Wednesday, September 19, 2012

Mengapa anda mengalami keLESUan?



Assalamualaikum wbt.

Pernah tak, kalian menjadi seperti gambar di atas? Habis je waktu kerja habis tenaga...bila sampai je kat rumah dah tak boleh nak buat apa2 dah, sebab dah takde tenaga langsung..

Diri ini mengalami keadaan demikian, terutamanya bila hari cuti...Kelesuan yang melampau..Tido je memanjang dan tahun ni adalah tahun yang paling teruk rasanya..Stress sangat2...Banyak keje yang tertangguh..Tenaga ku seolah-olah hanya mampu bertahan selama 12jam sahaja, lepas tu nak kena recharge semula tenaga..kaedahnya tido..Tido bukan sekejap-sekejap, berjam-jam..dan bila bangun tido, badan masih lagi lesu...Diri ini bertukar menjadi seorang PEMALAS...i hate that!..buatlah seribu azam sekali pun, tapi masih tetap sama...hampir2 mencapai tahap kemurungan disebabkan stress yang melampau...

Diri ini sentiasa memikirkan apakah puncanya...info2 berkaitan telah dicari dan dibaca...kebanyakannya menjurus ke arah kandungan toksin dalam badan yang tinggi...mengikut kata Dr. di Beijing dulu, HATI saya lemah dan tak mampu nak memproses keluar toksin pada kadar yang sepatutnya...diri ini masih lagi dalam rawatan kiranya sebab ubat2 herba yang dibekalkan masih belum dihabiskan...dah hampir 3 bulan, takkan HATI ini masih belum pulih..mengikut Dr tersebut, kulit muka saya yang gelap adalah disebabkan kandungan pigmen yang banyak..kandungan pigmen tersebut meningkat kerana kandungan toksin yang tinggi dalam badan..biasanya kulit akan mengeluarkan pigmen apabila ia terdedah kepada cahaya matahari untuk menghalang cahaya UVA dab UVB daripada menembusi kulit dan merosakkan...malangnya pigmen yang dikeluarkan oleh kulit ku melebihi hadnya, dek kerana kandungan toksin yang tinggi dalam darah...jika dilihat keadaan tersebut, bagi diri ini HATI ku sudah semakin pulih, memandangkan warna kulit wajah dah semakin sekata..dan sekiranya berjemur di bawah terik mentari, kulit kurang terbakar seperti sebelum2 ni, tapi dah tentulah kena pakai sunblock gak...ada gak amik supplement yang buang2 toksin ni..tapi nampak gayanya kandungan toksin dah tepu dalam darah agaknya..diri ini terus menganalisis dan mencari punca dan penawar bagi mengatasi masalah kelesuan ini...hanya mereka2 yang mengalaminya yang memahaminya..

KELESUAN menjadikan kita seorang PEMALAS..kenyataan yang saya paling BENCI!!!

Dah la selalu keletihan..diri ini juga seorang yang berangin..Kalian jenis yang berangin tak? Kadang2 kita akan kata "hari ni aku angin satu badan da"..kalau yang ni panas baran namanya....hehe

kalau saja2 pegi massage kat SPA mmg sampai kelam kabut la si Pengurut sebab badan ku ini terlampau banyak angin dan angin tersebut seolah-olah tersekat dalam badan dan tak jumpa jalan keluar..kembung perut2 jadinya..di atas beberapa siri kejadian, diri ini tidak lagi pergi mengurut...kiranya nak hilangkan KELESUAN yang dialami dengan berurut, alih2 lain plak jadinya..

Mungkin ANGIN yang tersekat di dalam badan dan kandungan TOKSIN yang tinggi di dalam badan menjadi segala punca KELESUAN diri ini???

Apa yang patut dilakukan? Camne nak atasi masalah ni? Supplement buang toksin dah tak larat nak telan...pil2 buang angin pun dah tak larat nak telan..hasilnya masih mendatar..Diri ini terus menjadi seorang PEMALAS!

PENAWAR harus dicari.."Setiap penyakit ada penawarnya" diri ini yakin sangat2...tapi di mana? dan apakah ia? Doa sentiasa dipanjatkan agar diri ini pulih seperti sedia kala 

DAN

akhirnya

diri ini dipertemukan dengan PENAWAR yang dicari-cari...jauh mencari sehingga ke Beijing rupanya ia juga ada di tanah air sendiri..

RAMUAN AKAR KAYU (homemade)
AIR JAMU MUSTAJAB

Antara ramuan yang dicampurkan adalah Ibu Gamat, Tongkat Ali, Pasak Bumi, Penutup Bumi, Rempah ratus, Manisan madu, Biji Lemuju, Akarsom dan Halia.

memandangkan ia dihasilkan secara kecil-kecilan di rumah, maka takde la cap kelulusan daripada kementerian kesihatan..takut gak la kalau2 dicampur dengan bahan terlarang...tapi ia memang MUSTAJAB...

masalah KELESUAN dan ANGIN dalam badan telah berjaya di atasi dengan jayanya..

TENAGA saya boleh bertahan sehingga 20jam dan hanya perlu di cas selama 4jam sahaja...

Syukur ya Allah di atas PENAWAR mu ini..moga dijauhkan daripada sebarang kemudaratan!

"Ya Allah, sihatkanlah tubuh badan ku agar aku dapat beribadah pada mu" amin...



>>kepada kalian di luar sana yang mungkin mengalami masalah yang sama dengan saya..jangan pernah berputus asa mencari penawarnya..insyaAllah..keep on praying & searching<<


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...