~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalamualaikum wbt
Kali ini saya nak kongsikan apa yang saya pelajari melalui muka saya. Mungkin kalian2 di luar sana yang mempunyai kulit muka seperti saya akan lebih memahami kulit kalian dan siapa tahu kalian juga dapat menyelesaikan masalah masing-masing, insyaAllah.
Saya mula mengahadapi kulit muka berjerawat dan bermasalah seawal usia 20an. Kulit saya jenis berMINYAK, menyebabkan masalah jerawat lebih teruk. Saya mula mengunjungi klinik pada tahun 2000 untuk mendapatkan antibiotik, saya mula berjinak-jinak pula dengan produk 'skin care', semuanya untuk mendapatkan kulit muka yang lebih sihat. Malangnya tiada satu pun yang memberikan kesan yang baik. Kulit muka saya sekejap elok dan selalunya berjerawat, selalunya jerawat batu. Keadaan berlanjutan sehinggalah saya berkerja.
Setelah bekerja, saya masih terus mencari penawar untuk kulit muka saya. Setiap bulan, saya mengunjungi pusat kecantikan untuk mendapat rawatan.
Pengurus Pusat Kecantikan, memberitahu bahawa masalah saya adalah RESDUNG dan DARAH KOTOR (toksin). Maka saya mula mengambil pil2 RESDUNG di samping 'skin care' yang disyorkan. Saya juga mula memahami bahawa, saya alah kepada MAKANAN LAUT dan BELACAN. Setiap kali termakan MAKANAN LAUT atau BELACAN, jerawat di muka saya tumbuh bagaikan cendawan, sabo je la.
Pada tahun 2006, kulit muka saya berada di tahap paling kritikal. Setelah puas mencari penawar akhirnya saya jumpa CNI. Syukur alhamdulillah, saya kini bebas untuk makan MAKANAN LAUT, dah tak alah dah.
Pada tahun 2008. Syukur kepada Allah, kulit muka saya dah semakin pulih. Walau pun saya dah kurang mengambil produk CNI , tapi saya dah boleh menikmati MAKANAN LAUT tanpa perlu risaukan muka. Walau pun demikian, kulit saya tak selalu berada dalam keadaan yang baik, kadang2 masih berjerawat dan berminyak. Mungkin juga kerana, faktor saya yang dah malas mengambil produk2 CNI.
Tetapi, pada tahun 2011 kulit saya mula mudah terbakar. Walau pun saya telah menyapu sunblock, muka tetap sunburn. Keadaan kulit muka mula berminyak.
Seorang TABIB memberitahu, kulit muka yang cepat sunburn adalah kerana organ HATI yang lemah. Apabila organ HATI lemah, maka toksin tidak dapat dikeluarkan dengan baik. TOKSIN yang terkumpul menyebabkan kulit MUKA cepat sunburn kerana pembentukan PIGMENTASI yang banyak apabila terdedah kepada cahaya matahari.
Alhamdulillah, setelah mengambil pil herba yang disyorkan, kulit MUKA saya kembali
pulih seperti sedia kala.
Sekiranya kalian mempunyai kulit MUKA bermasalah, mungkin kalian alah kepada MAKANAN LAUT, atau mungkin juga organ HATI kalian lemah. HATI yang lemah tidak dapat memproses keluar TOKSIN. TOKSIN yang terkumpul, akan menyebabkan kulit bermasalah, RESDUNG dan mudah SUNBURN serta menyebabkan kulit muka lebih gelap.
Rawat kulit daripada dalam, dan bukan semata-mata dengan bahan kosmetik sahaja. Jangan putus asa mencari penawar, kerana setiap penyakit ada penawarnya. Mungkin kalian juga boleh cuba untuk beralih kepada perubatan berasaskan HERBA, kaedah perubatan CINA ;)
~wallahu'alam~
No comments:
Post a Comment