Saturday, October 20, 2012

Pertengahan Oktober: Edisi Terhad (Bahagian 2)


ANGKA PERPULUHAN inilah menyebabkan diri berhenti daripada minum kopi dan nescafe.

Paras kolestrol seharusnya rendah daripada 5.2 tetapi bacaan paras kolestrol dalam darah diri ini menunjukkan 8.7.  Tinggi yang amat.

Setelah puas mengkaji pola pemakanan harian, diri ini yakin ia bukan berpunca daripada makanan tetapi minuman. 

Kenapa kopi dan nescafe, ek?

Kerana dalam sesetengah serbuk kopi ada marjerin (klik sini

Kalau nescafe, selalunya diri ini lebih suka tambahkan susu pekat manis, atau pun kopi campuran 3 in 1. Lebih sedap, dan dapat khasiat yang lain2 jugak. Malangnya terdapat krimer non-dairy di dalamnya.

Krimer Non-Dairy adalah Lemak Tepu dan merupakan salah satu penyebab kepada peningkatan kolestrol dalam darah. Baca artikel berikut untuk kupasan selanjutnya (klik sini)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...