Showing posts with label himpunan CERPEN. Show all posts
Showing posts with label himpunan CERPEN. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

YANG TERTUTUP ITU TERINDAH




Matahari yang tadi malu untuk keluar dari persembunyiannya semakin berani menyimbah keperangan cahayanya. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Pukul 12.05 tengah hari. Sambil memerhatikan kereta lalu lalang di hadapannya, tangan kanannya memegang erat tangan si gadis kecil di sisinya.

“Ummi, ummi tak panas ke?,” keluh si gadis kecil, sambil mengipas-ngipas dengan tudungnya.

Huda hanya tersenyum, melihat wajah anak gadis kesayangannya. Dia tidak segera menjawab. Mata anak gadis itu mengecil, disebabkan panahan silau matahari yang hangat menyimbah mukanya.

Nisa Qasrina. Itu nama puteri kesayangannya. Berusia 9 tahun, semakin bijak dengan setiap tutur katanya. Melihat ibunya bertudung labuh, berjubah dan berstoking, dalam keadaan panas terik si matahari itu menimbulkan tanda tanya padanya.

Sememang hari itu cuaca agak panas. Sengaja dia berjalan menuju ke jalan utama, menunggu suaminya, untuk menjemput mereka berdua memandang trafik yang sangat sesak di hujung minggu, memungkinkan suaminya sukar untuk menjemputnya di dalam. Memandangkan kereta yang selalu dipandunya rosak, suaminya, Hadi menghantar Nisa dan dia ke One Utama sebelum, suaminya ke suatu tempat atas suatu urusan.

Mereka baru sahaja keluar dari pusat beli-belah One Utama, setelah membeli kasut dan sedikit barang keperluan untuk Nisa Qasrina. Nisa Qasrina dipimpinnya, dibawa ke suatu bangunan berbumbung hampir dengan jalan utama untuk berteduh, memandangkan kereta dipandu Hadi belum jua kelihatan. Segera mereka melabuhkan punggung, di suatu tempat duduk yang agak selesa, berhampiran jalanan.

“Ummi, ummi..tengok tu..cantik la rambut dia ummi, nanti kakak nak rambut macam dia jugak ummi,”
Dia tersenyum melihat anak gadis tunggal kesayangannya. Leka dia memerhati, seorang perempuan Melayu berambut ikal panjang yang berjalan melepasi hadapan mereka.
“Kakak, ummi tanya kakak soalan, ye?”
“Kakak rasa, mana panas, pakai tudung ke tak pakai tudung,?”
“Mestilah yang tak pakai tudung,”
“Sebab?”
“Sebab kalau tak pakai tudung, kena angin, pastu sejuklah,”
“Kalau takde angin?,”
“Tak sejuk,” Huda tergelak kecil mendengar jawapan gadis kecilnya.
“Jadi lebih kurang sama je lah orang pakai tudung,”. Sememangnya begitu, berada di Malaysia, yang beriklim khatulistiwa ini, tiadalah banyak bezanya. Apatah lagi, kalau tinggal di kawasan yang selalunya bermusim sejuk, ini sudah tentu bukan alasan yang tepat.
“Okey, mana best, kalau waktu panas, kereta ada bumbung ke takde bumbung?,”
“Ada bumbung la best , mi,”
“Sebab?,”
“sebab tak kena panas,”
“ jadi, pakai tudung lagi best lah, sebab kurang kena cahaya matahari terus kat kepala kita, kan”
“A’ah la ummi,”

Dan,sesungguhnya, kepanasan di padang mahsyar lebih mengatasi segala, wahai anakku!Desis hatinya. Akan difahamkan kepada anaknya kelak, apabila dia meningkat remaja. Apa yang penting, dia mahu anak berumur 9 tahun itu faham, akan cantiknya syariat Allah itu.

“Semua yang berharga dan istimewa, Allah cipta Allah tutup ia dengan sempurna. Hari tu, kita tengok National Geography kan, macam mana Allah cipta mutiara di dalam cangkerangnya, macam mana Allah cipta permata yang diselaputi tanah di permukaannya. Dan, paling senang, kakak tengok, Allah cipta banyak buah yang berkulit, di mana ia melindungi isinya. Isi buah itu kekal kelihatan cantik, dan bersih. Begitu juga kita, disebabkan kita cantik dan istimewa, Allah menyuruh kita menutup aurat kita,”

“Tapi..kenapa je kita kena pakai tudung, ummi? Kenapa orang lelaki tak payah?” Pertanyaan demi pertanyaan mula bermain di minda Nisa Qasrina.

“Sebab aurat kita dan orang lelaki tak sama, sayang. Sebab Allah cipta perempuan itu terlalu istimewa, kecantikan perempuan mampu menarik pandangan lelaki, itulah sebab Allah suruh tutup, dan orang yang berhak sahaja boleh melihatnya. Macam kakak, dengan abi, dengan adik Saiful, takpe la tak tutup rambut pun, sebab mereka ahli keluarga kita. Tapi, kalau kakak tak tutup aurat depan lelaki luar, berdosalah..“


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"..( Al-Ahzab,59 )



“Ummi, kalau pakai tudung macam tu pun, takpe ke mi?” Nisa menunjukkan kea rah seorang wanita bertudung belit, singkat gaya moden terkini, ranggi berseluar jeans, dan berbaju sendat yang tidak jauh dari situ.
“ Kakak sayang, dalam Al-Quran, Allah tidak suruh kita bertudung sahaja sebenarnya, kan? Allah menyuruh kita menutup aurat, menutup semuanya kecuali tapak tangan dan muka,”


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya KECUALI kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (An-Nur : 31)



"Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]


“Maksudnya kakak, bukanlah sekadar tutup permukaan sahaja, tetapi longgar, dan tak jarang..itulah pakaian isteri nabi kita, dan itulah yang disukai Allah dan nabi. Allah dah pun berjanji dalam Quran, siapa yang taat Allah dan rasul, pasti dapat kemenangan yang besar, ,”
“Jadi, kakak sayang Allah tak? Sayang nabi?,"
“Sayang,”
“Kalau sayang, sebab itulah kena patuh betul-betul pada setiap suruhannya, kena berakhlak baik, serta tinggalkan semua yang Allah tak suka, barulah dapat ganjaran istimewa dari Allah nanti.Sekarang, kakak dah faham?,”
“Dah, ummi..,”
“Alhamdulillah.. anak ummi, kan anak yang solehah,”

Huda tersenyum bahagia. Dia mahu, anaknya, bukan sahaja mengikut seperti apa yang dilakukan ibunya, yakni menutup aurat, tetapi, dia mahu anak gadisnya itu memahami erti dan hikmah syariat Allah itu. Dia tidak mahu, anaknya bertudung sekadar trend, sekadar budaya. Dia hanya mahu anaknya bertudung kerana Allah semata-mata dari kecil lagi, bukanlah sekadar ikutan budaya. Berapa ramai yang bertudung tetapi tidak memahami hakikat menutup aurat, berlandaskan syariat, lantas menjerumuskan mereka ke lembah maksiat kerana niat tidak lagi disandarkan kepada Allah.Masa yang sungguhpun singkat itu, setidak-tidaknya terisi dengan hikmah untuk anak kesayangannya.

“Pin..pinn,’

Mereka hampir tidak perasan dengan kereta Honda City, di depan mereka. Hadi, kelihatan tenang menunggu isteri dan anak perempuannya. Di sisinya, hero lincah, Saiful Islam, berdiri melambai ummi dan kakaknya sambil terlompat-lompat.

“Assalamualaikum..maaf abi, tak perasan abi dah sampai,”Huda membuka pintu kereta dan menyapa, sambil mereka berdua cepat meluru masuk ke dalam perut kereta.
“Waalaikummussalam.Amboi, mesyuarat pasal apa tadi, sampai tak perasan ni?,”
“Mesyuarat pasal tudung, abi. Sekarang, Nisa dah faham, kenapa abi tak payah pakai tudung…,”
Umminya tergelak kecil.
“Kenapa?,” Hadi sengaja bertanya.
“Sebab abi tak cantik, macam kami,”
Lagi, Huda dan Hadi tergelak mendengar telatah anak perempuannya. Ya, anak-anak harapan yang semakin membesar dengan diikatkan Islam di dasar hati mereka. Itulah hendaknya, yang terisi dalam bait-bait doa mereka. Supaya mereka dimengertikan Islam di hati, lalu terpancarkan akhlak seorang soleh dan solehah dari jiwa mereka.
Dalam hatinya, Huda bermonolog sendirian…

Ya, puteriku,
Kerana engkau cantik, ibarat permata
kerana engkau indah, ibarat kejora
lalu, bertutup sempurna itulah syariatNya kepadamu,
kerana Allah sangat sayang padamu,
kerana..yang tertutup itulah yang terindah,
dan kerana seindah hiasan, wanita solehah..

sumber>>http://tintasuarahati.blogspot.com/2011/01/yang-tertutup-itu-terindah.html

Tajamnya Mata Pena

Medan dakwah itu bukanlah suatu medan untuk kita mencari keseronokan, bukan juga medan untuk kita mendapatkan kesenangan bahkan ia adalah medan yang tidak mudah bagi mereka yang kurang tarbiyyah dalam dirinya tetapi medan ini juga menjanjikan ganjaran yang sangat besar di sisi ALLAH. Bukan hasilnya yang dinilai tetapi sebanyak mana usaha dan keringat yang kita tumpahkan untuk agama ALLAH ini, itulah yang bakal dipertikai di hadapan ALLAH kelak.

Aku sedar semua itu tetapi kenapa dan mengapa hati ini masih ragu untuk menyertai sahabat-sahabatku berjuang dan berjihad di medan mulia ini? Betapa lemah dan tidak berdayanya diriku.

" Assalamu'alaikum..Iman, kenapa termenung ni? Kenapa tak balik lagi?? "

Ustazah Sumayyah menyapa Nurul Iman yang sendirian bermonolog dan berkonflik dengan dirinya sendiri.

" Wa'alaikumussalam, eh ustazah..tak adalah, tak temenung pun. Saya tengah tunggu kawan "

" Tak termenung? Ustazah tengok awak renung buku tu sampai nak tembus kulit. Awak ada masalah ke? "

Nurul Iman teragak-agak. Rasanya dia ingin berkongsi masalahnya itu tetapi dia malu.

" Emm..ustazah, sebagai hamba ALLAH..memang menjadi tanggungjawab kita kan untuk menegakkan agama ALLAH di muka bumi ni? Pejuang Islam pada waktu dulu berdakwah siang malam. Tapi, saya..saya rasa macam tak mampu buat apa-apa. Saya takut ustazah..saya takut di akhirat nanti ALLAH persoalkan amanah ni, kenapa saya tak jalankan dengan baik? "

Ustazah Sumayyah tersenyum. Taulah dia kini kenapa gadis itu kelihatan kusut sekali wajahnya.

" Iman, memang jadi tanggungjawab kita untuk menyebar dan menegakkan agama ALLAH di atas muka bumi ni. Tapi ingat, bukan hasil yang dinilai tapi usaha kita yang bakal dipertikai "

" Tapi, saya tak pandai bagi tazkirah. Saya tak pandai berdebat dan bercakap di khalayak ramai. Saya bukanlah seorang yang menghafal nas-nas dari al-quran dan hadis. Lidah saya tidak petah berbicara ayat-ayat dari al-quran. Saya rasa rendah diri.. "

" Sebab itu kita disuruh belajar. Ayat al-quran pertama diturunkan adalah iqra' yang bermaksud bacalah di mana maksudnya menyuruh kita supaya belajar. Belajarlah sehingga kamu dipanggil menghadapNYA "

" Tapi.. "

" Banyak tapi-tapi kamu ni. Ingat, jangan memberikan alasan tetapi akuilah kesalahan. Orang yang memberi alasan adalah orang yang suka berhelah pada kesalahan yang sebenarnya dilakukan oleh dirinya. Kesalahan kamu, kamu tak cukup bersungguh lagi belajar jadi belajarlah. Jangan memberi bermacam alasan "

" Baik ustazah..memang salah saya sebab sebelum ni main-main bila belajar. Tapi..eh, tapi lagi. Hihi..bukan memberi alasan, maksud saya..dalam tempoh belajar tu, amanah tetap harus saya jalankan. Saya memang kurang mahir dalm memberi ucapan, tazkirah, pidato atau yang seangkatan dengannya. Bukan tak boleh langsung cuma kurang bagus. Sedangkan kemahiran tu sangat penting bagi seorang dai'e. Nabi Muhammad seorang pemidato yang sangat baik. Saya ingin jadi sehebat baginda "

" Iman, lain orang lainlah caranya. Luaskan skop pemikiranmu. Ok, apa kelebihan Iman? "

" Emm..saya minat dan agak mahir dalam penulisan. Saya minat menulis sajak, cerpen dan novel. Tapi..boleh ke semua tu digunakan sebagai jalan dakwah? "

" Islam agama yang syumul dan sesuai sepanjang zaman. Kalau zaman dulu, memberi ucapan di khalayak ramai adalah satu cara dakwah yang digunakan. Zaman sekarang pun masih boleh contohnya tazkirah di surau dan masjid. Tapi, itu untuk orang Islam je. Orang bukan Islam macam mana? Agak-agaklah, kalau kita bentang tikar kat tengah-tengah jalan then cakap pasal gama, ada tak orang nak dengar? Kalau zaman dulu, ye..memang orang akan berhenti dan singgah untuk dengar apa yang nak disampaikan. Tapi kalau buat macam tu zaman sekarang, silap-silap orang kata gila. Hihi..lagi satu, rasa-rasanya ada tak orang akan bukak pintu rumah kalau ada pendakwah-pendakwah nak datang bagi tazkirah dari rumah ke rumah. Ustazah rasa mungkin tak ada, kalau ada pun sikit je. Kenapa? Sebab sekarang zaman jenayah. Ornag buat jenayah macam-macam cara. Mana tau dia menyamar je. Kita kenelah bersangka buruk sikit untuk keselamatan kita "

Nurul Iman tersengih.

" So..macam mana ustazah? "

" Bersikaplah aktif dan proaktif. Ambil inisiatif lain yang sesuai dengan peredaran zaman. Bukan tak boleh buat macam tadi tu. Boleh sangat-sangat. Tapi macam Iman cakap tadi, kelebihan Iman bukan pada petahnya berbicara tapi pada tajamnya mata pena. Sampaikan tentang islam melalui penulisan. Coretkan tentang keindahan Islam, kisah-kisah para pejuang Islam, pengalaman-pengalaman mereka yang bertaubat dan macam-macam lagi. Zaman sekarang kan orang suka baca novel, blog, berfacebook..so, manfaatkan. InsyaALLAH medan penulisan yang digabungkan dengan media siber ni bakal memberi manfaat yang sangat besar "

" Macam tu..hihi, nak tapi lagi ni. Tapi..ada seorang kawan saya pernah kata, para pejuang Islam melalui blog dan novel ni sekadar pejuang sambilan. Dia kata, orang zaman dulu angkat senjata untuk Islam, menangis air mata darah untuk Islam, sanggup berkorban apa saja. Sedangkan kami sekadar duduk depan laptop, menaip bait-bait kata. Sekadar berkorban keringat dan buah fikiran. Tak ada nilainya di situ. Dia persoalkan, berapa banyak orang yang masuk Islam kerana penulisan kita? Berapa banyak orang yang insaf kerana tajamnya kata-kata? "

" Macam ustazah kata tadi, bukan hasil yang dinilai tapi usaha yang dipertikai. Usaha kita tu yang penting. Lebik baik ada daripada tak ada apa-apa "

" Macam mana nak terangkan pada orang macam tu? "

" Kalau dia mengata awak lagi, awak cakap macam ni.. kenapa mukjizat setiap nabi tu berbeza? Kenapa mukjizat nabi musa adalah tongkat yang boleh bertukar jadi ular dan membelah lautan? Dan kenapa mukjizat nabi sulaiman boleh bercakap dengan binatang? Inilah buktinya Islam sesuai sepanjang zaman. Cuba kalau mukjizat nabi musa tu diberikan pada nabi sulaiman, apa yang nabi sulaiman boleh buat dengan tongkat tu sedangkan dia pemerintah kerajaan islam yang besar pada masa tu dan bayangkan kalau tak ada mukjizat tongkat tu pada nabi musa, boleh ke nabi musa melawan ahli sihir firaun dan selamatkan orang islam dari kekejaman firaun. Cuba fikir.. "

" Tak fahamlah ustazah..apa kaitannya?? "

" Maksudnya, sesuaikan kaedah penyampaian dakwah kita mengikut zaman. Kawan awak kata pejuang islam dulu angkat senjata, pejuang islam sekarang angkat pen je. Kalau angkat senjata sekarang ni, lebih-lebih lagi di Malaysia, awak nak lawan dengan siapa? Silap-silap kita dilabel terrorist. Dulu tak ada istilah-istilah macam ni. Jadi, sesuaikanlah macam ALLAH sesuaikan mukjizat para nabi mengikut zaman dan ujian yang mereka hadapi "

" ohh..faham dah. Kiranya kita mesti berdakwah ikut kesesuaian zaman. Jangan nampakkan Islam tu kuno sangat sedangkan islam tu memang sesuai pada mana-mana zaman pun "

" Alhamdulillah.. "

" Syukran ustazah sebab bantu saya. Kusut kepala saya fikir tentang ni. Sekarang dah ok..hihi, saya mintak diri dulu ustazah. Kawan saya dah tunggu kat bus stop. Assalamua'alaikum "

" Wa'alaikumussalam.. "

Nurul Iman menyalami tangan Ustazah Sumayyah lantas bergegas mendapatkan Sabariah yang sedang menunggunya. Dalam hatinya ada satu tekad.

" Aku tidak petah berbicara tetapi mata penaku tajam mengatur bait-bait kata. Islam akan tertegak jua walau tanpa mengangkat senjata kerana Islam itu bukanlah peperangan semata "

sumber>>http://komuniti.iluvislam.com/topic/26540-tajamnya-mata-pena/

Barakah Itu Ada Dalam Dirimu Muslimah

Sudah masuk kali ketiga Aisyah melontar anak-anak batu ke arah sekumpulan anak-anak ketam di atas pasir pantai yang memutih itu. Setiap kali terkena lontaran anak batu, bertempiaranlah anak-anak ketam lari menyelamatkan diri. Jika dilihat dari jauh, kelihatan warna-warna putih sedang bergerak dengan pantas sekali. Itulah anak-anak ketam yang sedang lari ketakutan.





Muslim hanya memandang dari jauh. Dia sengaja membiarkan Aisyah berbuat demikian. Seingatnya, ini adalah kali kedua dia membawa Aisyah bersiar-siar di tepi pantai selepas sebulan mereka mendirikan rumahtangga. Kali pertama dahulu di Teluk Batik, Perak. Dan kali ini, di kediamannya sendiri, Pulau Langkawi.




Sebenarnya dia mahu menghabiskan cuti hujung minggu kali ini bersama kedua ibu bapanya. Lalu dibawa bersama isteri tercinta pulang bersama ke kampung.




Pada fikirannya, Aisyah mungkin saja mahu merehatkan mindanya dengan melontar anak-anak batu itu. Atau mungkin saja mahu melepas geram kepada seseorang. Atau mungkin sebagai suka-suka, tanpa ada sebarang tujuan yang munasabah.




Muslim menapak mendekati Aisyah. Tiba di bawah salah satu rendangan pokok gajus, dia berhenti. Selipar yang dipakai terus ditanggalkan. Lalu dia duduk di atasnya.




“Belatih melontar jamrah ke?”

Sapa Muslim sebaik saja melabuhkan punggungnya di atas pasir pantai, beralaskan selipar miliknya.




“Taklah..”

Balas Aisyah spontan. Dia sedikit terkejut dengan sapaan Muslim kerana sejak dari tadi kelibat Muslim tidak kelihatan. Tetapi muncul pula secara tiba-tiba di belakang.




“Melepas geram?”




“Hmm.. Tak..”




“Membunuh anak-anak ketam yang comel-comel tu dengan kejam?”




“Tak jugak.”




“Habis tu?”




Aisyah hanya tersenyum. Lalu anak-anak batu yang ada berada digenggaman tangan kirinya, dilontar manja ke arah Muslim. Dia menuju ke arah Muslim yang sedang duduk di bawah pohon gajus.




“Abang ni.. Dah la tadi hilang camtu ja.. Tahu-tahu ada ja kat belakang..”




“Abang pergi tengok orang kutip siput tadi. Cadang nak ajak Sayang sekali. Tapi Nampak macam tengah seronok membaling ketam, so tak jadi ajak la..”




“Ish abang ni.. Mana da Sayang baling ketam..”




“Ye ke? Habis tu?”




“Sayang tengah buat satu kesimpulan tau!”




“Kesimpulan?”




“Yup. Satu kesimpulan. Bahawa untuk mencapai cita-cita itu, perlu ada tujuan, usaha dan perancangan yang rapi dan jelas. Di sebalik perancangan, akan ada kegagalan yang akan kita terima. Tapi, semua cabaran tu akan membuahkan hasil bila kita sabar dalam mengharunginya. Dan yang paling penting sekali, tujuan untuk mencapai matlamat itu mestilah betul-betul mantap. Dalam erti kata lain, ianya amat berkait rapat dengan niat. Niat mestilah betul. Dan bagi kita seorang Islam, niat itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah kerana Allah S.W.T.”




Panjang lebar penerangan yang keluar daripada mulut Aisyah. Muslim tersenyum kagum. Sememangnya jika dilihat pada wajah Aisyah, terdapat tanda-tanda bahawa dia seorang yang cerdas.




“Jadi, apa kaitannya dengan batu-batu tadi?”

Muslim kembali menyoal.




Aisyah lalu meluruskan jarinya telunjuknya ke arah seketul batu besar berwarna perang keputihan.




“Abang nampak tak batu tu?”




Muslim mengangguk kecil.




“Sayang andaikan batu tu sebagai matlamat. Balingan batu-batu kecil ni sebagai usaha dan tujuannya, Sayang nak semua batu ni kena tepat kat batu besar tu.”




“Maksudnya abang silap la tadi?”




“Yup, totally wrong my dear.”




“Jadi, kesimpulannya?”




“Kesimpulannya, usaha tu perlu berulang kali dilakukan. Sebab tu la banyak batu kat tepi-tepi batu besar tu. Sayang baling tak kena. Hehe..”




“Sayang tak baca bismillah dulu kot..”




“Sayang dah baca la..

Aisyah mempertahankan pendiriannya.




“Kalau macam tu, cuba baling lagi sekali. Mana tau kot-kot kena.”




Batu yang berada di tangannya digenggam erat. Kini dia bersedia untuk melontar buat kali keempat. Terkumat-kamit mulutnya membaca bismillah.




Lalu dengan sekuat hati, Aisyah melontar anak batu itu. Malangnya tidak mengena sasaran. Habis masam mukanya.




Muslim geli hati melihat telatah Aisyah. Hampir-hampir saja dia terbahak-terbahak dengan kelakuan Aisyah.




“Sayang nak dengar satu cerita tak?”

Muslim tiba-tiba bertanya kepada Aisyah. Seolah-olah tidak melihat apa yang dilakukan Aisyah sebentar tadi.




“Cerita? Cerita apa?”




“Satu cerita tentang ‘niat, usaha dan hasil!’ ”




“Cerita Pak Pandir ea?”

Aisyah meneka.




“Tak! Ni cerita betul punya..”




“Ea? Ok ok! Cerita la..”




“Dalam cerita ni, ada seorang budak lelaki. Dipendekkan cerita, satu hari dia terbaca satu buku agama. Dalam buku tu, ada satu hadis yang bermaksud, ‘Kahwinilah gadis yang solehah, pasti kau akan mendapat barakah’. ”

Kata-katanya tiba-tiba terhenti di situ.




“Hek eh.. Ni mesti cerita jiwang kan??”

Soal Aisyah.




“Dengar bagi habis dulu.. Nanti baru nilai..”

Balas Muslim spontan.




Muslim memandang ke arah laut yang berombak tenang. Bunyi pukulan ombak yang menghempas pantai sedikit sebanyak menenangkan jiwanya saat itu. Lalu dia kembali bersuara..




“Satu hari, dia terpilih untuk ke program matrikulasi. Sepanjang hidupnya di matrik, dia cuba untuk dapatkan jawapan kepada maksud hadis tu. Dia pun tahu. Maksud ‘gadis yang solehah’ tu luas sekali. Di sebabkan tu, dia bertanya kepada ustaz dan ustazah bagi mendapatkan jawapan. Ternyata banyak sekali jawapan yang diterima. Ada yang mengatakan gadis yang solehah tu, seperti selalu solat berjemaah. Ataupun yang sopan santun akhlaknya. Atau juga seorang yang taat kepada kedua ibu bapanya. Tapi malangnya, semua jawapan tu tidak dapat diaplikasikan. Kalau hendak melihat kepada mereka-mereka yang selalu solat berjemaah, itu satu perkara yang mustahil. Ini kerana pada bahagian muslimah, ada tirai yang menghadang. Jadi, jawapan yang pertama tidak dapat digunakan. Lalu dia memilih jawapan yang kedua. Jawapan ini juga tidak dapat diguna pakai. Hendak menilai sopan santun yang ada pada seseorang itu, berkait rapat dengan keakraban yang ada. Ini juga satu perkara yang mustahil. Kalau sama-sama lelaki, tak menjdai masalah kan? Jadi dia memilih pula jawapan ketiga, iaitu taat kepada kedua ibu bapa. Jawapan ini lagilah rumit buat dirinya. Hidup di matrik, tidak bersama-sama ibu bapa. Jadi pastinya jawapan itu tidak dapat digunakan juga.




Lalu dia berfikir sendirian. Sambil berfikir dia memerhati rakan-rakan yang ada di sekeliling. Lama dia memerhati, tiba-tiba suatu hari muncul satu pemandangan di matanya. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang berjalan di bahu jalan. Kemas pakaian mereka. Pakaian mereka labuh menutup aurat, sebagaimana yang telah diperintahkan syariat. Sama sekali tidak kedengaran suara-suara gelak ketawa sesama mereka. Apa yang ada, hanya balasan kata-kata berserta senyuman manis sesama mereka. Dan yang paling menarik perhatian budak lelaki ini ialah, tudung labuh yang menutup tubuh badan mereka. Kemas dan indah. Dia juga tidak tahu mengapa hatinya merasa begitu aman dan lapang waktu itu. Saat itu, hatinya merasa tenang.




Pada esok harinya, dia pergi berjumpa ustazah. Lalu diceritakan apa yang dilihatnya semalam. Selesai saja bercerita, ustazah mengatakan sesuatu padanya. Kata ustazah, “itulah salah satu maksud ‘wanita solehah’ ”. ”


Muslim menghentikan ceritanya di situ. Nafas ditarik panjang. Lalu disambung kembali..




“Dan bermula saat tu, budak lelaki tadi mempersiapkan niat dan usaha bagi mencari wanita solehah. Di samping mencari yang solehah, dia juga berusaha menjadi sesoleh mungkin. Dan akhirnya, Allah telah memperkenankan niatnya. Dia telah mendapat seorang yang solehah bagi melengkapkan separuh daripada agamanya. ”




Senyuman diukir menandakan ceritanya telah tamat. Aisyah yang berada di samping hanya tersenyum. Kepalanya kemudian didongak ke langit. Mahu melihat awan barangkali.




“Tak jiwang kan??”

Muslim menduga.




“Haha.. Ntah.. No komen.”

Balas Aisyah bersahaja.




“Tapi kan, mesti untung perempuan tu. Zaman sekarang ni bukan senang nak dapat lelaki yang macam tu. Niat asal berkahwin pun dah jelas dengan syariat, apatah lagi jalan-jalan ke arah tu.”




“Tapi sebenarnya, lelaki tu yang untung. Sebab si muslimah tu terima khitbah dia. Dan sekarang ni, dia tengah bahagia dengan si muslimah di tepi pantai yang cantik dan putih.”




“Ha? Tengah bahagia kat tepi pantai? Macam mana abang tahu?”




“Sebab….”




“Sebab orangnya tu ialah… Sayang.”




Terkejut Aisyah dengan apa yang diberitahu. Sama sekali dia tidak menjangka, itu ialah kisah Muslim sebelum bertemu dengannya. Dirinya menyangka bahawa watak dalam cerita itu tadi barangkali adalah kawan Muslim.




Saat itu Aisyah merasa amat terharu. Air matanya tiba-tiba menitis ke pipi. Bukan kerana sedih, tetapi merasakan satu nikmat pemberian daripada Allah berupa seorang suami yang soleh.




“Nangis pulak Sayang ni..”




“Bukan nangis la.. Air masin masuk mata tadi..”




“Ok, sekarang ni cuba baling lagi sekali batu tu.”




“Lagi sekali?”




“Yup!”




“Kalau tak kena?”




“InsyaAllah kena. Abang doakan.”




Aisyah memejamkan kedua matanya. Cerita yang didengar tadi seperti ceramah daripada seorang pakar motivasi. Yang diterimanya, niat itu diletakkan hanya kerana Allah. Lalu dia membulatkan niat di hati, agar batu yang dibaling itu nanti hanya kerana Allah. Biarpun hanya membaling batu, namun niat itu sememangnya satu tonggak terpenting dalam apa jua pelaksanaan.




Tangan digenggam erat. Aisyah mengumpulkan seluruh tenaga yang ada. Setelah cukup bersedia, dia melontar dengan penuh bersemangat.




Anak batu itu meluncur dengan lajunya di atas angin. Tiba-tiba..




“Ketuk!”




Balingan Aisyah kali ini tepat ke arah batu besar di hadapan.




“Alhamdulillah, dah kena!”

Sorak Aisyah gembira.




Muslim datang menghampiri. Lalu…




“Muaah!”


“Satu ciuman di atas berkat usaha anda. Hehe..”




“Ada-ada ja abang nih..”

“Dah la.. Jom kita balik rumah. Tadi mak ada call. Katanya petang ni nak buat masak-masak sikit. Nanti boleh la tolong-tolong kat dapur. Sambil-sambil tu Sayang bole sembang-sembang dengan mak.”






Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda,


Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.

Riwayat Muslim

sumber>>http://komuniti.iluvislam.com/topic/27429-barakah-itu-ada-dalam-dirimu-muslimah/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...