BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~ assalamualaikum wbt ~
Salah satu keLEMAHan saya adalah 'GADGET'. Pantang tau akan kelebihan sesuatu GADGET, mula la tak tenang hidup. Asyik terkenang-kenang je. Saya kongsikan beberapa GADGET yang agak berbaloi memilikinya.
FIRRENZI - steam iron
Suka sangat dengan seterika wap jenis ni.
Membuatkan masa menggosok menjadi singkat.
Kualiti gosokan sama seperti seterika biasa.
NOXXA - pressure cooker
Periuk tekanan pelbagai fungsi.
Kelebihan:
*10 minit memasak NASI GORENG (guna beras dan tak perlu masak nasi terlebih dahulu)
*20 minit rebus LAKSA (tanpa perlu direndam terlebih dahulu)
* Sayur (lobak merah; ubi) tidak lembik walau pun selepas dimasak lama
*Merebus tulang, kacang hijau, barli dan lain-lain dalam masa yang singkat
TEFAL - actifry
Gadget ni membolehkan kita menggoreng tanpa minyak kecuali menggoreng dalam kuantiti yang banyak; 1kg french fries misalnya, 1 sudu minyak diperlukan (minyak zaitun/ minyak bunga matahari ~ pilihan sihat).
Membolehkan kita menikmati makanan bergoreng dengan lebih sihat.
HUROM - slow juicer
Gadget ini tidak menggunakan bilah pisau untuk mengisar buah-buahan.
Sekiranya menggunakan bilah pisau, buah akan teroksida dan menyebabkan warna jus terjejas.
Malah menghasilkan banyak jus serta boleh mengisar sayur-sayuran (bayam, brokoli) & juga kekacang (kacang soya, jagung).
Jus yang terhasil sangat 'pure', 'fresh' & sedap.
- ozone -
Gadget ini sangat efektif dalam membersihkan buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan dan makanan laut daripada sebarang bahan kimia. Malah makanan mentah ini juga akan lebih tahan lama.
iROBOT - vacum
Dikatakan vacum comel ini dapat mengesan sampah dan beroperasi dengan baik.
Kalau la dapat robot comel ni..hmmm...
(tengah menabung...ekekekek)
No comments:
Post a Comment