Monday, November 28, 2011

Pahala Sedekah





Pahala sedekah dibahagikan kepada empat jenis :

- Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh


- Kedua, sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh


- Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus


- Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu




1-Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian 
makan kepada fakir miskin


2-Sedekah kedua yang mendapatkan pehala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang 
diberikan kepada keluarga terdekat.


3-Sedekah ketiga yang mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada 
kawan-kawan dan sahabat


4-Sedekah keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan 
kepada orang yang mencari ilmu.


Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan 

barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa 
yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya."

Rasulullah s.a.w. pula bersabda :

"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan".







sumber: mukabuku Bismillahirrahmanirrahim

Cara Mengerjakan SUJUD SYUKUR

SUJUD SYUKUR 

DEFINASI 
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar. 

Waktunya 
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya 

Dalilnya 
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a. 

Rukunnya 
1 Niat 
2 Takbiratulihram 
3 Sujud 
4 Memberi salam 

Syarat-syaratnya 
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat : 
a. Suci dari hadath besar dan kecil 
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat 
c. Menghadap ke kiblat 
d. Menutup aurat 

Cara-cara melakukannya. 

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA 
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR ) 
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat 

Bacaan dalam sujud 

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali 

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut) 

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU 

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN 

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA 

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU 

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.



sumber: 
1. netlog danishshark73
2. Koleksi Soal Jawab Solat

Sunday, November 27, 2011

1 Muharam 1433H / 27 Nov 2011

touch this button to continue your new year of 1433H
~Assalamualaikum~

Tema sambutan maal hijrah 1433H ialah “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. 

Marilah muslimin dan muslimat kita bersama-sama mengambil peluang dan ruang ini untuk 
menganjakkan paradigma hidup kita ke arah satu matlamat yang lebih hakiki menuju kehidupan kekal iaitu di negeri AKHIRATdengan berHIJRAH.

Firman Allah SWT, bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)


Hijrah Sebelum Terlambat

"CAra kita berfikir adalah hasil dari blue print minda bawah sedar yang dipengaruhi alam sekelililng dan

didikan kita. JIka kita berfikir cara yang sama hasil kehidupan kita tetap sama. Kalau nak HIJRAH harus 



HIJRAH minda dan programming kita. Perbuatan kita hasil fikiran. HAri ini jadi pemerhati diri kita 


sendiri.Lihat cara kita makan, senaman, bercakap, membaca, menonton, mengevaluasi suasana 


memberi kritikan atau kasih sayang. NIat untuk mengubah progrmammimg dgn menulis tujuan tepat hidup 


kita



"penghijrahan perlu berperingkat..bukan bermakna dgn memakai tudung kita terus boleh 

harapkan org itu sempurna akhlaknya dalam sekelip mata..berikan masa..kerana Al-Quran 

juga diturunkan selama 32tahun"


"buat vission board, apa yg kita nak capai dalam 5thn akan dtg...matlamat dunia dan akhirat "

- Assalamualaikum Tv Al Hijrah-


Bukan mudah melawan HAWA NAFSU, kita perlu berMUJAHADAH dan ISTIQAMAH dalam melakukannya.

"Peritnya nak mengaku SALAH..peritnya juga nak menjadi IKHLAS..moga rupa yang elok ini, elok la juga budi pekerti ku..aku ingin menjadi MUSLIMAH yang sempurna..itu azam aku” 

 - drama "MENCARI JANNAH: astro oasis" -


Wahai MUSLIMIN berHIJRAHlah menjadi Lelaki SOLEH "be SOLEH in your way"


Wahai MUSLIMAH berHIJRAHlah menjadi Wanita SOLEHAH "be SOLEHAH in your way"


Wahai DIRI berHIJRAHlah menjadi Wanita SOLEHAH "be SOLEHAH in your way"



~HIJRAH~




Saturday, November 26, 2011

Nikmatnya mempunyai 'Sepasang Tangan'


assalamualaikum 

Bukan namanya hidup kan, seandainya tak ditimpa masalah & ujian drpd Allah SWT. Ujian yang sering diri ini hadapi adalah sakit. Alah sakit2 biasa tapi terus sebati dan kekal dalam diri. Mungkin drpd corak pemakanan, kurang sayur & buah2an dalam diet harian. Kurang senaman pun, ye jugak. 

Penyakit2 yg perlu diri ini hadapi seumur hidup migrain, gastric, asthmathic bronchitis  & eczema. Diri ini tahu yang semua penyakit2 ini adalah disebabkan 'gaya hidup tidak sihat'. Migrain & gastric bleh dikategorikan sebagai penyakit org yg berkerjaya, sbbnya tekanan dan jadual waktu mkn yg tidak teratur. Asthmatic bronchitis & eczema merupakan adik beradik, dan mungkin juga diwarisi drpd nenek moyong. Kata para doktor ia boleh dikawal dan mungkin juga sembuh sepenuhnya dgn syarat perlu mengamalkan 'cara hidup sihat'...hehehe...InsyaAllah, I'll be more serious from now to live a healthy life. May Allah help me to make it more easier, amin. 

Seperti yang kita tahu, sakit itu ujian drpd Allah SWT. Daripada laman blog seorg sahabat diri ini belajar sepotong doa yang cukup indah yang berbunyi:

"ya Allah,jika sakit ini membuatkan aku lebih beriman dan membuatkan aku sedar akan kesilapan ku,maka aku sanggup ya Allah..dan jika sakit ini bisa menghapuskan dosa-dosa yang telah aku lakukan,maka aku juga sanggup ya Allah..dan engkau sembuhkanlah diriku dengan kekuasaanMu (bukan dengan ubat)..dan ampunilah dosa2 hamba ya Allah..sesungguhnya Engkau berkuasa mengubah segala sesuatu sedangkan makhluk tiada kuasa.."

Ia tersisip rapi dalam lipatan entry pada tahun lepas. 

Dan kali ini, diri ini ditimpa ujian 'chronic eczema' , kalau tak kronik takde la sampai berbungkus tangan tu, kan..hehehe. 


Lewat blog saya yang lalu, ada saya titipkan ECZEMA cure. Banyak produk yang boleh kita ambil sebenarnya untuk mengubati eczema ni dan harganya pula bleh mencecah hingga ratusan ringgit. Apa yang boleh disimpulkan, diri ini mungking mempunyai organ2 yg lemah berbanding orang lain. Makanya pencernaan toksik agak perlahan dan mungkin ada enzim2 dalam bdn yang tidak dihasilkan dgn banyak dan akhirnya menyebabkan eczema. Kena makan sayuran & buah2an yang banyak dlm diet harian andai tak nak bergantung pada produk2 supplement.

Tapi itu semua bukan persoalan, sakit yang diberikan oleh Allah SWT kali ini menyedarkan diri ini betapa indahnya dan nikmatnya 'sakit'. Diri ini merasakan lebih mengenal nikmat yang Allah berikan, yang mungkin selama ini hanya dipandang dengan pandangan biasa sahaja. Alhamdulillah, diri ini mula menghargai 'sihat' setiap kali 'sakit'. Dan kali ini, diri ini lebih menghargai 'sepasangan tangan' kurnian Allah SWT Yang Maha Pencipta dan Maha Mengasihani. Mana kan tidak. Doktor menasihati agar tangan yang satu ini tidak boleh kena AIR, SABUN & MINYAK. Baru cepat baik kata tuan doktor. Kalau nak basuh pinggan atau masak kena pakai sarung tangan. Masa mandi pun kena jaga juga. Adoiiiila hai, makanya tangan ini hanya kena air masa berwuduk aje, tu pun cepat2 lap bagi kering. Makanya kebanyakan kerja yang biasanya dilakukan dengan tangan kanan, kini diambil alih oleh tangan kiri. Kadang2 tu nak basuh pinggan sebijik je, so malas la nak pakai sarung tangan sbb tuan doktor nasihatkan spy pakai 2 lapis (kain kemudian yg getah tu). Jadinya, tangan kiri la yg main peranan.  Masa nak mencuci rambut plak, agak kurang biasa la pakai sarung tangan segala, sudahnya tangan kiri la yang memainkan peranan. 

Baru 4 hari, tapi susahnya rasa. Macam mana la yang kurang upaya tu ye, mesti sukar diaorg menjalani kehidupan seharian. Mungkin diaorg dah biasa dengan keadaan demikian, tapi ia tetap tidak sempurna. Sememangnya mereka2 ini golongan yang tabah, tabah meniti kehidupan dengan serba kekurangan. Bertuahnya kita mempunyai 'sepasang tangan' yang sempurna. 

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan; ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7).

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.” (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan nikmat anggota badan yang sempurna buat hamba mu yang hina ini. Sungguh besar pemberianmu Ya Allah. Kini baru ku tahu Nikmatnya mempunyai 'Sepasang Tangan'.

~Happy New Hijri year 1433H~


ABU HURAIRAH R.A BERKATA:

"Setiap kali datangnya tahun baru
membuat aku risau dan resah kerana
semakin singkat umurku
semakin dekat ajalku
semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku 
semakin dekatnya hari penghitunganku.."


Happy New Hijri year everybody , 
May ALLAH bless us all and fulfill our wishes of peace , 
development and bring us all his gifts and blesses.


sumber: mukabuku kwn

Friday, November 25, 2011

Renungan buat Perempuan




Perempuan yang suci

Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah

Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…



Tetapi andai kita bergelumang

Dengan cinta lelaki yang palsu imannya



Di mana Allah untuk menjaga kita

Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita



Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri

Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…



Mengapa masih ragu-ragu?



Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari

Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…


>>wahai diri, hayati bait2 kata2 tu ye..carilah kekuatan diri...Allah sentiasa bersama mu..CINTAI Allah kerana sememangnya Allah menCINTAI hambanya yang SOLEHAH...insyaAllah~

Klinik Yang UNIK


Gambar2 berikut dirakamkan pada pagi 22 Nov 2011 pada jam 8:45pagi. Ia merupakan pemandangan dihadapan sebuah klinik. Diri ini mendapati ia satu pemandangan yang unik dan asing bagi diri ini yang baru pertama kali ke klinik berkenaan.


Cuba perhatikan gambar di atas. Semua kedai2 masih lagi belum dibuka kan? tapi apa yang dibuat oleh orang ramai di luar klinik ni? Apa yang membuatkan mereka2 ini duduk bersidai di kaki lima bersebelahan dengan klinik tersebut?  

Cuba perhatikan pula gambar di atas. Nampak tak, apa yang dipegang oleh makcik yang berbaju kuning ni? Kad Pengenalan tau...ye Kad Pengenalan...berkeping-keping dalam genggaman makcik ni. Adakah makcik ini agen pekerja asing? aish!! sampai ke situ plak dah. Mari kita teruskan pemerhatian dan penyiasatan.

Lepas je turun daripada kereta, diri ini terus menyapa seorang kakak yang duduk bersama anak2nya. "Assalamualaikum, dah buat appointment ngan doktor ke?" Diri ini sedia tahu yang klinik ini agak ramai pengunjungnya. Kata seorang kawan, kalau datang lebih kurang pukul 10pagi, nanti pukul 3 petang baru bleh jumpa doktor, siap bleh pi ronda2 pusing SP lagi. "Waalaikummussalam, ada makcik tu yang kutip Kad Pengenalan. Pi bagi Kad Pengenalan kat dia" balas kakak tersebut. Oh! camni caranya. Kiranya 1st come, 1st serve la ni. Diri ini pun terus mencari makcik yang dikatakan itu. "Dah bagi Kad Pengenalan? bawa mai sini" kata makcik tersebut kepada diri ini. Belum sempat pun diri ini nak membuka mulut bertanya. Cekap sungguh makcik ini, desis hati kecil ku. Makcik ni keje kat klinik ni ke? Takkan la kot? Bahagian Pendaftaran? minda ini terus berteka-teki (hehe).

Tanpa ditanya, makcik ini terus bercerita "Nasib baik la hari ni, hari Selasa tak ramai orang sangat. Makcik ni daripada pukul 7.30 tadi lagi, ni yang berdiri plak, dah puas duduk. Kalau hari minggu toksah la mai, ramai sungguh. Hat yang daripada Penang pun turun mai sini, ada tu yg tunggu daripada pukul 4pagi lagi" panjang lebar makcik ni bercerita. Huh! hampir terlopong aku mendengar ceritanya. Pukul 4pagi, dok tunggu kat sini? dahsyat sungguh, desis hati ini. "Makcik memang selalu ke sini la, ye?" aku melontarkan pertanyaan. Memandangkan makcik ni tahu serba serbi. "Kerap la jugak, sebulan sekali."beritahunya. "Oh! saya ingatkan makcik kerja kat sini tadi" adeh!! apa punya ayat da. Sekali terkeluar daripada mulut dah takleh nak tarik balik. Senyum je la pastu, hehe. "Dok aih. dah lama makcik pencen. Dulu kerja ngan kerajaan. Ni makcik saja la kutip Kad Pengenalan ni, bukan apa kalau tak buat camni satgi payah. Semua pun kerumun kat kaunter masa nak amik nombor nanti. Buat lagu ni, senang" jelasnya. Diri ini hanya senyum dan menganggukkan kepala sahaja. "You dah kasi IC ka?" tanya makcik tersebut kepada seorang perempuan yang berbangsa Cina yang baru sahaja sampai.  Diri ini terus membiarkan sahaja makcik tersebut bersembang ngan amoi yang baru sampai tu.

Minda ini terus ligat menyatukan semua maklumat. Cekap sungguh makcik ini. Disusun elok2 semua Kad Pengenalan kami, mana yang baru diletakkan dibelakang. Sungguh tersusun kerjanya. Mulia sungguh makcik ini, daripada pandangan mata ini 'makcik ini telah memudahkan kerja orang lain'. Jururawat pun tak pening2 nanti, orang ramai pun tak berebut2. Mungkin diri ini akan menggantikan makcik ini, seandaimnya diri ini pengunjung yang paling awal tiba ke sini kelak, hehehe..

Sedang asyik melayan minda, doktor pun sampai. Begini la pulak senarionya apabila Doktor mula membuka pintu klinik. Semua pun agak tergesa-gesa memasuki pintu yang kecil itu. Kenapa agaknya ye? kalau nak jumpa ngan doktor dulu, tak mungkin sebab semuanya akan ikut giliran seperti yang telah disusun atur oleh  makcik yang berbaju kuning tadi. Mesti jururawat akan mendaftarkan kami semua mengikut susunan Kad Pengenalan tersebut, kan? atau mungkin kerana nak berebut tempat duduk, mungkin tak cukup? sebab kalau dilihat daripada luar klinik agak kecik. Tapi rasanya mungkin semuanya pun dah penat menunggu, bayangkanlah sejak daripada pukul 7.30 pagi lagi. Kalau dok kat dalam selesa sikit. 


Inilah dia klinik yang unik itu 'Klinik Kulit'. Uniknya sebab semua orang bersatupadu tak kira warna kulit, keturunan, bangsa dan pengangan agama serta berjaya mewujudkan satu sistem yang tersendiri bagi kemudahan bersama dalam suasana yang cukup harmoni. Konsep 1 Malaysia betul2 terlihat dihadapan klinik ini, alhamdulillah.

Diri ini merupakan orang yang ke 17. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berjumpa dengan Dr. Khoo setelah 2jam menunggu. Ramai jugak orang yang sakit kulit ek? Penyakitku pula, Cronic Eczema. Dapat la lebih kurang 10 suntikan di bahagian yang 'berkudis' itu. Selalunya kat lengan, takpun di pinggul. Ini direct kat tempat yang memang tengah sakit. Sakit weh! berdarah-darah. Makanya berbungkus la tangan kananku setelah keluar daripada bilik rawatan. 

Cara rawatan doktornya pun unik lain daripada klinik pakar kulit yang pernah dikunjungi sebelum ini. Unik kan, klinik ni?

Moga Allah sembuhkan penyakit kulitku ini, amin.

Thursday, November 24, 2011

Hijrah 1433H

ESOK~26 Nov 2011M / 30 Zulhijjah 1432H
jangan lupa tau, baca doa akhir tahun dan awal tahun esok ye...

Doa Akhir Tahun:
dibaca selepas solat Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Hendaklah dibaca sebanyak tujuh kali atau tiga kali atau paling kurang sekali. Jika dibaca tujuh kali akan diampunkan Allah SWT akan dosa2nya.

Doa Awal Tahun:
dibaca selepas solat Maghrib. Doa memohon kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan menempuh tahun baru.




Apabila berkata tentang TAHUN BARU, AWAL MUHARRAM & MAAL HIJRAH...kita tak bleh lari daripada memasang azam terutamanya untuk berHIJRAH..rasanya tahun ni takde bezanya dengan tahun2 lepas..nak mendidik jiwa agar berhijrah hanya keranaNYA dan istiqamah dalam melakukannya...bukan hanya didepan manusia tapi ia kekal walaupun seorg diri..bukan setakat dibibir tapi biarlah ia berbekas dihati..bukan untuk mendapat pujian manusia tapi semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah..

 “Ya Allah, wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu. (H.R. Tirmizi)”



sepanjang November 2011




31Okt-3 Nov ~ menghadiri seminar di KL...hampir2 demam sebab dok berkampung dalam hotel, aircond sana sini...walaupun dah tutup aircond kat dlm bilik tapi tetap sejuk gak...dengan kurniaan ilham daripada Allah Yang Maha Mengetahui, pelan tindakannya minum air putih sebanyak mungkin...dan lebihkan sayuran serta buah-buahan memandangkan menunya memanjang kari, masakan berminyak dan berlemak...syukur alhamdulillah, dipermudahkan Allah..dapat mengikuti kesemua bengkel, seminar dan perbincangan kumpulan..terima kasih ya Rob untuk semuanya, syukur...terima kasih juga buat jiran2 yang bersusah-payah menghantar ke airport kepala batas (bukannya dekat, nak oi!!) hanya Allah lah yang dapat membalas budi baik tuan puan & terima kasih juga JPN kerana memberi peluang buat diri menimba ilmu dan pengalaman..really appreciate it..alhamdulillah.

11pm lebih~muka yang kelihatan selepas sehari suntuk berbengkel & seminar 

4-6 Nov~ penat pun belum habis lagi..sambung dengan persiapan menyambut Aidiladha...memandangkan semua pun balik SP kecuali abah (korbankan cuti kerana kerja), makanya mak masak special sikitlah tuk kami semua (tq mak!!)..menunya nasi beriyani inovasi (created by mak, superb!!!) & ketupat mini + kuah kacang (pun superb gak)..simple tapi bermakna apabila dinikmati bersama dalam suasana yang riuh rendah :D..abah terpaksa korbankan cutinya, last2 minit plak tu takleh nak balik beraya...mak yang balik dulu ke sini, takkan plak nak balik beraya ke sana sebab banyak lagi hal yg masih belum diselesaikan di sini...akhirnya mak berkorban kasih, berpisah sementara ngan abah dan beraya ngan kami adik beradik kat sini...pengorbanan kalian tak pernah habis mak, abah...luv both of U, muahhhh..muahhhh  ;)

7 Nov~ sekolah masih bercuti...makanya,kemas beg lagi...kali ni nak kena ke penang plak..berbengkel selama 4 hari lagi...disebabkan cuti yang bersambung-sambung, takleh nak ambil surat panggilan berkursus..walau apa pun, kena gak pi amik kat sekolah (yg jaraknya 89km drpd rumah)..memandangkan anyah sekeluarga pun ada, makanya kami semua ke sana kecuali ira (ira: lebih suka rehat2 di rumah)...bersiap punya bersiap, pukul 11am baru bertolak...sambil menyelam minum air..bawa diaorg ke Ladang Anggur  Tasik Beris, Kg Gulau dan tempat kerja ku...

menikmati keindahan alam ciptaan Allah (12.30pm~panas terik..wrong timing..hehe) sambil makan currypuff berintikan anggur dan jus anggur (segar dari ladang!!!) buah anggur bergayut2..asyikkkk!!!!

dengan bangganya menunjukkan tempat kerja ku pada ahli keluarga. "cantik ye, sekolah ni" puji anyah..alhamdulillah, syukur pada Allah dan itulah berkat usaha warga SMKG semuanya.
8 -11 Nov~ drive sendiri ke sana, memandangkan tak jauh sangat..walaupun dah 4-5kali gak la drive dlm penang ni tapi blur tetap ada...drive tanpa GPS di penang, agak mencabar keupayaan diri...walaupun tersasar agak jauh daripada sasaran (hampir2 ke batu ferringhi patutnya tanjung bungah je) , dengan izin Allah SWT sampai juga ke hotel...alhamdulillah..sekali, i org pertama da...aik!!! mana yang lain..pensyarah2 IAB pun tak sampai lagi ni...cuak gak la..kalau ikutkan surat panggilan, mula mendaftar pukul 3pm...masa pun dah menunjukkan 4.30pm masa tu....ke, nama ini digugurkan drpd kursus, memandangkan surat jawapan tidak di fax ke IAB...puas hati ini berteka-teki..pabila senja makin melabuhkan tirainya..."kring!!! kring!!" telefon di bilik berdering...aik! sape plak yang call ni?..gagang di angkat.."puan, pihak penganjur bagitau bengkel malam ni batal ye..esok pagi baru mula" kata suara di hujung talian.."oh! ye ke? terima kasih" balas diri ini.."emm..makan malam ada disediakan ye" sambung diri ini lagi.."ada puan, di tingkat 7" balasnya semula..fuh! lega..buatnya esok pagi baru disediakan makan tuk peserta bengkel, naya babe! nak kena pi cari makan sendiri...dah la tak tau sangat jalan kat penang ni, malam lak tu...member sebilik pun belum sampai lagi...aiseh!!! disebabkan lapar, makanya turun gak la pi makan...sunyi je restoran tu, makanya kerisauan kembali menebal...betul ke ada bengkel ni? mana yang lain? takkan la aku sorang je kot? berteka-teki lagi hati ini...makan sorang2...member sebilik sampai jua akhirnya (hampir pukul 10pm kalau tak silap) ...esok paginya bengkel pun bermula..

Fasa 1 di IAB, Utara

sibuk meng 'edit penulisan projek..sape tak siap, takleh balik..hehehe 
dah bilik pun ngadap laut, makanya petang tu saje2 turun ambil angin di tepi pantai...nyamannnnn!!! masyaAllah, tenang sungguh hanya dengan memandang laut ciptaan Allah SWT..

11 Nov ~ terjumpa ngan kak Ctah kat 'Nasi Ayam Tat' petang tu..kata kak Ctah dah bleh semak kat web sama ada dapat pindah atau tak? wah!!! berdebar-debar seh! tapi masih berlagak cool lagi...malam tu on laptop, terus ke laman web e-guru tukar...lepas 'log in' sekali klik butang semak..."Tahniah, sila tunggu surat bla..bla..bla" what!!! dapat!!! Allahuakhbar..Kau makbulkan permintaanku, Ya Allah..syukur, segala puji bagi Allah..terima kasih Ya Allah...

12 Nov ~ baru balik petang kelmarinnya alih2 besoknya dah ke penang lagi...tapi kali ni hantar mak ke airport..mak balik ke sarawak bertemu buah hatinya.. ;)
13 Nov ~ jejak je kaki ke pejabat..."tahniah!! wada" ucap Ust Li.."sama2" balasku sambil tersenyum..senyuman yg blur sebenarnya...tahniah tuk apa ye? diaorg dah tau ke? alahai, ingatkan nak diamkan dulu (bermonolog hati ini di saat itu)..lepas daripada tu, bertubi-tubi soalan dan ucapan buat ku..."wada dapat tak?".."tahniah!! wada?"..."sekolah mana?".."dah boleh berkemas la ye"...apa-apa pun, memo bertukar masih belum sampai hingga ke hari ini...agak berdebak-debuk la jugak hati ini..anything can happen, right? moga Allah permudahkan segala urusan perpindahan ini, amin...

bukannya tak sedih meninggalkan tempat keje sekarang..dan bukannya kerana tak sayang pada bebudak di kampung gulau..tapi keadaan memaksa diri ini memohon untuk berpindah..tak tau la plak keadaan di tempat keje baru nanti macam mana..cabaran tetap ada di mana-mana, kan? moga Allah memudahkan segalanya..

14-17 Nov ~ bekerja cam biasa plus ngemas barang2..ngemas fail2 panitia dan menyiapkan sisa kerja..

18 Nov ~ mulanya percutian "Happy Holiday" ...cuti2 gak, bagi yang bertugas jangan lupa bertugas ye..30hb ni baru i bertugas...so, sekarang ni berehat sakan...weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~~~











Wednesday, November 23, 2011

Hati-hati dengan HATI



Hati-hati dengan cinta sebelum kahwin.
Mula-mula  awak-saya,
Kemuncaknya abang-ayang /
nama sendiri)

Ia bukan sekadar panggilan di
bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair
macam jus koktil,
kemudian turun lagi bawah
memanggil manggil.

Sekarang zaman sudah moden.
Iblis juga sudah moden. Syaitan
sudah tak guna perangkap keluar
dating atau pegang tangan,

Tapi guna perangkap FB dan
balas mesej / calling-calling
dengan handset yang skrin luar
tulisan Allah tapi dalam
'masyaAllah'.

Mungkin alasannya “saya kejut
dia subuh saja”. Atau
“saya selalu bagi nasihat agama
pada kawan saya”.

Alasannya, mesej Islamic,
FB Islamic,
Handset Islamic,
Skype Islamic,

Alasan lagi, “sebelum mesej saya
siap bagi salam dengan lafaz
penuh, ASSALAMUALAIKUM lagi”.

Heheh, apa nak hairan, syaitan
pernah direct bicara dengan
Tuhan. Jadi jangan bangga dan
rasa selamat dengan topeng
islamik tapi penuh polemik.
waktu cakap, sebut ukhuwwah
islamiah, waktu mesej tulis 'muah
muah'.

waktu cakap , "apa yang boleh
saya bantu?", waktu mesej, I love u.

jangan ingat iman dah power,
sebab iblis lagi senior.
Iblis tak pilih bulu nak
menangguk,
Orang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.

JADI, 

HATI-HATI DENGAN HATI,
HATI-HATI DENGAN PERTUNANGAN, 

HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM KAHWIN.




>>nukilan telah diubahsuai sedikit daripada sumber yang asal agar dapat dijadikan RENUNGAN buat diri ini dan kalian semua<<


sumber: mukabuku ber"couple" itu haram

Tuesday, November 15, 2011

Islamic Banking



di suatu petang yang hening, di Maybank...
" cik, bank ni ada sediakan pinjaman secara islam tak? sy nak tukar plan pembayaran la"..."ada, bagi sy no pendaftaran kereta" ketak ketik ketuk, cik tersebut menekan keyboardnya.."memang dah guna plan islam pun" kata cik tersebut..ekekekeek (moral of the story; semak dahulu plan pembayaran sedia ada)


 insiden ni terjadi last week...sejak mendengar dan membaca berkenaan perihal riba seperti yang selalu diutarakan oleh Ust Zaharuddin..makanya timbullah kesedaran untuk menukar semua yang berkaitan dengan bank kepada sistem perbankkan Islam..


Surah Al Baqarah : 278

Ertinya :
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."


kalau nak tau lebih lanjut berkenaan RIBA boleh la merujuk laman web ust. zaharuddin.net
jom pakat2 tukar daripada yang konvensional kepada islamic banking...moga kita semua dijauhkan Allah daripada riba, amin.


wallahu a'lam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...