Tuesday, November 13, 2012

AKTIVITI semasa: Buat Sendiri BAJA Kompos

 ~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
assalamualaikum wbt

Kali ini saya nak kongsikan cara-cara untuk membuat BAJA KOMPOS...banyak cara untuk membuat BAJA KOMPOS ni sebenarnya...dan pada pemikiran saya, ia adalah sesuatu yang susah pada mulanya..mula-mula sekali saya dapat pendedahan mengenai BAJA KOMPOS ni lebih kurang 5-6 tahun lepas dalam siri OPRAH WINFREY, Julia Roberts berkongsi cara beliau melupuskan sisa-sisa makanan di rumahnya...beliau memasukkan sisa makanan ke dalam satu tong yang besar (ditempah khas), kemudian perlu mengacaunya secara berkala..pada pendapat saya ketika itu, ia sesuatu yang menarik tetapi agak sukar untuk dilaksanakan...mana nak cari tong camtu kat sini..lagi pun agak kurang praktikal dan agak leceh... 

kemudian, ada satu dokumentari menunjukkan sebuah kawasan perumahan di Malaysia yang membuat BAJA KOMPOS...kaedah yang mereka gunakan adalah seperti gambar di bawah..


konsep KOMPOS ni mudah je...bahan kering (rumput, daun2 dll), bahan basah (sisa dapur) dan tanah...ditambahkan lapis demi lapis...tapi kaedah taman perumahan tu pun agak kurang praktikal untuk saya praktikkan di rumah secara kecil-kecilan... 


Ada satu lagi kaedah yang dikongsikan oleh rakan saya...kaedah ini diperolehi beliau semasa menghadiri satu seminar berkaitan alam sekitar..caranya agak mudah, korek satu lubang, masukkan sisa dapur dan kemudian lapiskan dengan bahan kering dan tanah...lakuakan sehingga penuh lubang tersebut...saya ada mencuba kaedah ini pada awal tahun, tapi masih agak kurang praktikal bagi saya (yang susahnya part nak menggali lubang...penat seh!)...sekali tu je la yang saya buat..hehehe

saya masih tak berputus asa, saya masih teringin nak buat BAJA KOMPOS...akhirnya saya berjumpa juga dengan kaedah yang paling praktikal..membuat BAJA KOMPOS dalam PASU ...mudah sangat!!!

Cara membuatnya:
  1. Letakan selapis batu kerikel di dasar pasu bunga untuk pengedaran udara. Tambahkan selapis tanah (lebih kurang dua inci) ke atasnya. Masukan bahan-bahan reput dan daun kering (sekiranya ada).

2. Masukkan sisa makanan & sisa dapur.


3. Tutupkan lapisan ini dengan selapis tanah (regangkan). Semua lubang dan celah hendaklah ditutup dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan seperti lalat, kucing dan anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam kompos.


4. Isipadu tanah hendaklah sebanding isipadu sisa-sisa buangan (lebih kurang 20% tanah). Membuat demikian sehingga pasu bunga itu penuh. Gunakan pasu lain apabila pasu yang pertama itu sudah penuh.
5. Kompos anda akan siap dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja untuk tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan halaman rumput.
6. Anda boleh menggunakan pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sisa atau menggunakan pasu baru. Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain, tetapi kandungan di dalamnya hendaklah selalu lembab.


Mudah kan? Tak perlu mengeluarkan belanja pun, untuk membeli TONG KOMPOS...cuma gunaka saje pasu-pasu bunga yang sudah tidak digunakan..

Kelebihan Baja Kompos

1.Tidak berbau
2.Meningkatkan kesuburan tanah
3.Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
4.Memperbaiki pH tanah
5.Merangsang pertumbuhan pokok
6.Meningkatkan kualiti hasil pertanian

Faedah

1.Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
2.
Mesra alam sekitar


p/s: kenapa saya nak sangat buat BAJA KOMPOS ni ek? sebab yang paling utamanya...saya nak kurangkan pembuangan sisa makanan, nak kurangkan bau busuk, kalau ramai2 buat kompos, mungkin tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan...jom sama2 kita KOMPOS sisa makanan & sisa dapur...lagi pun banyak manfaatnya, jimat belanja tak yah dah beli BAJA...pokok pun makin subur...insyaAllah

3 comments:

sepsyalida said...

salaam wada,
saya tak berapa faham.

step #4: Isipadu tanah hendaklah sebanding isipadu sisa-sisa buangan (lebih kurang 20% tanah). Membuat demikian sehingga pasu bunga itu penuh.

soalan pertama:
kalau isipadu tanah sebanding sisa makanan, kenapa jadi 20%? kenapa bukan 50%?

soalan kedua:
"membuat demikin sehingga pasu penuh tu", maknanya, kita ulang ulang lapisan sisa makanan + tanah sampai pasu penuh ke, atau satu pasu itu, hanya ada satu layer sisa makanan + satu layer tanah?

mintak terangkan eh? sebab saya pun nak buat jugak kompos ni. lama dah terfikir.

jazakillah wada :)

WADA said...

waalaikumussalam sepsyalida,

buat mcm kek lapis...mcm yg sepsyalida kata tu, kita ulang ulang lapisan sisa makanan + tanah sampai pasu penuh.

agak2 20% sisa, 20% tanah..ulang2 sampai la 100% penuh pasu.

ok tak dengan penerangan tu..harap dapat membantu ;)

sakinah said...

macam susah je dik..apsal lama sangat samapi sebulan lebih nak jd baja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...