Friday, January 18, 2013

PERKONGSIAN: Daripada SKII kepada TABITA

Bismillahirrahmanirrahim
~assalamualaikum~

Saya berperang dengan kulit wajah dah berbelas tahun lamanya.  Produk yang digunakan pun daripada pelbagai rangkaian.  5 tahun kebelakangan ni, saya setia dengan SKII aqua physic. Memandangkan kulit wajah saya jenis yang berminyak makanya saya disarankan untuk memakai produk yang berasaskan air.  


Bedak plak, saya memilih yang jenis mineral (RONASUTRA) juga bagi menentang minyak.  Ya! Kulit wajah saya lebih baik daripada 5 tahun sebelumnya, alhamdulillah.

Walaupu saya dah memilih rangkaian produk yang terbaik, tetapi kulit wajah saya masih KUSAM dan BERJERAWAT. Saya takut untuk mencuba produk2 yang lain, takut kulit wajah menjadi lebih teruk daripada sebelumnya. Saya terima kulit wajah seadanya.

2 bulan sebelum tibanya ramadan, di tempat kerja saya meletup-letup dengan produk TABITA. 3-5 orang yang beralih kepada TABITA. Saya masih ragu2. Kulit saya bukan sahaja jenis yang berminyak tetapi juga sensitif. Hati teringin sangat nak mencuba tetapi akal logi saya menghalang. Saya membuat sedikit kajian di dalam talian. Ramai yang telah memakai produk TABITA ni rupanya. Pelbagai testimoni yang ada. Ada yang ok dan ada juga yang mengelupas selama berminggu-minggu. Lagi la takut jadinya. Puas saya membelek-belek ramuan yang digunakan, tidak pula ditulis nama bahan kimia yang saintifik hanya bahan2 semulajadi sahaja. Saya memikirkan kemungkinan ramuan yang berbahaya disembunyikan. Akal logik saya, masih menghalang tetapi hati sudah mula goyah.


Salah seoarang kawan saya yang mempunyai kulit yang hampir sama dengan saya, telah mula mencuba TABITA. Setelah 2 minggu, kulit beliau telah menampakkan kesan yang positif. Tiada pengelupasan yang teruk dan tidak juga merah. 

Melihat kepada perubahan yang positif itu, akal logik kalah kepada hati. Saya terus memesan satu set. Saya mula memakai pada bulan September.  

Pada bulan pertama, kita perlu berpantang daripada memakai sebarang bedak. Mana la biasa keluar rumah tanpa memakai sebarang bedak kan? Rasa nak sorok je muka, dah la kulit wajah memang teruk masa tu kan? Saya kuatkan juga hati, habiskan pantang selama sebulan. Hari demi hari, saya mula nampak perubahan yang positif. Saya hanya mengalami kesan2 sampingan yang sedikit. Tiada sebarang pengelupasan. Setelah sebulan menggunakannya, MasyaAllah! hebat sungguh perubahannya.


Walaupun dah habis waktu berpantang, saya masih tidak memakai bedak (jimat hihi..) 
Terima kasih Allah! Terima Kasih Kawan2! Terima Kasih TABITA!

TIPS PEMAKAIAN TABITA:
  • Pakai sikit2 je Day Cream & Night Cream
  • Toner pakai 1-3 titik je semasa muka masih basah
  • Siang : Pencuci Muka, Toner & Day Cream pakai sekali sahaja di waktu pagi * tak perlu pakai semula walaupun selepas basuh muka / mengambil wuduk (muka Disember: waktu petang tanpa bedak dan tidak memakai apa2 selepas basuh muka)
  • Malam: Pencuci Muka. Toner & Night Cream *pakai sebelum tidur
p/s: setiap orang mempunyai kulit wajah yang berbeza dan hasilnya juga mungkin berbeza. 



7 comments:

anisfariheen said...

betul ke tiada pengelupsan? sy pn xde pengelupsn, agk risau.huhu

WADA said...

bagus la kalau tak mengelupas. kenapa nak risau? kulit sy tak mengelupas cuma rasa pedih sikit2 je masa letak toner..tu pun dlm seminggu lebih je kot..lepas tu ok..dah berapa lama aaaanisfisnis pakai?

linda said...

Salam, sori ya mencelah.. Saya ada menjual tabita set exclusive original yg berharga rm350, setiap pembelian akan diberikan hadiah percuma berupa seutas jam tangan diamond (bling-bling) gitu, sesiapa yg berminat blh pm sy di 0148382430

Anonymous said...

saya menggelupas teruk. tp sy ubah cara pemakaian saya. saya terpaksa reduce kuantiti. then sy pakai selang sehari.terpaksa bt cmtu. tp sy x nafikan,perubahan tu tetap better than before. betullah...depend pada kulit masing2. sy mmg x kluar rmh,x nak jumpe org for the first 3 weeks. kulit sy peeling n merah mcm udang kene bakar.. huhuhu #beauty is pain

DYL said...
This comment has been removed by the author.
DYL said...

salam sis.. nk tnya.. msih mgunakan tabita ke?

WADA said...

yup! saya masih menggunakan TABITA...saya pernah berhenti 2 minggu kot, masa heboh kata ada bahan kimia terlarang. Setelah dikaji & diselidik alhamdulillah set yang saya gunakan adalah yang origanal. Mujur tak buang..hehe..itu la kan, kesan TABITA ni ikut kulit masing2...tapi pun paling lama kesannya pun sebulan kot..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...