BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum / salam sejahtera~
Pertandingan ni lebih kurang macam dalam siaran tv tu, BIGGEST LOSER...hehehe
"Wada! join pertandingan camni? Biar betul? Wada, awak tu bukannya besar sangat pun." hahahaha...Ye, betul saya tak besar sangat pun tapi saya ada sebab tersendiri kenapa saya sertai pertandingan ni, LOSE TO WIN.
Lepas ni saya ceritakan kenapa saya sertai pertandingan ni ye. Sekarang saya nak bagitau, bahawasanya pertandingan ni adalah anjuran HERBALIFE. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan tempat PERTAMA RM1000, KEDUA RM500 dan tempat KETIGA RM250.
Alkisahnya menyertai pertandingan ini adalah bukan disengajakan sebenarnya. Kebetulan saya sedang mencari PROTEIN SHAKE untuk menggantikan salah satu hidangan dalam makanan harian saya (tak kira la jenama apa pun). Sebab utamanya nak jaga PEMAKANAN. Saya selalu makan NASI dan saya tahu NASI mengandungi KARBOHIDRAT yang tinggi dan penyebab utama kepada masalah KENCING MANIS dan sudah tentunya faktor utama kepada masalah KEGEMUKAN. Apabila UMUR makin meningkat, METABOLISME makin rendah dan menyebabkan cepat GEMUK. Para doktor juga menyarankan kita mengambil lebih protein dalam diet harian (klik sini).
(Rancangan Dr. Oz Show)
(Rancangan The Doctors~ maaf gambar tebalik tak boleh nak rotate plak..hihi)
Berbalik kepada kisah mencari PROTEIN SHAKE tadi, saya sedang pertimbangkan antara produk AMWAY dan HERBALIFE. Kawan2 ada yang amik AMWAY dan ada yang amik HERBALIFE, abah amik HERBALIFE. Melalui cerita kawan2, HERBALIFE ni ada menawarkan Analisis Kesihatan dan kita boleh tahu UMUR BIOLOGI kita . Bahagian ni yang paling menarik. Sejak tengok dalam rancangan BIGGEST LOSER yang kita boleh ukur UMUR BIOLOGI kita, saya teringin sangan nak tahu UMUR BIOLOGI saya. Menurut rancangan tv tersebut, UMUR BIOLOGI menunjukkan umur badan kita. Jika UMUR BIOLOGI melebihi UMUR SEBENAR, maka itulah penyebabnya kita selalunya letih dan lemah kerana BADAN kita lebih TUA daripada kita. Kita boleh mengurangkan UMUR BIOLOGI kita tu mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT. Dan sebab inilah saya memilih PROTEIN SHAKE HERBALIFE.
Saya mengajak mak temankan ke KELAB NUTRISI. Cik Alice Eng, memberi penerangan yang lengkap dan hasil analisis menunjukkan UMUR BIOLOGI saya lebih 11 tahun daripada UMUR SEBENAR, patut la pun..hihihi. Dan saya perlu kurangkan 9kg untuk mendapatkan berat badan ideal. Cik Alice Eng mempelawa saya menyertai Pertandingan LOSE TO WIN, memandangkan saya layak menyertainya. Tiada yuran penyertaan, hanya beli produk untuk sebulan (3 Protein Shake, 1 TEA MIX RM699). Pendaftaran telah bermula 3 hari yang lalu, dan katanya saya masih belum terlambat. Macam menarik. Fikir punya fikir saya SETUJU. Makanya Cik Alice Eng dengan rasminya menjadi JURULATIH saya. Wah! siap ada JURULATIH lagi. Seronok nih.
Maka, segalanya pun bermula. Pertandingan berakhir pada 14 Januari 2013. Hasilnya saya HILANG 5.1kg. Ya! Saya tak menang dalam pertandingan tu (pesaing hebat2 belaka), tapi saya menang sesuatu yang lebih berharga daripada itu, saya tahu bagaimana untuk MENIKMATI GAYA HIDUP SIHAT. Nanti saya kongsikan bagaimana Jurulatih Alice Eng membantu saya dalam menghadapi CABARAN ini.
Terima Kasih ALLAH
Terima Kasih Jurulatih ALICE ENG
Terima Kasih HERBALIFE
p/s: betul2 terasa seperti dalam rancangan BIGGEST LOSER siap ada JURULATIH peribadi lagi...hehehe
No comments:
Post a Comment