira ok la kan..mulakan dengan yang asas-asas dulu...ibarat pucuk dicita ulam mendatang..


Ingatkan kelas Belly Dance ni, rileks je...goyang sana, goyang sini...rupa-rupanya macam kelas Senamrobik gak...berpeluh sakan...studio tempat kami menari tu ada 4-5 kipas dinding, aircond pun pasang gak..tapi perghhh!! berpeluh tak ingat...memang hanya goyang-goyang je, takde la lompat-lompat sangat tapi kita menggerakkan otot-otot...tu yang berpeluh tu, penat weh..ingatkan rileks ye Belly Dance ni? ..hahahaha

Makanya kepada sesiapa yang nak bersenam, saya sangat-sangat mengesyorkan kalian untuk memilih Belly Dance..pergerakkannya lemah gemalai tetapi mampu memberikan impak yang besar kepada tuan punya diri...

~SELAMAT BERSENAM SEMUA~

.:Bersenam juga merupakan sunnah Rasulullah SAW:.

p/s: bersenam-senam juga, tapi kalau ada yang non-muslim bersama-sama walaupun perempuan...aurat perlu dijaga juga (rujuk la, guru2 agama untuk lebih kepastian)

*kalau tak berkesempatan untuk ke studio tarian, boleh rujuk rangkaian youtube ni (klik sini) memang best..buat sendiri kat rumah..tapi adalah lebih baik berguru, kan? takut2 tersilap pusing..hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...