"Along ni tak pandai nak berkawan ke?" tanya abah. "Cuba la berkawan. Ini tak, asyik pergi sekolah balik sekolah. Terperap je kat rumah." sambung abah lagi. Saya sengih je la. Abah lupa agaknya, anaknya yang sorang ni pernah berkawan. Anaknya yang sorang ni pernah bercinta. Percintaan ala-ala 'Titanic' gitu, "you jump! I jump" ala-ala 'Romeo & Juliet' pun ada. Hehehe. Tapi pun itu dulu. Apa yang saya faham berkaitan dengan konsep cinta pada masa itu adalah 'Wajib bercinta sebelum berkahwin'. Bila sentuh bab-bab 'Soalnya hati' ni, saya ni lemah sikit.
Setelah menemui beberapa siri kegagalan bercinta dan tidak termasuk cinta monyet mahupun yang bertepuk sebelah tangan, saya mula merenung kembali perihal cinta ini. Cinta adalah sesuatu yang indah ciptaan Allah SWT. Cinta sepatutnya tidak menyakitkan. Cinta sepatutnya membahagiakan. Akan tetapi, mengapa cinta mengundang sengsara buat saya, mengundang kekecewaan buat saya. Di manakah silap saya? Saya mula mencari jawapannya. Saya selongkar cinta daripada sudut pandangan Islam. Saya mencari cinta sesama manusia bagaimanakah yang diredhai Allah? Agak terpukul dengan apa yang saya temui. Islam menganjurkan kita bercinta selepas akad. Malah ustaz-ustaz menggalakkan pasangan-pasangan yang telah berkahwin agar bertaubat bagi yang telah bercinta sebelum akad. Saya menjadi bingung dan hairan, macam mana nak berkahwin seandainya tidak bercinta terlebih dahulu?
Tahun demi tahun berlalu, akhirnya saya mula faham konsep bercinta yang dianjurkan oleh Islam. Saya pun mula menyimpan hasrat untuk 'bercinta selepas akad'. Sebab tu la apabila ada yang menghulurkan cinta, saya katakan kepadanya adalah lebih baik kita berkawan sahaja dan sekiranya ada jodoh di antara kita, kita akan bercinta selepas akad. Nampak macam mudah kan?, tapi pun hanya Allah sahaja yang tahu bukan mudah apabila melibatkan soal hati ni. Hati kena kuat, iman kena kuat. Siapa yang tak suka dicintai dan menyintai kan? Orang gila pun suka. Hehehe.
"Along tak nak bercinta-cinta la mak, along nak terus kahwin je" saya meluahkan apa yang terpendam di dalam hati ini. "Hmmm...ada pulak fikir sampai ke situ. Kalau ada yang nak berkawan tu, kawan je la jangan pulak menolak." balas mak. Saya tahu, mak risaukan saya. Lagi risau, bila saya keluarkan kenyataan tu. Pada fikiran mak, saya ni dah berputus asa dalam soal jodoh ni. Saya dah tak nak berkenalan dengan mana-mana lelaki. Berputus asakah saya? Saya sendiri pun keliru. Hehehe.

No comments:
Post a Comment