Melaka 27 Mei 2012- Gempar! Baru-baru ini bandar Melaka dikejutkan dengan penemuan sekeping gambar lama yang didakwa oleh pemilik gambar berkenaan bahawa ia merupakan gambar sebenar Puteri Hang Li Po. Menurut beliau lagi gambar itu diperolehi daripada mendiang neneknya yang mendakwa beliau adalah keturunan Puteri Hang Li Po. Sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut, pihak kami masih belum dapat memastikannya. Inilah dia gambar yang didakwa sebagai Puteri Hang Li Po~dipetik daripada akhbar SukaSuki.
hahahaha...lawak je..'peace! no war'
delay kat Hong Kong berjam-jam lamanya..dugaan ;)
Seharian perjalanan yang meletihkan..sampai2 dah malam..
kebanyakan kedai makan dah tutup..
sbb kebanyakan diaorg mkn malam sebelum maghrib..
mujur la bawa 1 beg galas bekalan makanan..hehe
Syukur alhamdulillah..
tapi bila badan penat sangat, makan pun tak lalu..
makan tuk lapik perut je..
sweet & cute la bilik ni..
pukul 7pagi dah terang benderang..
suhu seperti di Cameron Higland..
Pemerhatian: banyak sungguh basikal, motor & basikal elektrik..
bukan sekadar kempen, tapi siap dgn laluan khas tuk mereka..
lebih selamat..
Sarapan yg pertama; alhamdulillah dapat mkn nasi..
memandang semalam makan roti je dlm bilik..
meh nak kongsi cerita sebenar...
bila minum air teh tu kan, kurang perasaan apabila meminumnya.
tawar beb..tapi bedal je..
kat tempat org kan, tak leh cerewet sangat..
kita perlu menyelami, menghayati dan menghormati budaya diaorg..
itu la juga tujuan kita berjalan..nak tengok tempat orang.
berpeluh gak la sementara nak sampai ke Tian'anmen Square,
walaupun cuaca hanya suam-suam kuku
masih berada dalam mood 'Musim Bunga'..
kreatif sungguh susunan bunga2 hiasan kat kawasan ni
akhirnya sampai juga kat Kota Larangan..
Soalan kuiz yg diberikan oleh pemandu pelancong:
1-"Kenapa tiada langsung pokok di kawasan ini"
2-"ada 9 pintu gerbang semuanya. Kenapa perlu sampai 9?"
luas sungguh..3 jam jugak la tuk berjalan kaki secara sehala..
kalau keluar masuk setiap bangunan yang ada mau sampai malam kat sini lagi.
jem adalah perkara biasa..
memandangkan Beijing adalah ibu kota,
maka samalah masalahnya seperti ibu kota kita ;)
tipsnya: bawalah bekalan roti, makan dlm bas buat lapik perut sebelum sampai ke kedai makan.
kebanyakan menu hidangan adalah berasaskan sayur, so healthy..
lagi best, pinggan makannya hanya sebesar piring kuih kita..
'portion is important to maintain your weight'
senibina masjid yg unik dan mengagumkan..
MasyaAllah
katanya kalau tido kat cadar & bantal (sarung bantal) drpd kain sutera,
tido akan lebih lena..
~you know what? it so true~
parent saya terlajak tido masa menggunakanya ;)
punya la puas membelek setiap lukisan yg ada tu..
ingatkan guna cat minyak, tapi mcm tak..
rupanya bukan lukisan tapi sulaman..perghhh! cayalah.
bukan sahaja dapat urutan refleksologi percuma
malah dapat pemeriksaan kesihatan percuma drpd doktor bertauliah drpd Tibet.
Selepas meneliti muka dan tapak tangan kita, doktor dah boleh agak organ mana dalam badan kita yang bermasalah.
Sekiranya terdapat masalah, doktor tersebut akan membuat pemeriksaan selanjutnya dengan menggunakan kaedah 'kuasa kung fu, chiqong (namanya camtu kot kalau tak silap)' iaitu dgn mengalirkan kuasa elektrik ke tempat yg bermasalah untuk mengetahui tahap masalah yang dihadapi.
Itu pun hanya akan dilakukan sekiranya kita bersetuju menerima rawatan dan akan mengambil ubat-ubatan yang berasaskan herba.
Saya telah bersetuju menerima rawatan daripada doktor tersebut, dan hasilnya amat mengagumkan, syukur alhamdulillah.
Cumanya bayarannya bg ubat-ubatannya agak mahal.
Saya pejamkan mata sahaja bab duit2 ni kerana bagi saya duit boleh dicari tetapi kesihatan adalah tidak ternilai harganya.
29 Mei 2012- sehari suntuk berjalan-jalan
teruja! punyalah banyak jade
biasa dah ngan gelang & rantai crystal ni masa kat Sabah dulu..
sekali ada CERMIN MATA CRYSTAL la plak..
terasa best apabila dipakai..
bukan tembikar tapi tembaga..
kalau jatuh tak pecah tapi mungkin kemek kot..hihi
3 tahun diperlukan untuk menyelusuri Tembok China ni..MasyaAllah memang GREAT sungguh la, dah la zaman tu mana ada teknologi canggih cam sekarang ni..nak angkat batu2 tu mendaki bukit bukau..pergh! really can't imagine it!...Maharaja China yang genius pada ketika itu membinanya untuk menghalang serangan org Mongolia drpd memasuki China, kerana mereka2 itu selalu mencuri makanan di China.
Burning cream kat sini mmg yg terbaik, kalau cepat2 sapu kat tempat melecur insyaAllah akan baik dengan cepat tanpa meninggalkan parut. Bukan sekadar cream je yg ada kat sini, minyak gosok, koyok yg best dan bean stone..ada juga disediakan untuk memeriksa tahap perjalanan darah dengan mesin pengimbas khas (mcm kamera) secara percuma..kita pun apa lagi, memang suka yang percuma2 ni...sekali didapati pengaliran darah dalam badan teramat perlahan la..dah agak dah..check kat memana pun mesti sangkut punya la..hehe..Makanya org beli cream, kita beli batu da..kiranya macam loket atau gelang magnet tu la fungsinya..yg ni saya tak pakai tapi letak dalam bekas air. " dari kecik, sampai besar beli batu..ish! ish! ish.." kata mak..masa sekolah2 dulu beli batu seremban..hahahaha
dapat pakai baju & aksesori pun jadilah...nak kasi tau rahsia nih! baju tu kan, mcm apron je sebenarnya..ikat tali kat belakang, hihihi..
yg pakai kat kepala tu kan, berat gak la..kalau yg real punya lagi dahsyat la kot..
bleh migraine rasanya kalau terpaksa pakai sehari suntuk..huhu
Tea Performance kat Tea House..
pelbagai jenis teh ni ada kat sini..semuanya dengan khasiat masing2..
kami dihidangkan dgn 5 jenis teh cina kalau tak silap..teh tanpa gula ye..
walaupun tanpa gula, teh yang paling sedap sekali adalah Teh buah-buahan, macam2 buah kering ada dalam tu..masam-masam mani rasanya..
Beginilah landskap Beijing..gabungan harmoni antara bangunan lama dan baru..
Walaupun bandarayanya agak sibuk, tetapi terdapat banyak taman-taman rekreasi di celah2 bangunan yang disediakan bagi menghilangkan stress rakyatnya, agaknya..
30 Mei 2012 - hari ni pun jalan-jalan gak..
selagi malam tak melabuhkan tirainya, jalan tanpa henti
Summer Palace ni merupakan HADIAH yang diberikan oleh Maharaja kepada Bondanya. Tasik buatan tersebut mendamaikan suasana terutama semasa musim panas dan terasa begitu tenang dengan keadaan di kawasan yang dikelilingi bukit menyebabkan suasana di sini agak berangin. Begitulah tingginya nilai kasih sayang seorang buat ibunya. Kita mungkin tidak mampu menghadiahkan sebuah istana buat ibu kita, tetapi cukuplah dengan mendamaikan perasaaan ibu setiap kali ibu memandang dan mengingati kita. Begitulah jua keadaannya dengan ayah.
rupanya dalam 1 tiram ada hampir 30 biji mutiara..pergh! kagum..kagum..
yg ditunjuk tu, kiranya belum matang lagi dan tidak boleh dibuat aksesori..biasanya yang kecik2 camni akan dihancurkan dan dibuat 'Pearl Cream' (nyaris2 nak beli yg ni plak..huhu)..disebabkan dah puas membeli-belah mutiara masa kat Sabah dulu, duduk2 je la kat sini :)
handbag murah2 Yong..katanya kat sini Gred B dan C..kira ok la tuk tahap2 kita ni, hehehe..tapi kena ada caranya kalau nak membeli, silap2 bleh gaduh ngan si penjual..ada satu insiden tarik menarik antara penjual dan pembeli..kecoh sangat..mujur la si pembeli itu dapat menyelamatkan diri, alhamdulillah..kami yang menyaksikan kejadian membatu terus, gara2 terkejut..
Kata la kita dah berkenan ngan satu beg tu kan, jgn saje2 tanya kalau tak serius nak beli..kalau sentuh je, abis la..nanti si penjual akan mendesak kita suruh beli..kalau dah mula tawar menawar lagi la bahaya..katakan la kita belek2, pastu kita tak berkenan sangat..si penjual dah mula pujuk kita suruh ambil..dia memulakan tawaran harga..kita bukak tawaran dengan harga yg paling rendah..pastu peniaga akan berkata "You go..#$%^&*&**(^%%&"...
hahaha..maka kita berjaya melepaskan diri..itu strategi pertama..
strategi kedua, kata la nak belek2 tengok jugak ni..masuk la kedai yang ada pembeli2 lain..dan si penjual2 tersebut sibuk layan pembeli tersebut..dah puas belek dan tak berkenan, berjalan keluar la dengan muka slumber sebelum didekati oleh si penjual..
dan andai kita memang berniat nak membeli..boleh la buat tawaran serendah 60% drpd harga asal. Memang si penjual kata macam2 supaya kita terima harga yg dicadangkan, barangan bagus la..bla bla bla..tapi kita kena tahan hati la..mungkin bleh naikkan skit2 je la..akhirnya si penjual akan mengalah dan berkata "ho la..ho la..haiyo..You're good..very tough bargainer"..ekekeke...owh! ya, tawar menawar main tekan2 kalkulator wo..
31 Mei 2012 - last day in Beijing
pernah tengok dokumentari pembinaan Stadium Sarang Burung ni, tak sangka sungguh dapat menjejakkan kaki di sini~ Beijing Olympic Park~
makanan kat restoran ni, lain skit rasanya..agak pedas memang sesuai ngan kita orang Malaysia..Masakannya berbeza kerana ia merupakan masakan daripada wilayah yang berketurunan campuran antara Arab dan China..
bergambar kenangan bersama kawan2 baru ;)
Love is in the air~suasananya cukup membuai perasaan..membuatkan kita rasa nak merai CINTA di sini..mungkin atas faktor cuaca dan musim kot..baru habis MUSIM BUNGA dan baru nak memasuki MUSIM PANAS..tapi memang best la layan perasaan kat sini..sama ada kat tepi TASIK di SUMMER PALACE atau pun hanya di taman-taman mini yang disediakan di kiri kanan jalan..kehijauan alam ditambah dengan bunga2 ros di sepanjang jalan akan membuatkan anda ingin berpimpin tangan dan berjalan beriringan sambil menikmati suasana yg menyegarkan (but make sure its HALAL for you to do so)..kalau ada rezeki nak honeymoon kat CHINA la,
pi kat wilayah2 lain yg lebih romantis gitu (berangan! hahahaha)
~Selamat tinggal BEIJING~
tips di Beijing:
>kat airport Hong Kong jual beli guna mata wang HK, kalau tak tukar awal2 payah la nak membeli walaupun hanya sebotol mineral..prepare siap2 botol kosong, dan bleh tadah air free kat water cooler yang disediakan oleh pihak airport..
>Selalu bawa air mineral atau air masak semasa berjalan-jalan sebab keadaan kering dan kita akan sentiasa haus. Bawa la 1-2 botol memandangkan tak semua tempat2 yg kita lawati ada jual air mineral.
>Sentiasa bawa botol mineral kosong sebab toilet kat sana takde hos, kalau selesa guna wipe tisu silakan..
>turun bas je, selalunya kita akan didekati oleh penjual2 beg, topi dan lain-lain lagi..erhu pun ada diaorg jual..kalau beg tu bleh dapat sehingga 100Yuen bagi 15 beg..jgn tergoda awal2..sepanjang kita kat sana, kita akan jumpa diaorg ni..
itulah saja yg boleh dikongsi mengikut HUKUM KEABADIAN KENANGAN..betullah kata pujangga 'JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN'
wallahu'alam
p/s:thanks Kak Sam Sun..Kak Nabilah..Fkah dan Cikgu Suhaimi kerana sudi mengambil gambar2 saya..memandangkan kad memori kamera yang dah penuh..dan terima kasih juga kerana sudi gambar2 yang kalian snap di sana...nice trip, looking forward 4 the next trip..insyaAllah.
No comments:
Post a Comment