Friday, December 30, 2011

~Seterika ku~

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt

Jom kita cerita bab seterika...

Ini merupakan Seterika Arang yang pernah digunakan masa zaman mak abah kita sekolah-sekolah dulu...bakar arang dan masukkan kat dalam mulut seterika tu..pastu nak kena letakkan kanji pada baju yang nak digosok,barulah cantik kata mak.

Yang ini pulak, seterika yang digunakan masa zaman saya sekolah dulu-dulu...agak berat..bleh berotot jadinya lengan, takyah ke gym, hehehe..walaupun berat, tapi tersangatlah bagusnya..baju jadi cantik lepas diseterika.

Seterika abad ini...agak ringan...teknologi makin berkembang, terdapat juga seterika berwap...malangnya makin ringan seterika tersebut, makin cepat panas dan kain cepat terbakar..banyak jugak la baju2 yang terkorban...hehehe

Walaupun seterika dah mengalami satu revolusi penciptaannya, tapi diri ini tetap sama...tak suka gosok baju sejak kenal apa itu seterika..masa tu baru berumur 8 tahun, belum pun ditugaskan menggosok baju sekolah sendiri, masa tu mak yang gosokkan..tapi dalam karangan sekolah yang bertemakan ciptaan masa depan, diri ini telah mencipta mesin 'Seterika Baju'...hahahaha...lawak sungguh bila dikenangkan semula...entah la kenapa...rasa leceh mungkin...

Bila dah kerja ni, pernah gak la terfikir nak beli seterika yang camni..senang kan? sekali tekan je, dah siap..ekekeke...tapi harganya, mak oi..riban2 le..membazir la plak, lain la kalau buka kedai dobi, kan?

Dan baru-baru ini, terjumpa seterika jenis ni masa window shopping ngan mak kat kedai elektrik...ini la seterika yang kedai-kedai baju tu pakai...selalu tengok cam best je tengok diaorg gosok baju...balik tu, asyik teringat je kat 'stand steam iron' ni...cam jatuh cinta pandang pertama gitu.. :p


pastu google la, apa lagi...cari info berkaitan, pro dan kontranya...pastu sembang punya sembang, rupanya mak uda ada guna..dan bagus katanya...jeng jeng jeng... akhirnya dengan izin Allah, alhamdulillah ku miliki jua Firenzzi Stan Steam Iron..thank you Allah..

mudah sungguh penggunaannya...untuk lengan baju dan seluar, main kepit2 je..sama hasilnya cam kita guna seterika yang biasa..dan baju lebih tahan lama daripada kedutan...lendik je gitu ;)

makanya projek sebelum mula kerja ni, nak gosok semua baju dalam almari tu..dan tiap kali lepas angkat kain, akan digosok terlebih dahulu sebelum simpan dalam almari..nak tiru mak...moga Allah memberi ruang dan kelapangan serta kerajinan buat diri ini untuk merealisasikan hasrat ini, amin...sebelum-sebelum ni macam-macam alasan kasi kat mak...tak sempat la, banyak keje la, penat la, bosan la gosok banyak-banyak sekali...anak bertuah sungguh, kan? hehehe..


dah macam butik, kan? :D puratanya dalam masa setengah jam bleh gosok dalam 5 pasang baju kurung..kalau kain yang mudah gosok, cepat je dah siap..saya tak guna penyangkut yang diberi, leceh..nak kena keluarkan daripada penyangkut sedia ada pastu masukkan plak baju kat penyangkut yang disediakan...so, guna penyangkut sendiri lagi cepat...

sesiapa yang berhasrat nak guna seterika jenis ini, saya amat menggalakkan kalian berbuat demikian..jom pakat-pakat gosok baju...huhu~



Wednesday, December 28, 2011

Celak Mata Dan Bekas Darah diPakaian




Tudung putih »

Assalamualaikum Ustaz...

Saya nak tanya...

1) Kalau sewaktu berwuduk, celak mata tidak padam sepenuhnya...adakah wuduk itu sah?

2) Darah pada pakaian telah diusahakan bersungguh-sungguh untuk membersihkannya tetapi masih terdapat sedikit kesan berwarna. Adakah sah solat sekiranya pakaian ini digunakan ketika bersolat.

Itu sahaja setakat ini...
Sekian, trimas

Assalamualaikum


*********************************************
thtl »

Jawab:

1. Celak dan inai sudah digunakan sejak sebelum Islam lagi dan tiada perbahasan fuqaha' bahawa ia menghalang air wudhu', kecuali ia menggunakan bahan2 baru yg tidak telus air (water resistant) Jika ia menggunakan bahan semula jadi, maka tiada masalahnya (Dr Zaydan, alMufassal, Jld 1)

2. Kesan itu termasuk `umum albalwa' (kesulitan yg dima'afkan) sesuai dgn sifat Islam yg mempermudah dan tidak mempersukar. (Ibid) WaLlahu a'alam


sumber : Soal Jawab Wuduk dan Mandi

~Jang Geum; sumber inspirasi~



assalamualaikum wbt

Ramai sungguh yang demam Korean Drama sekarang ni, kan? Samalah dengan diri ini, kalau boleh hari-hari nak tengok Korean Channel...hehe...Tv Alhijarah turut memuatkan slot drama Korea, dan siri Jewel in the Palace baru sahaja selesai episodnya. Kisah hidup di istana pada masa silam yang merupakan intipati siri ini secara tidak langsung telah membuatkan diri ini memahami serba sedikit dengan sejarah Pemerintahan Korea. Watak utamanya Jang Geum juga telah digarap begitu sempurna.

Kagum sungguh dengan wanita yang bernama Jang Geum ini. Walaupun beliau hanyalah salah satu watak dalam siri drama Jewel in the Palace, tetapi wataknya telah meninggalkan kesan yang mendalam buat diri ini. Watak Jang Geum merupakan sumber inspirasi buat diri ini. Membuatkan diri ini ingin menjadi seperti Jang Geum.

Sifat peribadi Jang Geum yang mengagumkan:
-Lemah lembut tetapi tegas
-Bercakap apabila perlu
-Sentiasa senyum dan bermanis muka
-Sentiasa ingin tahu
-Suka membaca
-Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasannya
-Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
-Penyabar
-Bijak menangani masalah

Bolehkah diri yang keras ini menjadi selemah lembut Jang Geum? Bolehkah diri ini menjadi sesabar Jang Geum? Bolehkah diri ini menjadi sededikasi Jang Geum? Orang kata practice make perfect, ye tak? hehehe....

Andai diamati sifat peribadi Jang Geum ini, bukankah inilah sifat-sifat yang perlu ada pada seorang muslimah yang solehah? Semua sifat-sifat ini adalah sifat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita selaras dengan kehendak Allah SWT. Moga muslimah semuanya dapat mencontohi Jang Geum dan menjadi insan solehah, amin.

Tuesday, December 27, 2011

Nafsu Muka Buku (cinta muka buku islamic version)

**Iman ku kata..Jika Kau Cintakan aku...Jumpalah Wali ku**




Monday, December 26, 2011

~Pindah lagi~

dari SMKG
Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau atau nama ringkasnya SMK Gulau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Gulau.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau terletak sekitar 30 km dari pekan Sik. Sebelum sampai ke sekolah ini anda akan melalui Tasik Beris, iaitu tasik buatan manusia, atau dikenali sebagai Empangan Beris. - wikipedia
ke SMKI
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim or Ibrahim Secondary School (Ibrahim School) is a premier public secondary School in the town of Sungai Petani, in the northern Malaysian state of Kedah. The school is well-known for its excellent academic and co-curricular achievements, and has produced highest scorers in the public examinations in Malaysia. - wikipedia
******************************************

assalamualaikum wbt

Dari SMKG ke SMKI
4 tahun lamanya berkhidmat di SMKG. Apa yang boleh dikatakan, walaupun sekolah ini jauh daripada pekan apatah lagi bandar, namun terlalu banyak pengalaman yang ditimba di sini.  Boleh juga dikatakan SMKG telah mendewasakan diri ini. Dan di daerah itu juga diri ini belajar untuk lebih mengenali diri sendiri, mengenal kekuatan dan kelemahan diri. Walaupun pada awalnya diri ini hanya menerima separuh hati sahaja apabila dipindahkan untuk berkhidmat di daerah itu, tetapi kini ia lebih sebagai satu rahmat yang tak ternilai daripada Allah SWT. Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik. 

Kini dalam masa beberapa hari sahaja lagi, diri ini akan berhijrah ke SMKI. Bukannya naik pangkat atau dipindahkan, tetapi sengaja minta pindah.  Kenapa minta pindah? Saja, hehehe. Jarak SMKG dengan rumah adalah terlalu jauh, agak meletihkan diri ini. Jadi, saja la cuba minta mengajar di sekolah yang dekat sikit dengan rumah. Dengan izin Allah, alhamdulillah dapat SMKI dan agak dekat jugak la dengan rumah.

Cabaran
Bagi diri ini, hidup akan agak bosan tanpa cabaran. Setuju tak? Mula-mula bergelar seorang guru, diri ini telah dihantar untuk berkhidmat ke Negeri Di Bawah Bayu di SMK Batu Sapi, Sandakan. Walaupun tidak berkhidmat di kawasan pedalaman, cabarannya tetap ada. Berjauhan dengan keluarga, berdepan dengan masyarakat yang agak berbeza dengan kita, berbeza bahasa pertuturannya dan terpaksa menguruskan hidup sendiri. 6 tahun jugalah berkhidmat di sana.

Lain pula cabarannya di SMKG. Setiap hari terpaksa menempuh perjalanan sejauh 180km untuk ke sekolah. Berdepan dengan anak-anak kampung yang kurang motivasi untuk ke sekolah. Sebagai seorang guru, diri ini berusaha bukan sahaja mengajar tetapi lebih kepada menarik minat mereka untuk belajar. Semua penat lelah bagaikan hilang, tatkala melihat kejayaan mereka.

Bagaimana pula dengan cabaran di SMKI, ye? Ramai yang mengatakan agak mudah nak mengajar di situ, tak perlu menjerit-jerit marahkan pelajar yang kurang berdisiplin memandangkan ia sebuah sekolah primer. Pelajarnya terpilih. Walau bagaimanapun, diri ini tetap merasakan ia bukan semudah itu. Mungkin agak mudah mengajar anak-anak bandar yang pandai ini, tapi cabarannya adalah lebih terarah kepada guru itu sendiri. Adakah diri ini cukup bagus untuk mengajar mereka? Diri ini perlu perbaiki diri, perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang akan diajar, diri ini perlu menguasai mata pelajaran yang diajar. Akan ku sahut cabaran itu, insyaAllah. 

"Ya Allah, kuatkanlah diri ini menghadapi cabaan-cabaran yang mendatang, Kau bimbinglah aku ya Allah dan Kau permudahkanlah segala urusan ku di SMKI. Amin."










Terima Kasih Allah


assalamualaikum

Segala Puji bagi Allah SWT di atas rahmat Mu yang tidak terkira buat hambaMu ini. Hanya ucapan syukur ALHAMDULILLAH yang dapat diucapkan.


ALHAMDULILLAH kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang harmoni
ALHAMDULILLAH kerana dikurniakan ibubapa yang penyayang
ALHAMDULILLAH kerana dikurniakan adik-beradik yang penyayang
ALHAMDULILLAH kerana dikelilingi sahabat-sahabat budiman
ALHAMDULILLAH kerana dikelilingi jiran-jiran yang baik hati
ALHAMDULILLAH di atas kesempatan menuntut ilmu Mu
ALHAMDULILLAH kerana dikurniakan kerjaya yang diminati
ALHAMDULILLAH di atas kurniaan keselesaan tempat tinggal  
ALHAMDULILLAH di atas kurniaan keselesaan tempat kerja
ALHAMDULILLAH di atas kehidupan ini
ALHAMDULILLAH di atas nikmat sihat

ALHAMDULILLAH untuk semuanya Ya Allah
Terima Kasih Ya Allah

Amin...Ya Robbala'lamin..



Monday, November 28, 2011

Pahala Sedekah





Pahala sedekah dibahagikan kepada empat jenis :

- Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh


- Kedua, sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh


- Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus


- Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu




1-Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian 
makan kepada fakir miskin


2-Sedekah kedua yang mendapatkan pehala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang 
diberikan kepada keluarga terdekat.


3-Sedekah ketiga yang mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada 
kawan-kawan dan sahabat


4-Sedekah keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan 
kepada orang yang mencari ilmu.


Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan 

barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa 
yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya."

Rasulullah s.a.w. pula bersabda :

"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan".







sumber: mukabuku Bismillahirrahmanirrahim

Cara Mengerjakan SUJUD SYUKUR

SUJUD SYUKUR 

DEFINASI 
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar. 

Waktunya 
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya 

Dalilnya 
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a. 

Rukunnya 
1 Niat 
2 Takbiratulihram 
3 Sujud 
4 Memberi salam 

Syarat-syaratnya 
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat : 
a. Suci dari hadath besar dan kecil 
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat 
c. Menghadap ke kiblat 
d. Menutup aurat 

Cara-cara melakukannya. 

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA 
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR ) 
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat 

Bacaan dalam sujud 

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali 

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut) 

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU 

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN 

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA 

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU 

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.



sumber: 
1. netlog danishshark73
2. Koleksi Soal Jawab Solat

Sunday, November 27, 2011

1 Muharam 1433H / 27 Nov 2011

touch this button to continue your new year of 1433H
~Assalamualaikum~

Tema sambutan maal hijrah 1433H ialah “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. 

Marilah muslimin dan muslimat kita bersama-sama mengambil peluang dan ruang ini untuk 
menganjakkan paradigma hidup kita ke arah satu matlamat yang lebih hakiki menuju kehidupan kekal iaitu di negeri AKHIRATdengan berHIJRAH.

Firman Allah SWT, bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)


Hijrah Sebelum Terlambat

"CAra kita berfikir adalah hasil dari blue print minda bawah sedar yang dipengaruhi alam sekelililng dan

didikan kita. JIka kita berfikir cara yang sama hasil kehidupan kita tetap sama. Kalau nak HIJRAH harus 



HIJRAH minda dan programming kita. Perbuatan kita hasil fikiran. HAri ini jadi pemerhati diri kita 


sendiri.Lihat cara kita makan, senaman, bercakap, membaca, menonton, mengevaluasi suasana 


memberi kritikan atau kasih sayang. NIat untuk mengubah progrmammimg dgn menulis tujuan tepat hidup 


kita



"penghijrahan perlu berperingkat..bukan bermakna dgn memakai tudung kita terus boleh 

harapkan org itu sempurna akhlaknya dalam sekelip mata..berikan masa..kerana Al-Quran 

juga diturunkan selama 32tahun"


"buat vission board, apa yg kita nak capai dalam 5thn akan dtg...matlamat dunia dan akhirat "

- Assalamualaikum Tv Al Hijrah-


Bukan mudah melawan HAWA NAFSU, kita perlu berMUJAHADAH dan ISTIQAMAH dalam melakukannya.

"Peritnya nak mengaku SALAH..peritnya juga nak menjadi IKHLAS..moga rupa yang elok ini, elok la juga budi pekerti ku..aku ingin menjadi MUSLIMAH yang sempurna..itu azam aku” 

 - drama "MENCARI JANNAH: astro oasis" -


Wahai MUSLIMIN berHIJRAHlah menjadi Lelaki SOLEH "be SOLEH in your way"


Wahai MUSLIMAH berHIJRAHlah menjadi Wanita SOLEHAH "be SOLEHAH in your way"


Wahai DIRI berHIJRAHlah menjadi Wanita SOLEHAH "be SOLEHAH in your way"



~HIJRAH~




Saturday, November 26, 2011

Nikmatnya mempunyai 'Sepasang Tangan'


assalamualaikum 

Bukan namanya hidup kan, seandainya tak ditimpa masalah & ujian drpd Allah SWT. Ujian yang sering diri ini hadapi adalah sakit. Alah sakit2 biasa tapi terus sebati dan kekal dalam diri. Mungkin drpd corak pemakanan, kurang sayur & buah2an dalam diet harian. Kurang senaman pun, ye jugak. 

Penyakit2 yg perlu diri ini hadapi seumur hidup migrain, gastric, asthmathic bronchitis  & eczema. Diri ini tahu yang semua penyakit2 ini adalah disebabkan 'gaya hidup tidak sihat'. Migrain & gastric bleh dikategorikan sebagai penyakit org yg berkerjaya, sbbnya tekanan dan jadual waktu mkn yg tidak teratur. Asthmatic bronchitis & eczema merupakan adik beradik, dan mungkin juga diwarisi drpd nenek moyong. Kata para doktor ia boleh dikawal dan mungkin juga sembuh sepenuhnya dgn syarat perlu mengamalkan 'cara hidup sihat'...hehehe...InsyaAllah, I'll be more serious from now to live a healthy life. May Allah help me to make it more easier, amin. 

Seperti yang kita tahu, sakit itu ujian drpd Allah SWT. Daripada laman blog seorg sahabat diri ini belajar sepotong doa yang cukup indah yang berbunyi:

"ya Allah,jika sakit ini membuatkan aku lebih beriman dan membuatkan aku sedar akan kesilapan ku,maka aku sanggup ya Allah..dan jika sakit ini bisa menghapuskan dosa-dosa yang telah aku lakukan,maka aku juga sanggup ya Allah..dan engkau sembuhkanlah diriku dengan kekuasaanMu (bukan dengan ubat)..dan ampunilah dosa2 hamba ya Allah..sesungguhnya Engkau berkuasa mengubah segala sesuatu sedangkan makhluk tiada kuasa.."

Ia tersisip rapi dalam lipatan entry pada tahun lepas. 

Dan kali ini, diri ini ditimpa ujian 'chronic eczema' , kalau tak kronik takde la sampai berbungkus tangan tu, kan..hehehe. 


Lewat blog saya yang lalu, ada saya titipkan ECZEMA cure. Banyak produk yang boleh kita ambil sebenarnya untuk mengubati eczema ni dan harganya pula bleh mencecah hingga ratusan ringgit. Apa yang boleh disimpulkan, diri ini mungking mempunyai organ2 yg lemah berbanding orang lain. Makanya pencernaan toksik agak perlahan dan mungkin ada enzim2 dalam bdn yang tidak dihasilkan dgn banyak dan akhirnya menyebabkan eczema. Kena makan sayuran & buah2an yang banyak dlm diet harian andai tak nak bergantung pada produk2 supplement.

Tapi itu semua bukan persoalan, sakit yang diberikan oleh Allah SWT kali ini menyedarkan diri ini betapa indahnya dan nikmatnya 'sakit'. Diri ini merasakan lebih mengenal nikmat yang Allah berikan, yang mungkin selama ini hanya dipandang dengan pandangan biasa sahaja. Alhamdulillah, diri ini mula menghargai 'sihat' setiap kali 'sakit'. Dan kali ini, diri ini lebih menghargai 'sepasangan tangan' kurnian Allah SWT Yang Maha Pencipta dan Maha Mengasihani. Mana kan tidak. Doktor menasihati agar tangan yang satu ini tidak boleh kena AIR, SABUN & MINYAK. Baru cepat baik kata tuan doktor. Kalau nak basuh pinggan atau masak kena pakai sarung tangan. Masa mandi pun kena jaga juga. Adoiiiila hai, makanya tangan ini hanya kena air masa berwuduk aje, tu pun cepat2 lap bagi kering. Makanya kebanyakan kerja yang biasanya dilakukan dengan tangan kanan, kini diambil alih oleh tangan kiri. Kadang2 tu nak basuh pinggan sebijik je, so malas la nak pakai sarung tangan sbb tuan doktor nasihatkan spy pakai 2 lapis (kain kemudian yg getah tu). Jadinya, tangan kiri la yg main peranan.  Masa nak mencuci rambut plak, agak kurang biasa la pakai sarung tangan segala, sudahnya tangan kiri la yang memainkan peranan. 

Baru 4 hari, tapi susahnya rasa. Macam mana la yang kurang upaya tu ye, mesti sukar diaorg menjalani kehidupan seharian. Mungkin diaorg dah biasa dengan keadaan demikian, tapi ia tetap tidak sempurna. Sememangnya mereka2 ini golongan yang tabah, tabah meniti kehidupan dengan serba kekurangan. Bertuahnya kita mempunyai 'sepasang tangan' yang sempurna. 

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan; ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7).

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.” (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan nikmat anggota badan yang sempurna buat hamba mu yang hina ini. Sungguh besar pemberianmu Ya Allah. Kini baru ku tahu Nikmatnya mempunyai 'Sepasang Tangan'.

~Happy New Hijri year 1433H~


ABU HURAIRAH R.A BERKATA:

"Setiap kali datangnya tahun baru
membuat aku risau dan resah kerana
semakin singkat umurku
semakin dekat ajalku
semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku 
semakin dekatnya hari penghitunganku.."


Happy New Hijri year everybody , 
May ALLAH bless us all and fulfill our wishes of peace , 
development and bring us all his gifts and blesses.


sumber: mukabuku kwn

Friday, November 25, 2011

Renungan buat Perempuan




Perempuan yang suci

Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah

Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…



Tetapi andai kita bergelumang

Dengan cinta lelaki yang palsu imannya



Di mana Allah untuk menjaga kita

Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita



Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri

Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…



Mengapa masih ragu-ragu?



Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari

Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…


>>wahai diri, hayati bait2 kata2 tu ye..carilah kekuatan diri...Allah sentiasa bersama mu..CINTAI Allah kerana sememangnya Allah menCINTAI hambanya yang SOLEHAH...insyaAllah~

Klinik Yang UNIK


Gambar2 berikut dirakamkan pada pagi 22 Nov 2011 pada jam 8:45pagi. Ia merupakan pemandangan dihadapan sebuah klinik. Diri ini mendapati ia satu pemandangan yang unik dan asing bagi diri ini yang baru pertama kali ke klinik berkenaan.


Cuba perhatikan gambar di atas. Semua kedai2 masih lagi belum dibuka kan? tapi apa yang dibuat oleh orang ramai di luar klinik ni? Apa yang membuatkan mereka2 ini duduk bersidai di kaki lima bersebelahan dengan klinik tersebut?  

Cuba perhatikan pula gambar di atas. Nampak tak, apa yang dipegang oleh makcik yang berbaju kuning ni? Kad Pengenalan tau...ye Kad Pengenalan...berkeping-keping dalam genggaman makcik ni. Adakah makcik ini agen pekerja asing? aish!! sampai ke situ plak dah. Mari kita teruskan pemerhatian dan penyiasatan.

Lepas je turun daripada kereta, diri ini terus menyapa seorang kakak yang duduk bersama anak2nya. "Assalamualaikum, dah buat appointment ngan doktor ke?" Diri ini sedia tahu yang klinik ini agak ramai pengunjungnya. Kata seorang kawan, kalau datang lebih kurang pukul 10pagi, nanti pukul 3 petang baru bleh jumpa doktor, siap bleh pi ronda2 pusing SP lagi. "Waalaikummussalam, ada makcik tu yang kutip Kad Pengenalan. Pi bagi Kad Pengenalan kat dia" balas kakak tersebut. Oh! camni caranya. Kiranya 1st come, 1st serve la ni. Diri ini pun terus mencari makcik yang dikatakan itu. "Dah bagi Kad Pengenalan? bawa mai sini" kata makcik tersebut kepada diri ini. Belum sempat pun diri ini nak membuka mulut bertanya. Cekap sungguh makcik ini, desis hati kecil ku. Makcik ni keje kat klinik ni ke? Takkan la kot? Bahagian Pendaftaran? minda ini terus berteka-teki (hehe).

Tanpa ditanya, makcik ini terus bercerita "Nasib baik la hari ni, hari Selasa tak ramai orang sangat. Makcik ni daripada pukul 7.30 tadi lagi, ni yang berdiri plak, dah puas duduk. Kalau hari minggu toksah la mai, ramai sungguh. Hat yang daripada Penang pun turun mai sini, ada tu yg tunggu daripada pukul 4pagi lagi" panjang lebar makcik ni bercerita. Huh! hampir terlopong aku mendengar ceritanya. Pukul 4pagi, dok tunggu kat sini? dahsyat sungguh, desis hati ini. "Makcik memang selalu ke sini la, ye?" aku melontarkan pertanyaan. Memandangkan makcik ni tahu serba serbi. "Kerap la jugak, sebulan sekali."beritahunya. "Oh! saya ingatkan makcik kerja kat sini tadi" adeh!! apa punya ayat da. Sekali terkeluar daripada mulut dah takleh nak tarik balik. Senyum je la pastu, hehe. "Dok aih. dah lama makcik pencen. Dulu kerja ngan kerajaan. Ni makcik saja la kutip Kad Pengenalan ni, bukan apa kalau tak buat camni satgi payah. Semua pun kerumun kat kaunter masa nak amik nombor nanti. Buat lagu ni, senang" jelasnya. Diri ini hanya senyum dan menganggukkan kepala sahaja. "You dah kasi IC ka?" tanya makcik tersebut kepada seorang perempuan yang berbangsa Cina yang baru sahaja sampai.  Diri ini terus membiarkan sahaja makcik tersebut bersembang ngan amoi yang baru sampai tu.

Minda ini terus ligat menyatukan semua maklumat. Cekap sungguh makcik ini. Disusun elok2 semua Kad Pengenalan kami, mana yang baru diletakkan dibelakang. Sungguh tersusun kerjanya. Mulia sungguh makcik ini, daripada pandangan mata ini 'makcik ini telah memudahkan kerja orang lain'. Jururawat pun tak pening2 nanti, orang ramai pun tak berebut2. Mungkin diri ini akan menggantikan makcik ini, seandaimnya diri ini pengunjung yang paling awal tiba ke sini kelak, hehehe..

Sedang asyik melayan minda, doktor pun sampai. Begini la pulak senarionya apabila Doktor mula membuka pintu klinik. Semua pun agak tergesa-gesa memasuki pintu yang kecil itu. Kenapa agaknya ye? kalau nak jumpa ngan doktor dulu, tak mungkin sebab semuanya akan ikut giliran seperti yang telah disusun atur oleh  makcik yang berbaju kuning tadi. Mesti jururawat akan mendaftarkan kami semua mengikut susunan Kad Pengenalan tersebut, kan? atau mungkin kerana nak berebut tempat duduk, mungkin tak cukup? sebab kalau dilihat daripada luar klinik agak kecik. Tapi rasanya mungkin semuanya pun dah penat menunggu, bayangkanlah sejak daripada pukul 7.30 pagi lagi. Kalau dok kat dalam selesa sikit. 


Inilah dia klinik yang unik itu 'Klinik Kulit'. Uniknya sebab semua orang bersatupadu tak kira warna kulit, keturunan, bangsa dan pengangan agama serta berjaya mewujudkan satu sistem yang tersendiri bagi kemudahan bersama dalam suasana yang cukup harmoni. Konsep 1 Malaysia betul2 terlihat dihadapan klinik ini, alhamdulillah.

Diri ini merupakan orang yang ke 17. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berjumpa dengan Dr. Khoo setelah 2jam menunggu. Ramai jugak orang yang sakit kulit ek? Penyakitku pula, Cronic Eczema. Dapat la lebih kurang 10 suntikan di bahagian yang 'berkudis' itu. Selalunya kat lengan, takpun di pinggul. Ini direct kat tempat yang memang tengah sakit. Sakit weh! berdarah-darah. Makanya berbungkus la tangan kananku setelah keluar daripada bilik rawatan. 

Cara rawatan doktornya pun unik lain daripada klinik pakar kulit yang pernah dikunjungi sebelum ini. Unik kan, klinik ni?

Moga Allah sembuhkan penyakit kulitku ini, amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...