Monday, December 26, 2011

~Pindah lagi~

dari SMKG
Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau atau nama ringkasnya SMK Gulau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Gulau.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau terletak sekitar 30 km dari pekan Sik. Sebelum sampai ke sekolah ini anda akan melalui Tasik Beris, iaitu tasik buatan manusia, atau dikenali sebagai Empangan Beris. - wikipedia
ke SMKI
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim or Ibrahim Secondary School (Ibrahim School) is a premier public secondary School in the town of Sungai Petani, in the northern Malaysian state of Kedah. The school is well-known for its excellent academic and co-curricular achievements, and has produced highest scorers in the public examinations in Malaysia. - wikipedia
******************************************

assalamualaikum wbt

Dari SMKG ke SMKI
4 tahun lamanya berkhidmat di SMKG. Apa yang boleh dikatakan, walaupun sekolah ini jauh daripada pekan apatah lagi bandar, namun terlalu banyak pengalaman yang ditimba di sini.  Boleh juga dikatakan SMKG telah mendewasakan diri ini. Dan di daerah itu juga diri ini belajar untuk lebih mengenali diri sendiri, mengenal kekuatan dan kelemahan diri. Walaupun pada awalnya diri ini hanya menerima separuh hati sahaja apabila dipindahkan untuk berkhidmat di daerah itu, tetapi kini ia lebih sebagai satu rahmat yang tak ternilai daripada Allah SWT. Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik. 

Kini dalam masa beberapa hari sahaja lagi, diri ini akan berhijrah ke SMKI. Bukannya naik pangkat atau dipindahkan, tetapi sengaja minta pindah.  Kenapa minta pindah? Saja, hehehe. Jarak SMKG dengan rumah adalah terlalu jauh, agak meletihkan diri ini. Jadi, saja la cuba minta mengajar di sekolah yang dekat sikit dengan rumah. Dengan izin Allah, alhamdulillah dapat SMKI dan agak dekat jugak la dengan rumah.

Cabaran
Bagi diri ini, hidup akan agak bosan tanpa cabaran. Setuju tak? Mula-mula bergelar seorang guru, diri ini telah dihantar untuk berkhidmat ke Negeri Di Bawah Bayu di SMK Batu Sapi, Sandakan. Walaupun tidak berkhidmat di kawasan pedalaman, cabarannya tetap ada. Berjauhan dengan keluarga, berdepan dengan masyarakat yang agak berbeza dengan kita, berbeza bahasa pertuturannya dan terpaksa menguruskan hidup sendiri. 6 tahun jugalah berkhidmat di sana.

Lain pula cabarannya di SMKG. Setiap hari terpaksa menempuh perjalanan sejauh 180km untuk ke sekolah. Berdepan dengan anak-anak kampung yang kurang motivasi untuk ke sekolah. Sebagai seorang guru, diri ini berusaha bukan sahaja mengajar tetapi lebih kepada menarik minat mereka untuk belajar. Semua penat lelah bagaikan hilang, tatkala melihat kejayaan mereka.

Bagaimana pula dengan cabaran di SMKI, ye? Ramai yang mengatakan agak mudah nak mengajar di situ, tak perlu menjerit-jerit marahkan pelajar yang kurang berdisiplin memandangkan ia sebuah sekolah primer. Pelajarnya terpilih. Walau bagaimanapun, diri ini tetap merasakan ia bukan semudah itu. Mungkin agak mudah mengajar anak-anak bandar yang pandai ini, tapi cabarannya adalah lebih terarah kepada guru itu sendiri. Adakah diri ini cukup bagus untuk mengajar mereka? Diri ini perlu perbaiki diri, perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang akan diajar, diri ini perlu menguasai mata pelajaran yang diajar. Akan ku sahut cabaran itu, insyaAllah. 

"Ya Allah, kuatkanlah diri ini menghadapi cabaan-cabaran yang mendatang, Kau bimbinglah aku ya Allah dan Kau permudahkanlah segala urusan ku di SMKI. Amin."










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...