31Okt-3 Nov ~ menghadiri seminar di KL...hampir2 demam sebab dok berkampung dalam hotel, aircond sana sini...walaupun dah tutup aircond kat dlm bilik tapi tetap sejuk gak...dengan kurniaan ilham daripada Allah Yang Maha Mengetahui, pelan tindakannya minum air putih sebanyak mungkin...dan lebihkan sayuran serta buah-buahan memandangkan menunya memanjang kari, masakan berminyak dan berlemak...syukur alhamdulillah, dipermudahkan Allah..dapat mengikuti kesemua bengkel, seminar dan perbincangan kumpulan..terima kasih ya Rob untuk semuanya, syukur...terima kasih juga buat jiran2 yang bersusah-payah menghantar ke airport kepala batas (bukannya dekat, nak oi!!) hanya Allah lah yang dapat membalas budi baik tuan puan & terima kasih juga JPN kerana memberi peluang buat diri menimba ilmu dan pengalaman..really appreciate it..alhamdulillah.
11pm lebih~muka yang kelihatan selepas sehari suntuk berbengkel & seminar
4-6 Nov~ penat pun belum habis lagi..sambung dengan persiapan menyambut Aidiladha...memandangkan semua pun balik SP kecuali abah (korbankan cuti kerana kerja), makanya mak masak special sikitlah tuk kami semua (tq mak!!)..menunya nasi beriyani inovasi (created by mak, superb!!!) & ketupat mini + kuah kacang (pun superb gak)..simple tapi bermakna apabila dinikmati bersama dalam suasana yang riuh rendah :D..abah terpaksa korbankan cutinya, last2 minit plak tu takleh nak balik beraya...mak yang balik dulu ke sini, takkan plak nak balik beraya ke sana sebab banyak lagi hal yg masih belum diselesaikan di sini...akhirnya mak berkorban kasih, berpisah sementara ngan abah dan beraya ngan kami adik beradik kat sini...pengorbanan kalian tak pernah habis mak, abah...luv both of U, muahhhh..muahhhh ;)
7 Nov~ sekolah masih bercuti...makanya,kemas beg lagi...kali ni nak kena ke penang plak..berbengkel selama 4 hari lagi...disebabkan cuti yang bersambung-sambung, takleh nak ambil surat panggilan berkursus..walau apa pun, kena gak pi amik kat sekolah (yg jaraknya 89km drpd rumah)..memandangkan anyah sekeluarga pun ada, makanya kami semua ke sana kecuali ira (ira: lebih suka rehat2 di rumah)...bersiap punya bersiap, pukul 11am baru bertolak...sambil menyelam minum air..bawa diaorg ke Ladang Anggur Tasik Beris, Kg Gulau dan tempat kerja ku...
|
menikmati keindahan alam ciptaan Allah (12.30pm~panas terik..wrong timing..hehe) sambil makan currypuff berintikan anggur dan jus anggur (segar dari ladang!!!) buah anggur bergayut2..asyikkkk!!!! |
|
dengan bangganya menunjukkan tempat kerja ku pada ahli keluarga. "cantik ye, sekolah ni" puji anyah..alhamdulillah, syukur pada Allah dan itulah berkat usaha warga SMKG semuanya. |
8 -11 Nov~ drive sendiri ke sana, memandangkan tak jauh sangat..walaupun dah 4-5kali gak la drive dlm penang ni tapi blur tetap ada...drive tanpa GPS di penang, agak mencabar keupayaan diri...walaupun tersasar agak jauh daripada sasaran (hampir2 ke batu ferringhi patutnya tanjung bungah je) , dengan izin Allah SWT sampai juga ke hotel...alhamdulillah..sekali, i org pertama da...aik!!! mana yang lain..pensyarah2 IAB pun tak sampai lagi ni...cuak gak la..kalau ikutkan surat panggilan, mula mendaftar pukul 3pm...masa pun dah menunjukkan 4.30pm masa tu....ke, nama ini digugurkan drpd kursus, memandangkan surat jawapan tidak di fax ke IAB...puas hati ini berteka-teki..pabila senja makin melabuhkan tirainya..."kring!!! kring!!" telefon di bilik berdering...aik! sape plak yang call ni?..gagang di angkat.."puan, pihak penganjur bagitau bengkel malam ni batal ye..esok pagi baru mula" kata suara di hujung talian.."oh! ye ke? terima kasih" balas diri ini.."emm..makan malam ada disediakan ye" sambung diri ini lagi.."ada puan, di tingkat 7" balasnya semula..fuh! lega..buatnya esok pagi baru disediakan makan tuk peserta bengkel, naya babe! nak kena pi cari makan sendiri...dah la tak tau sangat jalan kat penang ni, malam lak tu...member sebilik pun belum sampai lagi...aiseh!!! disebabkan lapar, makanya turun gak la pi makan...sunyi je restoran tu, makanya kerisauan kembali menebal...betul ke ada bengkel ni? mana yang lain? takkan la aku sorang je kot? berteka-teki lagi hati ini...makan sorang2...member sebilik sampai jua akhirnya (hampir pukul 10pm kalau tak silap) ...esok paginya bengkel pun bermula..
|
Fasa 1 di IAB, Utara |
|
sibuk meng 'edit penulisan projek..sape tak siap, takleh balik..hehehe |
|
dah bilik pun ngadap laut, makanya petang tu saje2 turun ambil angin di tepi pantai...nyamannnnn!!! masyaAllah, tenang sungguh hanya dengan memandang laut ciptaan Allah SWT..
11 Nov ~ terjumpa ngan kak Ctah kat 'Nasi Ayam Tat' petang tu..kata kak Ctah dah bleh semak kat web sama ada dapat pindah atau tak? wah!!! berdebar-debar seh! tapi masih berlagak cool lagi...malam tu on laptop, terus ke laman web e-guru tukar...lepas 'log in' sekali klik butang semak..."Tahniah, sila tunggu surat bla..bla..bla" what!!! dapat!!! Allahuakhbar..Kau makbulkan permintaanku, Ya Allah..syukur, segala puji bagi Allah..terima kasih Ya Allah...
12 Nov ~ baru balik petang kelmarinnya alih2 besoknya dah ke penang lagi...tapi kali ni hantar mak ke airport..mak balik ke sarawak bertemu buah hatinya.. ;)
|
13 Nov ~ jejak je kaki ke pejabat..."tahniah!! wada" ucap Ust Li.."sama2" balasku sambil tersenyum..senyuman yg blur sebenarnya...tahniah tuk apa ye? diaorg dah tau ke? alahai, ingatkan nak diamkan dulu (bermonolog hati ini di saat itu)..lepas daripada tu, bertubi-tubi soalan dan ucapan buat ku..."wada dapat tak?".."tahniah!! wada?"..."sekolah mana?".."dah boleh berkemas la ye"...apa-apa pun, memo bertukar masih belum sampai hingga ke hari ini...agak berdebak-debuk la jugak hati ini..anything can happen, right? moga Allah permudahkan segala urusan perpindahan ini, amin...
bukannya tak sedih meninggalkan tempat keje sekarang..dan bukannya kerana tak sayang pada bebudak di kampung gulau..tapi keadaan memaksa diri ini memohon untuk berpindah..tak tau la plak keadaan di tempat keje baru nanti macam mana..cabaran tetap ada di mana-mana, kan? moga Allah memudahkan segalanya..
14-17 Nov ~ bekerja cam biasa plus ngemas barang2..ngemas fail2 panitia dan menyiapkan sisa kerja..
18 Nov ~ mulanya percutian "Happy Holiday" ...cuti2 gak, bagi yang bertugas jangan lupa bertugas ye..30hb ni baru i bertugas...so, sekarang ni berehat sakan...weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~~~
No comments:
Post a Comment