Showing posts with label less than 30 minutes. Show all posts
Showing posts with label less than 30 minutes. Show all posts

Monday, March 12, 2012

wholemeal spaghetti kreatif &cucur udang inovasi

 BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum wbt

dah lama tak berkongsi resepi2 kat laman blog ni...owh! ye..resepi2 sy ni ada sesetengahnya agak merepek..ikut dan je..takde sukatan dan main campak2 je..hehehe..ambillah mana yang sesuai aje ye..

kedua2 resepi menggunakan rencah yang hampir
sama..seperti yang kalian sendiri boleh lihat bahan-bahannya adalah:-udang, lobak merah, daun sup dan perisa ikan bilis (tanpa msg)

untuk hidangan spaghetti- saya memilih wholemeal spaghetti kerana ia merupakan pilihan terbaik menurut pakar pemakanan dan para doktor.

untuk cucur udang - saya hanya menggunakan tepung gandum biasa dan untuk menu sihat anda boleh juga menambahkan beberapa sudu oat ke dalam adunan (saya terlupa nak tambah...hehe)

cucur udang inovasi

bancuh adunan seperti biasa..saya namakan sebagai cucur udang inovasi kerana saya telah menggantikan taugeh dengan lobak merah dan menggantikan daun kucai dengan daun sup (sebenarnya saya terlupa nak beli..hehe) dan seperti yang ayat saya di atas, tambahkan beberapa sudu oat...ia akan membuatkan cucur udang anda lebih sihat daripada yang biasa.. 

wholemeal spaghetti kreatif


jika anda perhatikan spaghetti di dalam gambar ini dan yang di atas adalah berbeza..yang di atas, saya sediakan untuk kanak-kanak..oleh itu saya menggunakan lobak merah yang diparut (kebiasaannya kanak2 akan asingkan sayur-sayuran yang besar dan makan sekiranya sayur tersebut dalam saiz yang kecil) dan kurang lada hitam..

caranya:
1. tumis bawang putih cincang, perencah ikan bilis dan serbuk lada hitam.
2. masukkan lobak merah, tomato, udang dan akhir sekali wholemeal spaghetti serta kacau buat seketika.
3. pecahkan telur dan gaul sebati.

*sekiranya kalian ingin menambahkan brokoli atau lobak merah yang bersaiz besar, celur di dalam air mendidih terlebih dahulu untuk mempercepatkan proses memasak.
*kalian juga boleh menggunakan ayam/ daging bagi menggantikan udang dan sayur-sayuran yang lain mengikut selera dan kekreatifan masing-masing.
*saya jarang menambahkan garam ke dalam masakan sekiranya menggunakan perisa ikan bilis (tanpa msg)

kenapa tanpa msg? msg bermaksud monosodium glutamat samalah seperti bahan yang terdapat di dalam bahan perisa (ajinomoto)..lagi banyak msg lagi sedap..hakikatnya walaupun ia menyedapkan makanan dan halal namun ia memudaratkan kesihatan..kebanyakan makanan yang diproses mengandungi monosodium glutamat, cuba baca ingredients..misalnya sos dan lain-lain..marilah kita sama-sama cuba kurangkan pengambilan msg dan garam. 

Friday, June 3, 2011

PAPRIK campak2~ resipi mak

walaupun selalu gak mengorder PAPRIK kat kedai2 makan..tapi resipi mak la yang terbaik punyo..simple je cara mak..

1. tumbuk bawang putih (seulas dua) & cili padi (3-4 biji); tak yah lumat2 sangat, ala2 tumbuk manja gitu.

2. tumiskan bahan yang ditumbuk (minyak sikit je), pastu masukkan terus ayam/ daging yang telah dipotong kecil2.

3. boleh la masukkan gak sayur2 (carrot/ baby corn), siram kicap, sos tiram, & air (agak2 je la).

4. dah tu, masukkan sayur2 yang agak lembut (kubis/ brokoli/ kubis bunga).

5. bancuh tepung jagung (sesudu kecil) dan siram dalam kuali>>tuk pekatkan kuah, kalau nak lebih pekat lebihkan sikit tepung jagung tu.

6. kalau rasa dah ummphh!! boleh la dihidangkan dengan nasi panas...

nyum..nyum..

Saturday, January 1, 2011

~macaroni soup**01.01.11~

jam menunjukkan pukul 10pm..perut terasa lapar...tak nak makan nasi..dan tak nak makan biskut..i need something yang hot & spicy..dah lewat malam..tapi sesekali layan selera apa salahnya kan?? pikir punya pikir...nak masak sesuatu yang less than 30min..ang TING!!! idea sudah mari....'macaroni soup'

'makan dalam mangkuk stainless steel -korean style'

bahan2:
semua yang nampak dalam gambar tu
halia + bawang putih
rempah sup/sup punjut

cara2:
1. rebus macaroni, masukkan halia + bawang putih (smash), rempah sup, cili padi (tak masukkan pun takpe)
2. agak2 macaroni dah hampir masak, masukkan carrot
3. agak2 carrot dah lembut, masukkan kubis bunga
4. last sekali masukkan udang, seminit pastu tutup api (udang bertukar merah = dah masak)
5. hidangkan taburkan daun bawang
6. ready to eat
*sayur apa2 pun boleh...udang nak ganti ngan apa2 pun boleh..nak guna bumbu tom yam pun boleh...semuanya bergantung pada selera masing2

Friday, October 16, 2009

Pajeri

- bersih dan potong terung @ nenas
- mayang bwg merah ; bwg putih ; halia
- tumbuk udang kering ; bwg merah ; bwg putih ; halia
- tumis kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + daun kari + bahan yg di mayang...agak naik bau..+bahan yg ditumbuk + pes kari (rempah kari + air asam jawa)
>tumis sampai pecah minyak<
-masukkan kerisik ;masukkan santan sikit + air ; terung @ nenas ; garam & gula (jika suka)

Monday, September 7, 2009

juadah di bulan RAMADHAN

crispy tuna roll
CARA
-roti (suka hati la brape keping) ~dikukus dan nipiskan dengan roller
-letakkan inti (tuna yg dlm tin; ape2 perisa pun ok)
-gulung dan sematkan pencungkil gigi
-celup tuna roll dlm telur
-salutkan dengan serbuk roti/oat/nestum~terpulang la pada selera masing2
-goreng hingga kuning keemasan

*tujuan roti dikukus dan dinipiskan adalah supaya roti kurang serap minyak semasa goreng dan lebih sihat......selamat mencuba

Saturday, August 1, 2009

simple spaghetti

cara:
-rebus spaghetti (taruk garam skit dlm air)
-tumis garlic (cincang) + carrot (xyah potong...guna peeler je) + tomato (dadu)+ capsicum(dadu)+ black pepper + garam
-masukkan spaghetti (yg direbus td)
-pecah telur sebiji
-siap

*bleh ubahsuai ikut selera or ape yg ade dlm fridge>>ayam/daging cincang/udang/kepah....

//my heavy bekpas today...hihi

Monday, July 13, 2009

kimchi

kimchi<<< try click
ade yg mendakwa..amalan memakan kimchi bleh kuruskan badan... mmg logik..coz sayur2an contains a lot of fibre and for sure no fat...
*belum cuba buat lagi...coz takut x jadi

MAKAN TIME

Makan mmg best...kalo time bz kita selalunye akan ambil jln mudah dengan membeli nasi bungkus @ fast food which is not good for our health...bagi yg bekerja nak menyediakan dinner tu yg problem..x kira la yg dah berkahwin or single cam I...i prefer to cook my meal..just keep it as simple as i can if i'm too tired or not have much time to prepare a real meal...asalkan perut kenyang..dah la kan...hehe..these some of simple meal that i prepare less than 30 minutes and sometimes it just took only 15 minutes...

mee hailam
sambal tumis udang
fussion dalca + roti
rabbit burger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...