Sunday, October 28, 2012

Doa Munajat


Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Sesungguhnya kami sedar dan insaf ya Allah, kami ini banyak dosa dan kurang ibadah pula. Namun, kami yang lemah dan hina ini memohon rahmat-Mu yang maha luas ya Allah. 

Kami memohon kepada-Mu dengan berkat kemuliaan setiap huruf yang terkandung di dalam surah Yaasiin ya Allah;

Dosa kami tolong ampuni ya Allah. Gelap hati kami tolong terangkan ya Allah. Keras hati kami tolong lembutkan ya Allah. Kotor di hati kami tolong sucikan ya Allah. Buta hati kami tolong celikkan ya Allah. Lemah jiwa kami tolong kuatkan ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Gelisah jiwa kami tolong tenangkan ya Allah. Liar nafsu kami tolong jinakkan ya Allah. Jahil kami tolong alimkan ya Allah. Jahat kami tolong baikkan ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Cinta dunia tolong kikiskan ya Allah. Cinta akhirat tolong suburkan ya Allah. Lalai kami tolong sedarkan ya Allah. Sombong kami tolong tawadhu’kan ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Sesat kami tolong tunjukkan ya Allah. Susah kami tolong senangkan ya Allah. Masalah kami tolong selesaikan ya Allah. Hutang kami tolong lunaskan ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Sakit kami tolong sembuhkan ya Allah. Bujang kami tolong kahwinkan ya Allah. Anak-anak kami tolong solehkan ya Allah. Tabiat buruk kami tolong hentikan ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Hati-hati kami tolong satukan ya Allah. Persaudaraan kami tolong eratkan ya Allah. Perpaduan kami tolong kekalkan ya Allah. Kediaman kami tolong amankan ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Pendek umur kami tolong panjangkan ya Allah. Hilang saudara kami tolong ketemukan ya Allah. Lenyap harta kami tolong gantikan ya Allah. Miskin kami tolong kayakan ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Sempit rezeki kami tolong luaskan ya Allah. Perniagaan kami tolong lariskan ya Allah.
Urusan hidup kami tolong mudahkan ya Allah. Kurang kami tolong cukupkan ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Doa kami tolong akbulkan ya Allah. Hajat kami tolong tunaikan ya Allah. Permintaan kami tolong penuhi ya Allah. Permohonan kami tolong luluskan ya Allah. 

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Gelap kubur tolong terangkan ya Allah. Sempit kubur tolong luaskan ya Allah. Susah di kubur tolong angkatkan ya Allah. Seksa kubur tolong selamatkan ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Pahala bacaan surah Yaasin dan zikir kami tolong sampaikan ya Allah;
Sebagai hadiah kepada ruh ibu kami ya Allah
Sebagai hadiah kepada ruh bapa kami ya Allah
Sebagai hadiah kepada arwah guru kami ya Allah
Sebagai hadiah kepada semua ruh muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat ya Allah. Ampunilah dosa-dosa mereka ya Allah. Terangilah kubur mereka ya Allah
Luaskan kubur mereka ya Allah. Amankanlah mereka dari seksa kubur ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Hanya kepada-Mu kami memohon ya Allah. Tunaikanlah permohonan kami ini ya Allah
Hanya kepada-Mu kami merayu ya Allah. Dengarilah rayuan kami ya Allah. Hanya kepada-Mu kami berdoa ya Allah. Makbulkanlah doa kami ya Allah. Dengan berkat kemuliaan Rasul-Mu. Muhammad s.a.w.

-dahimaljawiy/12.05.20011-


Saturday, October 27, 2012

SALAH FAHAM berkaitan Sarapan, Makan Malam dan Sahur

Sarapan
" Ya Allah, laparnya. Tak sempat la nak sarapan pagi tadi. Ni baru nak makan." Ngomel kawanku. Jam tepat menunjukkan pulul 12 tengah hari. 

Ini merupakan ayat biasa yang kita dengar, kan?

Bahaya tau, kalau kita tidak bersarapan pagi ni...

"Mereka yang tidak sarapan akan memiliki kadar gula darah yang rendah. Hal ini akan 
menyebabkan ketidakcukupan nutrisi pada otak. Walhal otak memerlukan nutrisi yang cukup untuk bekerja. Akibat kurangnya nutrisi terutamanya glukosa, akhirnya kemampuan otak akan cepat menurun." 

Bahaya, kan? Bukan itu sahaja, malahan boleh menyebabkan seseorang itu pitam. Senario ini biasa terjadi di perhimpunan rasmi di sekolah2.  Kenapa pelajar2 ni pitam, selalunya kerana belum bersarapan. Kadar gula yang rendah dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu pitam.  Sekiranya kerap sangat tidak bersarapan, berkemungkinan besar boleh menyebabkan gastrik. Oleh yang demikian, bersarapanlah.

Tak sempat bersarapan???

Tak perlu la sepinggan nasi lemak, mee goreng, bihun goreng dan sebagainya.


Sarapan yang ringkas2 je sebelum ke luar rumah di pagi hari.


Cukup dengan hanya mengambil secawan minuman berbijirin 
(cadangan: tambahkan oat dalam milo).
Tapi harus diingat, jangan bancuh yang '3 dalam 1' tu ye. 
Ada krimer bukan tenusu di dalamnya, bahaya tau! (klik sini)

Mudah dan ringkas, kan? Memanglah 3 jam lepas tu akan lapar semula. 
Bolehlah ambil makanan yang berat sikit selepas 3 jam. 

p/s: Para ibubapa jangan biarkan anak2 anda ke sekolah dengan perut yang kosong. Sekurang-kurangkan bancuhkan secawan minuman berbijirin.

Makan Malam


"Aku tak makan malam dah. Almaklumlah diet sekarang ni. Tu yang kurus sikit ni..hehe." 

Ayat biasa yang diucapkan oleh kawan2 kita yang nak mengurangkan berat badan, kan?

Emm...salah sebenarnya tu. Makan malam itu penting. Wajib makan malam.

"Susah la kalau macam tu, kalau makan malam2 ni, gemuk la"

Jangan salah faham kawan.

Kes 1:
Katakanlah waktu terakhir kalian makan adalah pada pukul 4 petang, kemudiannya kalian tidak makan sehinggalah pukul 10 pagi esoknya. Bayangkan, 18 jam perut dibiarkan kosong.

Asid hidroklorik yang dirembeskan dalam perut seperti biasa, tapi tiada makanan untuk dicernakan. Itulah yang menyebabkan kita sakit perut, gastrik. 

Sekali dua mungkin tak rasa lagi. Kalau dah banyak kali, ia akan mula sakit.

Kes 2:
Katakanlah memang tak berhajat nak makan malam pada hari tersebut. tetapi pada pukul 10 malam perut mula berkeroncong. Tak boleh nak tidur. Penyelesaiannya, kita akan makan roti atau pun biskut, kan? lepas tu tidur. Kata, nak turunkan berat badan? Apa cer, hehehe...

Roti tu karbohidrat, kan? Samalah macam makan nasi. Lebih2 lagi roti putih, tinggi kandungan karbohidratnya. 

Makan, salah! Tak makan, pun salah! habis tu macam mana?

Bertenang, bertenang! 

Jangan tak makan malam! 

"Rosaklah I punya diet!"

Kalian masih boleh menjaga berat badan walaupun makan malam.
Ye ke? Macam mana tu?

Penyelesaiannya:
Makan malam sebelum matahari terbenam 
(cadangan: setengah jam sebelum masuk waktu maghrib).

Kalau nak jaga berat badan, makanlah sesenduk nasi
 atau pun 2-3 keping roti (roti gandum penuh).
3 jam selepas itu, mungkin anda masih berasa lapar (ini senario biasa).
 Untuk mengelakkan terlebih makan, minumlah secawan susu sebelum tidur.

p/s: marilah kita sama2 membudayakan makan malam sebelum matahari terbenam.

Sahur
"Budak-budak sekarang ni, mana nak bangun bersahur. Diaorang lebih sanggup lagi tidur daripada nak bangun makan sahur. " Luah seorang ibu.

Kita semua maklum, kan? Bahawasanya, pahala adalah ganjaran yang dijanjikan Allah bagi mereka yang makan sahur.

"Dah makan nasi tengah malam tadi, sebelum tidur" 
Inilah alasan para remaja, kan?

Salah tu. 

Waktu sahur yang terbaik adalah diakhir malam iaitu sebelumnya masuk subuh (imsak).
Terdapat 7 kelebihan bersahur sebelum masuk subuh (klik sini). 

Kan, ke bahaya kalau makan lewat2 malam ni. 
Akan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Lagi pun, rugilah tak merebut pahala untuk orang2 yang bersahur. 
Paling malas pun, minumlah seteguk air masak.

p/s: para ibubapa, andai anak2 kalian tetap tak mahu bangun untuk bersahur. Berikanlah mereka segelas air masak. Sekurang-kurangnya mereka masih mendapat pahala.

**********************************
Saya hanya kongsikan serba sedikit apa yang saya ketahui dan pandangan saya serta cara saya berkaitan MAKAN, wallahu a'lam.













Wednesday, October 24, 2012

Zulhijjah 1433H

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

assalamualaikum wbt

Jika istimewanya 1 Syawal kerana Hari Raya Aidilfitri, 
makanya istimewanya 10 Zulhijjah kerana Hari Raya Aidiladha.

Jika Hari Raya Aidilfitri dapat berkumpul sekeluarga,
tapi Hari Raya Aidiladha dah lama tak berpeluang berbuat demikian.

sebabnya???

Mungkin sebab kami sekeluarga terpisah jauh
dan mungkin juga sebab cuti yang pendek.

Pernah sambut sengsorang masa zaman belajar dulu,
sebab sehari lepas tu, ada peperiksaan akhir semester.

Oleh itu, bukanlah satu isu yang besar jika tidak dapat menyambutnya bersama keluarga memandangkan pernah melaluinya sebelum ni.

perasaan ???

Biasa je. 
Bukan sebab takde perasaan, tapi perlu kentalkan jiwa tabahkan hati.
Adat hidup seorang perantau.

Menyambut Hari Raya Aidiladha masa bekerja di Sabah dulu, paling seronok dalam sejarah hidup.
Meriah sangat-sangat. 

Memandangkan kami semua yang merantau ni tak balik ke kampung halaman masing-masing, kami sambut di sekolah. Sembelih 2-3 ekor lembu, lepas tu agihkan kepada para pelajar dan penduduk kampung berhampiran. Esoknya, boleh dikatakan setiap rumah mengadakan rumah terbuka. 
Rasa macam Hari Raya Aidilfiti pulak. 
~Kenangan terindah~

Hikmah dan Fadhilat Ibadah Qurban
1. Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim A.S.
2. Mendidik jiwa ke arah taqwa & mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
3. Mengikis sifat tamak & mewujudkan sifat murah hati berbelanja ke jalan ALLAH SWT.
4. Menghapuskan dosa & mengharap keredhoan ALLAH SWT.
5. Menjalinkan hubungan kasih sayang antara golongan berada & golongan miskin.
6. Memperolehi kenderaan tunggangan meniti titian AS-SIRAT di akhirat kelak.



Jom Ulangkaji Kelebihan Bulan Zulhijjah



Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha semuanya.
Moga suatu hari nanti kita menjadi tetamu Allah dan berpeluang menyambutnya di Mekah semasa menunaikan Ibadah Haji, amin.




Saturday, October 20, 2012

Krimer Non-Dairy penyebab MENINGKATNYA kadar Kolestrol???

~Bismillahirrahmanirrahim~

assalamualaikum wbt.

Suka makan aiskrim? 
Suka campurkan susu pekat manis dalam minuman?
Suka minum minuman pra campuran? 

BAHAYA tau, kalau kesemua jawapan anda bagi jawapan di atas adalah SUKA!
Tak caya? sila teliti betul2 artikel berikut:

*klik gambar untuk besarkan saiz*

lepas tu baca plak artikel bahaya krimer (klik sini). Banyak lagi MAKANAN yang perlu kita elakkan untuk memelihara kesihatan JANTUNG.

Kopi campur tongkat ali, kacip fatimah, kolagen, spirulina dan lain-lain pun bahaya gak ke? Koko 3 in 1? Banyak khasiat di dalam tu, takkan bahaya gak kot? 

Itu la juga yang terlintas di fikiran saya, beberapa tahun lepas.  Walau apa pun, bahan yang ditambah ke dalam minuman tersebut, selagi adanya 'krimer non-diary' ia tetap membahayakan kesihatan. Hakikatnya ia tetap meningkatkan kadar kolestrol dalam darah.

Saya telah mengalaminya sendiri (klik sini)
Kenapa saya yakin sangat yang paras kolestrol yang tinggi adalah disebabkan oleh Krimer Non-Dairy?
Dalam diet harian saya, saya kurang mengambil makanan bersantan, kurang makan aiskrim, kurang makan kek, kurang makan makanan bergoreng, tetapi setiap hari saya akan minum, minuman 3 in 1.
Bukan kerana ia mudah untuk disediakan, tetapi kerana khasiat2 yang terkandung di dalamnya.
Saya dikaburi dengan bahan2 tambahan yang dicampurkan ke dalam kopi2 tersebut.
Saya terkeliru dengan ayat yang mengatakan 'perlu diambil secara sederhana', dalam fikiran, saya hanya mengambil 1-2 cawan sehari.  Sederhana la tu, kan?
Nampaknya jangkaan saya jauh meleset. 
Saya lupa dengan pepatah melayu kita, "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". 
Nampaknya paras kolestrol dalam darah saya telah meningkat tahun demi tahun, makanya tindakan drastik telah di ambil.
Saya telah berhenti mengambil minuman 3 in 1 dengan serta-merta.

Bagaimana pula dengan paras kolestrol dalam darah anda?


Pertengahan Oktober: Edisi Terhad (Bahagian 2)


ANGKA PERPULUHAN inilah menyebabkan diri berhenti daripada minum kopi dan nescafe.

Paras kolestrol seharusnya rendah daripada 5.2 tetapi bacaan paras kolestrol dalam darah diri ini menunjukkan 8.7.  Tinggi yang amat.

Setelah puas mengkaji pola pemakanan harian, diri ini yakin ia bukan berpunca daripada makanan tetapi minuman. 

Kenapa kopi dan nescafe, ek?

Kerana dalam sesetengah serbuk kopi ada marjerin (klik sini

Kalau nescafe, selalunya diri ini lebih suka tambahkan susu pekat manis, atau pun kopi campuran 3 in 1. Lebih sedap, dan dapat khasiat yang lain2 jugak. Malangnya terdapat krimer non-dairy di dalamnya.

Krimer Non-Dairy adalah Lemak Tepu dan merupakan salah satu penyebab kepada peningkatan kolestrol dalam darah. Baca artikel berikut untuk kupasan selanjutnya (klik sini)


Thursday, October 18, 2012

Pertengahan Oktober : Edisi Terhad (Bahagian 1)

~Bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wbt..

Demi untuk mendapatkan kesihatan yang optimum, makanya diri ini telah menghadkan pengambilan beberapa jenis MINUMAN...

atas nasihat TABIB:

1. JANGAN minuman yang berAIS ataupun SEJUK

2. JANGAN minum KOPI / NESCAFE / TEH


Nasihat PERTAMA telah berjaya diamalkan selama SEBULAN yang lepas insyaAllah akan diteruskan. Pada mulanya memang la agak susah, nak plak bila tiba waktu tengh hari, matahari tengah tinggi, PANAS.  Selalunya minuman berAIS la yang dicari.  Kena tahan diri, jenuh gak la memikirkan jenis air yang nak diorder. Godaannya sungguh dahsyat, tatkala melihat kawan-kawan menyedut teh ais, teh o ais limau.  Sabar!! sabar!!

Nasihat KEDUA baru dipraktikkan hari ini. Itu pun setelah diSEDARkan oleh satu ANGKA PERPULUHAN. Setelah puas berfikir, akhirnya diri ini mengambil keputusan untuk mengikut nasihat tabib itu tanpa was-was. 

Kesimpulannya, mulai hari ini pilihan MINUMAN saya adalah:

1. Susu (tak bleh minum yang warna putih, nak muntah. Yang berperisacoklat, boleh la jugak)
2. Jus buah-buahan (tanpa ais)
3. Air suam

Sungguh TERHAD pilihan minuman ku~

Apakah ANGKA PERPULUHAN yang memberikan impak besar kepada diri ini? Tunggu Bahagian 2 ye, sekarang nak keluar jap...





Saturday, October 6, 2012

Friday, October 5, 2012

"AKU DAN DIA DAH PUTUS..."



Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.

dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”

p/s :  Semoga bermanfaat :)

Manusia : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi diri ini,terdapat beberapa pengajaran yg boleh kita perolehi drpd kisah ini:

  • Bagi PEREMPUAN, ya! anda perlu berUSAHA untuk mencari JODOH tetapi USAHA kita bukanlah dengan mencari CINTA Lelaki..sebaiknya berUSAHAlah mencari CINTA Allah dan mohon padaNYA spy kita dijodohkan dgn LELAKI yg juga menCINTAi Allah dan yg hanya mencintai kita krn ALLAH jua.
  • Bagi LELAKI, berUSAHAlah menjadi hambaNYA yg SOLEH..sekiranya kalian tidak JUJUR kpd PEREMPUAN yg kalian berjanji untuk menikahinya, ketahuilah bahawasanya ALLAH itu MAHA KUASA...insyaALLAH, suatu masa kelak ketidakJUJURan kalian itu pasti jua akan diketahui oleh si PEREMPUAN dgn izin ALLAH..
wallahu'alam

Thursday, October 4, 2012

Awal Oktober: Buktikan Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Minggu ini merupakan minggu pertama di bulan Oktober. Diri ini cuba merenung kembali segala peristiwa yang berlaku sepanjang bulan September. Kemudian ingatan terus mengembara sehingga ke bulan Januari. Banyak sungguh peristiwa yang berlaku di sepanjang tempoh itu. Gembira, tenang, bahagia, pahit, manis, geram, tension, stress dan pelbagai rasa ini bersatu selama 9 bulan lamanya (kalau org mengandung, kiranya masa untuk bersalin dah ni hehehe).  

Ada tikanya kegembiraan menghiasi hari-hari yang dilalui dan ada ketikanya pula kesedihan merenggut rasa. Pabila dilihat kembali segala kejadian yang berlaku saban hari dalam kehidupan ini dengan mata hati, diri ini dapat melihat betapa besarnya kuasa Allah SWT, betapa besarnya nikmat Allah SWT . Allah memberi pelbagai nikmat yg tidak terhingga bukan sekadar rezeki dalam nilai wang ringgit dan harta benda tetapi nikmat sihat. Allah masih memberi peluang kepada diri ini hidup hingga saat dan tika ini untuk memperbaiki diri, untuk mengabdikan diri hanya padaNya dan untuk Buktikan Cinta padaNya. 

Syukur alhamdulillah, terima kasih Allah.
InsyaAllah...
akan ku Buktikan Cinta ku pada Mu.

Wednesday, October 3, 2012

ALBUM NASIHAT: Koleksi 4

sumber : mukabuku

 sumber : mukabuku

sumber: mukabuku

sumber: mukabuku
sumber: mukabuku

 sumber: mukabuku


sumber: mukabuku


Do'a Keluarga Maslahat




Artinya: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami berikanlah ampunan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." (QS. Ibrahim: 41-42).

Penjelasan:
Doa diatas baik sekali dibaca dalam berbagai kesempatan, agar diri kita dan keluarga kita serta turunan kita senantiasa taat dan rajin beribadah kepada Allah Swt., khususnya ibadah shalat yang telah diwajibkan.
Dalam Al-Quran dikisahkan, bahwa doa tersebut dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s., ketika ia baru saja memohon agar kota Mekkah dijadikan kota tentram, aman dan anak turunannya diselematkan dari menyembah berhala. Lebih detail tentang kisah nabi ibrahim bisa dilihat dalam Al-Ouran Surah Ibrahim ayat 35-42.

sumber: mukabuku


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...