Friday, November 25, 2011

Klinik Yang UNIK


Gambar2 berikut dirakamkan pada pagi 22 Nov 2011 pada jam 8:45pagi. Ia merupakan pemandangan dihadapan sebuah klinik. Diri ini mendapati ia satu pemandangan yang unik dan asing bagi diri ini yang baru pertama kali ke klinik berkenaan.


Cuba perhatikan gambar di atas. Semua kedai2 masih lagi belum dibuka kan? tapi apa yang dibuat oleh orang ramai di luar klinik ni? Apa yang membuatkan mereka2 ini duduk bersidai di kaki lima bersebelahan dengan klinik tersebut?  

Cuba perhatikan pula gambar di atas. Nampak tak, apa yang dipegang oleh makcik yang berbaju kuning ni? Kad Pengenalan tau...ye Kad Pengenalan...berkeping-keping dalam genggaman makcik ni. Adakah makcik ini agen pekerja asing? aish!! sampai ke situ plak dah. Mari kita teruskan pemerhatian dan penyiasatan.

Lepas je turun daripada kereta, diri ini terus menyapa seorang kakak yang duduk bersama anak2nya. "Assalamualaikum, dah buat appointment ngan doktor ke?" Diri ini sedia tahu yang klinik ini agak ramai pengunjungnya. Kata seorang kawan, kalau datang lebih kurang pukul 10pagi, nanti pukul 3 petang baru bleh jumpa doktor, siap bleh pi ronda2 pusing SP lagi. "Waalaikummussalam, ada makcik tu yang kutip Kad Pengenalan. Pi bagi Kad Pengenalan kat dia" balas kakak tersebut. Oh! camni caranya. Kiranya 1st come, 1st serve la ni. Diri ini pun terus mencari makcik yang dikatakan itu. "Dah bagi Kad Pengenalan? bawa mai sini" kata makcik tersebut kepada diri ini. Belum sempat pun diri ini nak membuka mulut bertanya. Cekap sungguh makcik ini, desis hati kecil ku. Makcik ni keje kat klinik ni ke? Takkan la kot? Bahagian Pendaftaran? minda ini terus berteka-teki (hehe).

Tanpa ditanya, makcik ini terus bercerita "Nasib baik la hari ni, hari Selasa tak ramai orang sangat. Makcik ni daripada pukul 7.30 tadi lagi, ni yang berdiri plak, dah puas duduk. Kalau hari minggu toksah la mai, ramai sungguh. Hat yang daripada Penang pun turun mai sini, ada tu yg tunggu daripada pukul 4pagi lagi" panjang lebar makcik ni bercerita. Huh! hampir terlopong aku mendengar ceritanya. Pukul 4pagi, dok tunggu kat sini? dahsyat sungguh, desis hati ini. "Makcik memang selalu ke sini la, ye?" aku melontarkan pertanyaan. Memandangkan makcik ni tahu serba serbi. "Kerap la jugak, sebulan sekali."beritahunya. "Oh! saya ingatkan makcik kerja kat sini tadi" adeh!! apa punya ayat da. Sekali terkeluar daripada mulut dah takleh nak tarik balik. Senyum je la pastu, hehe. "Dok aih. dah lama makcik pencen. Dulu kerja ngan kerajaan. Ni makcik saja la kutip Kad Pengenalan ni, bukan apa kalau tak buat camni satgi payah. Semua pun kerumun kat kaunter masa nak amik nombor nanti. Buat lagu ni, senang" jelasnya. Diri ini hanya senyum dan menganggukkan kepala sahaja. "You dah kasi IC ka?" tanya makcik tersebut kepada seorang perempuan yang berbangsa Cina yang baru sahaja sampai.  Diri ini terus membiarkan sahaja makcik tersebut bersembang ngan amoi yang baru sampai tu.

Minda ini terus ligat menyatukan semua maklumat. Cekap sungguh makcik ini. Disusun elok2 semua Kad Pengenalan kami, mana yang baru diletakkan dibelakang. Sungguh tersusun kerjanya. Mulia sungguh makcik ini, daripada pandangan mata ini 'makcik ini telah memudahkan kerja orang lain'. Jururawat pun tak pening2 nanti, orang ramai pun tak berebut2. Mungkin diri ini akan menggantikan makcik ini, seandaimnya diri ini pengunjung yang paling awal tiba ke sini kelak, hehehe..

Sedang asyik melayan minda, doktor pun sampai. Begini la pulak senarionya apabila Doktor mula membuka pintu klinik. Semua pun agak tergesa-gesa memasuki pintu yang kecil itu. Kenapa agaknya ye? kalau nak jumpa ngan doktor dulu, tak mungkin sebab semuanya akan ikut giliran seperti yang telah disusun atur oleh  makcik yang berbaju kuning tadi. Mesti jururawat akan mendaftarkan kami semua mengikut susunan Kad Pengenalan tersebut, kan? atau mungkin kerana nak berebut tempat duduk, mungkin tak cukup? sebab kalau dilihat daripada luar klinik agak kecik. Tapi rasanya mungkin semuanya pun dah penat menunggu, bayangkanlah sejak daripada pukul 7.30 pagi lagi. Kalau dok kat dalam selesa sikit. 


Inilah dia klinik yang unik itu 'Klinik Kulit'. Uniknya sebab semua orang bersatupadu tak kira warna kulit, keturunan, bangsa dan pengangan agama serta berjaya mewujudkan satu sistem yang tersendiri bagi kemudahan bersama dalam suasana yang cukup harmoni. Konsep 1 Malaysia betul2 terlihat dihadapan klinik ini, alhamdulillah.

Diri ini merupakan orang yang ke 17. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berjumpa dengan Dr. Khoo setelah 2jam menunggu. Ramai jugak orang yang sakit kulit ek? Penyakitku pula, Cronic Eczema. Dapat la lebih kurang 10 suntikan di bahagian yang 'berkudis' itu. Selalunya kat lengan, takpun di pinggul. Ini direct kat tempat yang memang tengah sakit. Sakit weh! berdarah-darah. Makanya berbungkus la tangan kananku setelah keluar daripada bilik rawatan. 

Cara rawatan doktornya pun unik lain daripada klinik pakar kulit yang pernah dikunjungi sebelum ini. Unik kan, klinik ni?

Moga Allah sembuhkan penyakit kulitku ini, amin.

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak...
Saya nak tau eczema kak ok tak lepas rwtn tu???
kena pergi berapa kali lagi lepas tu??
Sekarang ni berulang lagi tak eczema kak?

WADA said...

waalaikumussalam dik,

takde rawatan susulan, sekali tu je la, alhamdulillah pulih.

kalau tak silap ada gak rasanya naik sikit2 lepas tu, pastu cepat2 sapu krim eczema (beli kat farmasi je).

Dengan izin Allah, tahun ni takde lagi naik eczema kat tangan tu, alhamdulillah.

Saidatul Afnizan said...

Kak brapa bayaran akak kena dgn 10suntikan tu?

WADA said...

alahai Saidatul Afnizan...tak ingat la plak...dah 2 thn lps..tp seingat kak wada tak mahal sangat..berpatutan la.

ninie deep said...

Kat mana ye klinik ni =)

ninie deep said...

As salam..boleh tau katne klinik ni?

WADA said...

Kat bakar arang...opposite masjid bakar arang...ni alamatnya:
B7, Ground Floor, Jalan Bakar Arang, 08000, Sungai Petani, Kedah
04-424 4269

WADA said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

He d best...dh bethun2 sy pegi ke klnik khoo..even try pegi klnk lain xjln2 gak.akhr nya pegi blik ke klnk khoo :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...