Showing posts with label catatanku. Show all posts
Showing posts with label catatanku. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

60 Petua Mendapatkan Pasangan daripada Dato' Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.


48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.






# Pada pendapat wada kesimpulannya, sebagai perempuan kita perlu perbaiki diri. Cuba jadi seorang muslimah yang solehah. Perlu jaga penampilan diri & keep on praying...serahkan segalanya kepada Allah SWT.







Friday, August 2, 2013

PERKONGSIAN: Tips turunkan berat badan 5-10kg dalam sebulan dgn HERBALIFE


HARGA RUNTUH!!!!! untuk semua produk HERBALIFE ~dapatkan segera sementara STOK masih ada~

SMS/ WhatsApp: wada (0135292584)



Bgn tidur (sblm gosok gigi) ~ minum air masak (ckit, coz nak bgnkan organ dlmn..kalau ikut doktor 2 gelas) + air suam segelas + teamix(campur aloe- 3 penutup botol) segelas [untuk melawaskan perut].
Sarapan Pagi ~ dengan F1 (protein shake) + oat (masa nak trnkan tu, coach tak bg tambah apa2 tp wada tak boleh, sebab akan cepat lapar) hehehe
Minum Pagi (10 pagi) ~amik red apple/ sunkist/ energy bar (yg lelain tak disarankan sbb kandungan gula yg tinggi)
Makan Tengah hari (12 tengah hari) ~seperti garis panduan yg diberikan (wajib nasi separuh pinggan +protein (ikan, telur, dada ayam - bakar/kukus) + 2 jenis sayur) + minum teamix suam segelas
Minum Petang (4/5 petang) ~ waktu yang paling mencabar...anda akan terasa lapar yang amat sangat...bosan makan buah, wada mkn salad (letak dressing ckit je)
Makan Malam (7 malam) ~ F1 (protein shake)...[makanan terakhir pada hari tersebut]
# air 6-7 liter sehari mengikut keperluan badan (minimum 3 liter, seperti yang disarankan oleh doktor)
# exercise 3 kali seminggu (30-60 minit) - berjalan, berjogging, senamrobik atau berbasikal.

***yg ni tuk yg betul2 SERIUS nak turunkan berat badan 5-10kg dalam sebulan...terpulang kepada ANDA sebenarnya. Jika ANDA tak boleh ikuti seperti yang disarankan, berat anda tetap akan TURUN tetapi mungkin lambat sikit.



*** Jika anda ingin TURUNKAN berat badan dan mencapai berat badan yang IDEAL seperti wada, sms/whatsapp ke 0135292584...wada akan cuba membantu ANDA, insyaAllah.



Tuesday, July 9, 2013

Mencari CIKGU yang hilang di dalam DIRI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum~

Saya selalu 'lost' apabila berada di pertengahan tahun.  Hampir setiap tahun macam ni. Tahun ni merupakan tahun ke-12 bergelar CIKGU. Apa yang di'stres'kan pun tak tau la..hehe. 

Setiap tahun ada sahaja CABARAN baru yang perlu digalas.  CABARAN luar bilik darjah.  Dalam erti kata yang lain kerja2 lain selain daripada mengajar. Kerja2 luar bilik darjah adalah seperti yang telah saya kupas dengan panjang lebarnya dalam entri 2 tahun lepas iaitu 'Guru 360 darjah'. Keadaan ini menyebabkan saya hilang fokus di dalam bilik darjah.

Ketika ini otak saya ligat berfikir dan bermuhasabah untuk mencari kelemahan diri serta mencari punca 'stres' yang dihadapi saban tahun. Saya meneliti beberapa artikel untuk dijadikan panduan. Antaranya:
Alhamdulillah. Rasanya saya dah tau punca utama 'stres' yang dialami selama ini.  Saya akan cuba perbaiki apa yang boleh.  Moga Allah beri kekuatan dan ilmu kepada diri dalam menghadapi profesion yang menCABAR ini. 

# CIKGU itu belum hilang & masih berada dalam DIRI, insyaAllah (",

Ulangkaji PUASA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum~


InsyaAllah esok bersamaan 10 Julai 2013 umat Islam sedunia akan mula berpuasa.  Hari ni belek2 entri 2 tahun lepas berkaitan dengan PUASA. Wada saja baca semula apa yang telah dikongsikan bersama.  Kiranya macam ulangkaji la. Jom kita sama2 mengulangkaji segalanya berkaitan ibadah PUASA.  

Tiada yang kita harapkan selain daripada ibadah kita diterima oleh Allah SWT.
Semoga ibadah PUASA kita pada tahun ini lebih cemerlang daripada tahun2 sebelumnya. Amin.





Sunday, April 21, 2013

Tak kenal, maka tak cinta


“Awak ni kelakar la.”  Kata seorang rakan.  “Masa mula-mula kenal dulu, takut nak tegur.  Kalau tengok muka, macam jenis yang serius.  Ingatkan sombong, rupa-rupanya kelakar.”  Sambungnya lagi. ”Oh! Ye ke.”  Balas saya sambil tersengih.

Saya dah lali dengan komen-komen yang seperti itu sejak di bangku sekolah lagi.  Saya boleh dikategorikan sebagai pendiam ketika itu.  Sukar untuk saya memulakan bicara dengan orang yang baru dikenali.  Dalam erti kata yang lain, saya bukanlah seorang yang peramah.

Saya mula menyedari yang saya mempunyai masalah untuk bergaul mesra dengan orang yang baru dikenali semasa saya menjalani praktikal yang pertama di salah sebuah sekolah di negeri Johor. Ya! Saya seorang pendiam dan hanya bercakap apabila perlu.  Ironinya, cita-cita saya adalah menjadi seorang guru. Kelakar, bukan?

Pada mingu pertama, saya terpaksa bergelut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.  Saya perlu mengatasi kelemahan diri saya iaitu ‘bercakap’. Saya perlu bercakap, bercakap dan bercakap dihadapan hampir 40 orang murid yang baru dikenali. Bukan itu sahaja, malahan saya perlu bercakap dengan Guru Pembimbing, dengan Pembantu Makmal, dengan Pengetua, dengan staf sokongan di pejabat dan dengan rakan-rakan guru yang lain di bilik guru. Keadaan itu cukup asing buat saya.  Itulah cabaran pertama saya.

Masih jelas di ruang ingatan, betapa kelakarnya saya ketika pertama kali memperkenalkan diri di hadapan kelas.  Pertuturan yang kurang lancar dan tersekat-sekat, kaki dan tangan yang kesejukan serta peluh memercik di dahi.  ” Cikgu macam malu-malu masa hari pertama di kelas” antara komen yang ditulis oleh salah seorang murid pada minggu terakhir saya praktikal di sekolah tersebut.

Saya cuba sedaya-upaya untuk mengatasi kelemahan diri ketika itu.  Syukur, alhamdulillah saya mula selesa untuk bercakap dihadapan kelas untuk minggu-minggu seterusnya.  Segala ilmu pendidikan yang saya terima di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia cuba diaplikasikan sebaik yang mungkin.  Mereka juga menerima kehadiran saya dengan hati yang terbuka.  Saya seronok mengajar, kami bermain dan bergembira sambil belajar di dalam kelas.

Tetapi lain pula cabarannya dengan Guru Pembimbing saya dan juga salah seorang Pembantu Makmal.  Layanan yang saya terima daripada kedua-keduanya agak dingin.  Mereka seolah-olah kurang senang dengan kehadiran saya. ” Mungkin mereka penat dan ada masalah lain.” saya cuba memujuk hati sendiri.  Kemudiannya, saya teringatkan komen rakan saya itu, mungkin mereka merasakan saya ni jenis yang sombong dan berlagak dek kerana sikap saya yang agak pendiam dan kurang pandai bergaul dengan orang yang baru dikenali .  Mati akal dibuatnya.

”Kak, saya perlukan bahan-bahan ni untuk buat eksperimen esok. Boleh akak sediakan?” Tanya saya kepada kakak Pembantu Makmal.  ”Bahan semua ada dalam bilik tu, cikgu ambillah sendiri.” Jawab Pembantu Makmal itu sambil menunjukkan ke arah bilik yang dimaksudkan itu tanpa melihat saya dan sibuk meneruskan aktiviti mengaitnya.  ”Oh! Macam tu ye? Terima kasih kak”  Sekembalinya di rumah sewa, saya berbual dengan seorang rakan yang sama-sama praktikal di sekolah tersebut dan mengajar subjek yang sama.  ”Awak dah pesan bahan yang diperlukan untuk eksperimen 4.1?” Tanya saya.  ”Dah. Kakak tu dah siapkan dan letakkan di dalam bilik persediaan.” Jawab rakan saya dengan senang hati.  Aik! Boleh pulak dia sediakan. Getus hati kecil saya.  Saya mula merasakan ada yang tidak kena.

Masa terus berlalu, masuk minggu kedua.  Guru Pembimbing saya tidak hadir ke sekolah kerana mengalami kemalangan ringan di rumahnya.  ” Itulah, buat dekat orang sangat.  Allah tu nak tunjuk.” Kata salah seorang rakan guru tatkala mendengar berita Guru Pembimbing saya kemalangan.  Saya memandang muka guru tersebut dengan penuh tanda tanya. ”Dia tak suka awak ambil kelas dia.  Dah arahan daripada pentadbir, terpaksalah dia bagi juga. Tu yang dia buat macam tu kat awak.  Kita ni tak boleh buat macam tu kat orang.  Allah nak balas sekejap je.” Sambung guru tersebut dengan panjang lebarnya berserta nasihat. Saya cuma menganggukkan kepala dan tersenyum. ”Oh! Begitu ceritanya.”  Kata hati kecil ini. 

Sekembalinya Guru Pembimbing saya daripada cuti, saya terus bertanyakan khabarnya dan cuba berbaik-baik dengannya.    Oleh itu,  tanpa rasa jemu saya cuba untuk berbual-bual mesra dengannya pada setiap hari bagi membina hubungan yang baik. Lama-kelamaan kami menjadi rapat, ibarat adik dengan kakak.  Sehingga membuatkan rakan-rakan pelatih yang lain cemburu dengan saya.  Pada suatu hari, selepas habis waktu sekolah beliau beriya-iya mengajak saya ke rumahnya.  Saya dan seorang lagi rakan mengikutnya balik ke rumah.  Di rumahnya beliau menghidangkan bihun sup kepada kami berdua.  Saya bersyukur sangat kerana kami dapat berbaik-baik dengan izin Allah.

Masuk minggu ke tiga, saya masih bergelut di makmal sekolah.  Saya masih terkial-kial di dalam bilik stor bahan membuka setiap kotak bagi mencari bikar, mangkuk pijar dan pelbagai alat radas yang lain.  Saya perlu siapkan sendiri semua bahan yang diperlukan.  Keadaan bertambah rumit dan memenatkan apabila hari tersebut ada pemantauan daripada Pensyarah.  ”Tak boleh jadi ni.”  Bisik hati kecil saya.  Saya perlu menjalankan modus operandi yang sama ke atas kakak Pembantu Makmal.  Sama seperti apa yang telah saya lakukan kepada Guru Pembimbing saya.  Saya perlu atasi sikap saya yang kurang bercakap itu.  Kalau ada subjek Perhubungan Sosial, mesti gagal ni.  Saya kuatkan semangat, mohon kepada Allah SWT untuk dilembutkan hati kakak Pembantu Makmal itu. 

Pada suatu tengah hari, seorang kakak Pembantu Makmal yang lain, menegur saya.  ”Cikgu cari apa?” ”Oh! Saya tengah mencari silinder penyukat.” Jawab saya.  ”Ini dia, Cikgu.” Kakak tersebut menghulurkan silinder penyukat kepada saya.  ”Terima kasih kak.” Balas saya.  ”Akak kesian tengok cikgu ni.  Ada juga akak dengar cerita tentang ni.  Cikgu bersabarlah ye.  Kadang-kadang orang ni pelbagai ragam.” Akak tersebut terus memberikan nasihat tanpa dipinta.  Saya hanya menganggukkan kepala dan senyum seperti biasa. Saya masih tidak tahu apakah punca sebenar kakak Pembantu Makmal yang di sebelah pagi itu melayan saya sebegitu rupa.  Dan sudah menjadi tabiat saya untuk tidak bertanyakan lebih-lebih tentang sesuatu perkara.  Teringat pula kelas Pensyarah Sosiologi berkenaan perihal ragam manusia di sekolah.

Pada keesokkan harinya, selepas habis kelas saya meluangkan masa ke bilik Pembantu Makmal tersebut.  Saya tebalkan muka, beranikan diri untuk memulakan modus operandi yang telah dirancang.  Kelakar pula rasanya, bunyinya seperti operasi yang dijalankan oleh polis pula.  Seperti biasa beliau sedang mengait.  ”Pandai akak mengait” Saya memulakan bicara.  Beliau masih diam dan tidak mengendahkan saya.  ”Ish! Macam mana nak buat ni, akak ni tak layan la.” hati kecil saya mulai gusar.  Bukan mudah bagi seorang yang pendiam untuk memulakan bicara.  Saya kuatkan hati dan teruskan berbicara ” Akak mengait lapik kerusi ke? Mak saya pun ada mengait jugak.” ”Alah, takde la pandai sangat.  Saja-saja mengisi masa lapang.” Balas beliau acuh tak acuh. Hati saya melonjak gembira.  Dengan izin Allah kami berbual sehingga habis waktu sekolah.  Beliau mula menerima kehadiran saya. 

”Kalau cikgu perlukan apa-apa alat radas, suruh je murid datang ambil ye.  Cikgu tak perlu penat-penat jalan ke sini.”  Saya membalas dengan anggukkan dan senyuman. Begitulah hari-hari seterusnya.  Saya sudah tiada masalah dengan kakak Pembantu Makmal. Malah beliau kemudiannya, melayan saya dengan baik sekali bagi hari-hari seterusnya.

Siapa sangka kami berdua berpelukan pada hari terakhir saya di sekolah tersebut.  Guru Pembimbing saya pula menghadiahkan sehelai kain batik yang unik sebagai tanda kenangan.  Saya seorang sahaja dalam kalangan Guru Pelatih , yang dapat hadiah daripada Guru Pembimbing. Gembiranya hati bukan kepalang.  Kain batik yang unik itu, masih ada dalam simpanan saya.  Bak kata pepatah, ’Tak kenal, maka tak cinta’.

Tuesday, April 2, 2013

PERKONGSIAN: Cuaca Panas ~ Nasihat Kepada Orang Ramai~


FENOMENA PANAS YANG DIALAMI SEKARANG ADALAH KERANA KEJADIAN BUMI YANG SELARI DENGAN MATAHARI. OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA KONGSIKAN DI SINI NASIHAT DARIPADA Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

>>Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
>>Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
>>Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
>>Penghidap penyakit sistem pernafasan.
>>Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :

>>Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
>>Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
>>Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
>>Hadkan aktiviti luar
>>Kerap berehat
>>Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
>>Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
>>Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

>>Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
>>Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
>>Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

>>Keluar dari kawasan yang panas
>>Tanggalkan pakaian yang ketat
>>Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
>>Gunakan kipas untuk sejukkan badan
>>Minum air setiap 15 minit
>>Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Monday, April 1, 2013

PERKONGSIAN: Seharian sebagai PENDIDIK masa kini

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum~

AHAD (31 Mac 2013)

7.20 pagi ~ sampai di sekolah
               ~ perhimpunan Tingkatan 5

7.40 pagi ~ mengajar kelas 5A sehingga pukul 9.00pagi (memandangkan hari ini merupakan hari pertama persekolahan, maka pembelajaran dimualakan dengan 'pop kuiz' selepas bertanyakan perkhabaran anak2 didik sepanjang cuti pertengahan semester sambil melayan 1001 kerenah mereka semua)

8.20 pagi ~ mendapat panggilan daripada ibu salah seorang anak didik yang masih bercuti kerana mengalami kecederaan yang serius semasa kemalangan tempoh hari. Katanya beliau, sedang menunggu saya di pejabat sekolah bagi membincangkan masalah anaknya itu.  Saya menamatkan pengajaran di kelas dan mengarahkan anak2 murid yg lain supaya belajar dahulu subtopik seterusnya sebagai persediaan untuk kelas berikutnya nanti. Kemudian saya bergegas ke pejabat, memandangkan waris telah lama menunggu. Sesampainya saya di pejabat, kelihatan waris tersebut sedang berurusan dengan Penolong Kanan.  Alhamdulillah, persetujuan telah dicapai antara kedua2 pihak, bahawa anak beliau yang masih belum pulih sepenuhnya itu akan mula bersekolah dalam masa terdekat dan akan ditempatkan di kelas di tingkat bawah kerana anak beliau masih bertongkat.

9.30 pagi ~ berada di bilik guru dan mula mengedit video persembahan multimedia yang akan ditayangkan pada esok pagi sempena pelancaran Bulan Sains & Matematik.

10.30 pagi ~ berada di pejabat bagi melaksanakan tugas sebagai guru kelas iaitu menutup kehadiran murid bagi bulan Mac (mengira peratus kehadiran dan sebagainya). Sambil2 itu, berbincang dengan rakan se'AJK bagi pelaksanaan tugas untuk Majlis Anugerah Cemerlang yang perlu disiapkan selewat-lewatnya awal minggu depan. Setelah itu, menunjukkan hasil video persembahan multimedia kepada Guru Kanan Sains & Matematik. Guru Kanan Sains & Matematik, memaklumkan bahawa AJK perasmian perlu berada di dewan pada petang ini, untuk mengadakan sesi persediaan terakhir.

11.30 pagi ~ minum pagi (2 kuih cek mek molek)

12.00 tengah hari ~ menyambung kerja di bilik guru sambil makan roti berinti coklat.

1.20 tengah hari ~ bergerak ke makmal kimia untuk mengajar kelas 5B. Kelas akan tamat pada pukul 2.50 petang. Mengadakan perbincangan dengan setiap murid terhadap prestasi Ujian 1 masing-masing.

3.15 petang ~ balik ke rumah untuk solat zohor dan mengambil peralatan yang diperlukan ke dewan sekolah.

4.00 petang ~ berada di dewan sekolah dan perjalanan perasmian cuba diatur sebaik mungkin, supaya tiada kecacatan semasa berlangsungnya perasmian pada pagi esok.

6.00 petang ~ berada di rumah, makan malam (ini memang waktu makan malam saya...hehe) setelah menunaikan solat asar dan cuba untuk manfaatkan masa yang ada untuk berehat.

8.00 malam ~ kembali membuka laptop dan mula menyunting semula video persembahan multimedia dan hasil kerja siap dijadikan video pada pukul 12.30 pagi.

ISNIN (1 April 2013)

1.00 pagi ~ tidur setelah menunaikan solat isya' dan menggosok pakaian untuk esok hari.

3.30 pagi ~ terjaga daripada tidur dan terus membuka laptop dan menyemak semula video yang telah dihasilkan bagi memastikan, video berjalan lancar semasa penayangan dibuat nanti. Setelah itu, mula mencari bahan untuk tugas seterusnya bagi Majlis Anugerah Cemerlang pula.


p/s: Inilah rutin hidup saya sebagai seorang pendidik. Semoga Allah kuatkan diri ini bagi mengharungi cabaran sebagai seorang pendidik masa kini. Untuk semua anak2 didik, saya akan cuba sedaya upaya membantu kalian dalam mata pelajaran kimia. Tiada yang mudah di dalam dunia ini, segala-galanya perlukan usaha yang jitu dan saya sentiasa mendoakan kejayaan kalian dunia akhirat. Jadilah insan yang bermanfaat kepada keluarga, bangsa, negara dan agama (muslimin). Wallahu a'lam.






Monday, March 11, 2013

Pertengahan MAC: Miss Octo

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum wbt~


sibuknya saya...
" Tiba-tiba terfikir, kalau la ada 8 tangan macam octopus...Miss Octo!!! Bertukar!!!..banyak tangan, boleh buat banyak kerja serentak...miahahaha"

Wahai diri, takde kerja dalam dunia ni yang senang tau...
Bukan senang nak senang & Bukan susah nak susah...

Sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah Terlatih (cikgu), anda perlu sediakan mental dan fizikal untuk membuat pelbagai jenis KERJA. Selalunya dalam masa 1 hari anda perlu memainkan lebih daripada 2 peranan selain daripada mengajar. Be prepared!!! 

***dah puas merepek?...nak buat kerja yang mana satu dulu ni, ek? 



Thursday, February 28, 2013

~giLa GADGET~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

~ assalamualaikum wbt ~

Salah satu keLEMAHan saya adalah 'GADGET'. Pantang tau akan kelebihan sesuatu GADGET, mula la tak tenang hidup. Asyik terkenang-kenang je. Saya kongsikan beberapa GADGET yang agak berbaloi memilikinya.

FIRRENZI - steam iron
Suka sangat dengan seterika wap jenis ni. 
Membuatkan masa menggosok menjadi singkat.
Kualiti gosokan sama seperti seterika biasa.

NOXXA - pressure cooker
Periuk tekanan pelbagai fungsi.
Kelebihan: 
*10 minit memasak NASI GORENG (guna beras dan tak perlu masak nasi terlebih dahulu)
*20 minit rebus LAKSA (tanpa perlu direndam terlebih dahulu)
* Sayur (lobak merah; ubi) tidak lembik walau pun selepas dimasak lama
*Merebus tulang, kacang hijau, barli dan lain-lain dalam masa yang singkat 

TEFAL - actifry

Gadget ni membolehkan kita menggoreng tanpa minyak kecuali menggoreng dalam kuantiti yang banyak; 1kg  french fries misalnya, 1 sudu minyak diperlukan (minyak zaitun/ minyak bunga matahari ~ pilihan sihat). 
Membolehkan kita menikmati makanan bergoreng dengan lebih sihat.

HUROM - slow juicer
Gadget ini tidak menggunakan bilah pisau untuk mengisar buah-buahan. 
Sekiranya menggunakan bilah pisau, buah akan teroksida dan menyebabkan warna jus terjejas. 
Malah menghasilkan banyak jus serta boleh mengisar sayur-sayuran (bayam, brokoli) & juga kekacang (kacang soya, jagung). 
Jus yang terhasil sangat 'pure', 'fresh' & sedap.

- ozone -  
Gadget ini sangat efektif dalam membersihkan buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan dan makanan laut daripada sebarang bahan kimia. Malah makanan mentah ini juga akan lebih tahan lama.

iROBOT - vacum  
Dikatakan vacum comel ini dapat mengesan sampah dan beroperasi dengan baik. 
Kalau la dapat robot comel ni..hmmm...
(tengah menabung...ekekekek)



Friday, February 22, 2013

DIET

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum wbt~

"Awak tu tak yah DIET la Wada" kata rakan2 sekerja. 
"Kurus sangat pun tak cantik gak" sambung diaorang lagi.

Rileks la kawan2, saya memang tengah berDIET. 


Tapi bukan DIET yang tak makan tu ye. 
Saya cuma tengah amalkan DIET SEIMBANG. 
Cuba makan secara SIHAT. 
~hehehe~


Saya cuma GANTIKAN menu SARAPAN PAGI  yang biasa,


nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kueh teow goreng, roti canai dan kuih muih 

kepada 

Soya & OAT.


Saya GANTIKAN minuman manis; 
nescafe, teh o ais limau, teh ais, neslo, milo, sirap limau, dan lain2


kepada


TEH HIJAU

dan

AIR KOSONG

sesekali minum gak 'air manis' :p



Saya masih makan NASI PUTIH, tapi saya kurangkan kuantitinya, kurangkan masakan yang berLEMAK dan berMINYAK tetapi lebihkan kepada PROTEIN dan SAYUR-SAYURAN.

Di antara waktu makan, saya akan makan BUAH atau pun biskut OAT.


Kenapa saya ubah cara MAKAN?
untuk KURUS?
sebab nak LANGSING?

Jawapannya TIDAK sama sekali.
Hanya satu SEBAB, sebab saya nak SIHAT!!!

~insyaAllah~










Sunday, January 27, 2013

PERKONGSIAN: Teknik Turunkan & Kekalkan Berat Badan

This summary is not available. Please click here to view the post.

Sunday, January 20, 2013

PERKONGSIAN: Cara Saya Lakarkan keHIDUPan seINDAH cerita NOVEL :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum & salam sejahtera~


Lazimnya apabila membaca NOVEL, perasaan kita kita seakan-akan terbuai dan tenggelam dalam keasyikan cerita. Mana tidaknya, 90% cerita NOVEL di pasaran didasari dengan kisah CINTA. Siapa yang tidak suka dengan CINTA, betul tak? Tapi MUSLIMAH, jangan LUPA! berCINTAlah seMAHUnya selepas AKAD, ok? :) ...lebih afdal :p

Memandangkan HATI kita akan terbuai-buai dan sentiasa terawang-awang tatkala membaca NOVEL, apa kata kita cuba Lakarkan keHIDUPan seINDAH cerita NOVEL :)  


MUSTAHIL?

Apa pulak mustahilnya. Ya! Kita tak mampu nak menjadikan kehidupan kita seINDAH cerita NOVEL kerana ia semua dalam perancangan Allah S.W. T tetapi kita mampu menCORAkkan cara kita meLALUinya. 

SETUJU?

Cerita NOVEL tu pun bukannya GEMBIRA je, kan? Ada jugak babak yang SEDIH2, EMOSI dan TRAGEDI. KeHIDUPan kita pun macam tu jugak, kan? Kesimpulannya, keHIDUPan kita ni pun macam cerita NOVEL jugak. Bezanya bagaimana kita meLALUinya.

Cara saya 
Lakarkan keHIDUPan seINDAH cerita NOVEL



  • Positif
          POSITIFkan PEMIKIRAN dalam apa jua keadaan. 
  • Senyum
          sentiasa terSENYUM dan cuba untuk SENYUM walaupun HATI tengah gundah gulana. 
  • mendengar LAGU OST atau apa sahaja
          Pilih lagu2 yang mebuatkan hati anda terbuai-buai dan dengarlah masa tengah tension 
          atau masa tengah bekerja atau masa berjogging atau pada bila-bila masa 
          yang anda suka, kemudian berangan seolah-olah anda berada dalam cerita 
          tersebut...hehehe
          [seeloknya pakai earphone agar tidak mengganggu orang yang lain]
  • Redha
          Serahkan segalanya kepada ALLAH S.W.T kerana perancanganNYA adalah yang 
          terbaik.




tiada yang SEMPURNA kecuali ALLAH S.W.T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...