Thursday, July 30, 2009

networking

dunia tanpa sempadan...

yg jauh terasa dekat...yg dekat terasa mesra..
yg terpisah bertemu kembali...
yg terkini membina silaturrahim...

Saturday, July 25, 2009

ntah la

pengalaman mematangkan..
tapi kekadang kita kalah dengan emosi..

pabila emosi menguasai diri...
kita hanya mampu berdoa moga hati lebih tabah...

Monday, July 20, 2009

alahai BUMPER

amoi : ala sikit aje kena ma...
aku : (belek2 bumper)
amoi : sori la tadi i x terbreak ma...kira settle la
aku : mn bleh settle cam2 je...kalo repair ni seratus lebih gak
amoi : kereta sy pun kena jg ma...sm2 kena punya
aku :(dlm hati -eh2 amoi ni..mnyk cantik)...u nak settle camne ni...ade calar pastu ni ade crack ni...
amoi: xkan sy kasi itu mcm...td sikit sj langgar...x mungkin itu bumper pecah...
aku : dah tentu la u..kete i ni x prnh kena langgar lagi tau..
amoi : (start gelabah tepon bf dia)
aku : (dah start hangin coz dia mati2 kata bkn sbb dia)
mamat cina nyibuk : sikit sj ma..mn bleh jd itu mcm...
aku : u mn tau kuat ka slow ka dia langgar..u xde kat dlm keta td (bikin panas tul mamat ni)
amoi : (senyap je..xnak ckp dah)
aku : so cmn ni...i ade appointment ni
amoi : kena tunggu bf i la...nanti dia dtg..ini kereta dia
parking attendent : cik xleh contact sape2 ke...husband ke
aku : (dlm hati-mn aku ade husband...bf jauh skali...ish...pakcik sebelah umah pun xde...nak tepon sape ni..aku pun xtau nak buat cmne ni...tolonggggg...ha..tepon adik ipar aku..minta tips)
parking attendent : xleh bg lepas diaorg ni (ckp slow2 xnak kasi chinese tu dengo)
mamat cina nyibuk : u contact sapa...ur husband ka..
aku : dia xde la outstation (hehehehe)
mamat cina nyibuk : abis sapa mau tolong u sini
aku : sendiri tolong la (dlm hati-nyibuk tul cina ni)

dah tunggu hampir setengah jam..aku dah xleh tunggu...tension tul...semua org tgk...supervisor parking pun turun...dia cadangkan aku buat report polis je...
adik ipar aku kata amik detail amoi ni n p buat report...masalahnye..amoi ni xnak kasik...aku pun amik pic no plate kete dia...

mamat cina nyibuk : apa pasat u amik itu gambar
aku : entah..husband i polis..dia suruh amik (hahahhaha...tipu lagik)

akhirnya kami settle luar balai...mmg betul2 luar balai..kebetulan sesama sampai (aku tersilap balai tu yg lambat...hihi)...polis trafik tu bg la semua kemungkinan kalo buat report..salah seorg yg cuai akan disaman rm300...dia xnak dan bf berjanji nak tanggung semua cost repair...alhamdulillah...bumper kete ku kembali cun....amin

//nape org asyik kecoh je...srh tepon mn2 kwn lelaki dtg tolong...salah ke kalo xde

Saturday, July 18, 2009

renungan

The key to succeeding in marriage is not to find the right person;
learning to love the person you found...

Friday, July 17, 2009

Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang
jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right
dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa
yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta
mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org
yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun
mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal
seperti itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si
penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan
memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua
benda, pastiada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan
oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak
terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabilaanda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya
jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal
dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin
dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2,
carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai
yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari
ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan
itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Thursday, July 16, 2009

TUGAS ku di sekolah

ramai yg tertanya2 apa tugas cikgu kat skolah..ape yg susah sgt...kerje pun sekerat hari je...ni la antara tugas2 utama aku kat sekolah selain daripada mengajo...

masa ngajo 28 23 waktu seminggu 2 kelas chemistry; 2 kelas science form 2;
2 kelas PJ (mkn pun laju je dah bleh slow ...)
KP chemistry (kena penuhkan fail yg x pernah wujud sblm ni)
penyelaras tingkatan 4 (terlibat ngan orientasi... susun atur pelajar...uruskan pendaftaran dan rayuan)
guru kelas tingkatan 4 (dari A-Z) berjaya digugurkan; rayuan diterima
setiausaha peperiksaan dalaman tingkatan 4 & 5 (susun jadual peksa, buat analisis, ++++)
guru ICT (terlibat ngan program ICT) setakat ni xde tugas pun
guru buletin & majalah (kena buat buletin tuk bulan brape ntah....majalah kena bahagian layout) x buat ape2 lagi; mampuih
guru rumah sukan (juruletih wacko.gif ) sukan dah lama berakhir
guru penasihat badminton (dari aku yg setakat tau ketok2 je) xpernah ade latihan pun

*dan lain2 jawatankuasa program (sy yg menurut perintah) tgh bz ngan Majlis Anugerah Cemerlang

Tuesday, July 14, 2009

JAN09

Sedang mengagihkan pelajar2 tingkatan 4 mengikut aliran yg sesuai dengan keputusan PMR masing2 awal tahun aritu...salah satu tugas sebagai PENYELIA TINGKATAN 4...giler pening...calon seramai 169...

Monday, July 13, 2009

relationship between taste and smell test


me: can u name the fruit???...
student: oren...
the whole class: hahahahah...buah epal la..tu pun xtau....hahahaha

// the student need to pinch thier nose while taste the fruit..of course la cannot tell the correct fruit... smile.gif

kimchi

kimchi<<< try click
ade yg mendakwa..amalan memakan kimchi bleh kuruskan badan... mmg logik..coz sayur2an contains a lot of fibre and for sure no fat...
*belum cuba buat lagi...coz takut x jadi

MAKAN TIME

Makan mmg best...kalo time bz kita selalunye akan ambil jln mudah dengan membeli nasi bungkus @ fast food which is not good for our health...bagi yg bekerja nak menyediakan dinner tu yg problem..x kira la yg dah berkahwin or single cam I...i prefer to cook my meal..just keep it as simple as i can if i'm too tired or not have much time to prepare a real meal...asalkan perut kenyang..dah la kan...hehe..these some of simple meal that i prepare less than 30 minutes and sometimes it just took only 15 minutes...

mee hailam
sambal tumis udang
fussion dalca + roti
rabbit burger

Friday, July 10, 2009

PPSMI

akhirnya...isu PPSMI berakhir juga....pd 2012...4thn lagi...lama gak tuh...kalo dikira dari 2003 makanya 10thn perlaksanaan...fuuh..

sebagai org yg terlibat secara langsung, ni yg dpt disimpulkan daripada pemerhatian dan pengalaman:

positif
-vocab aku dah bertambah, speaking pun dah boleh (walaupun x berapa nak betul) dan yg penting, lebih yakin.
-tgk movie kalo xde subtitle BM...boleh gak la phm skrg ni...hehehe
-student yg kelas depan pun penguasaan BI diaorg dah makin baik...boleh paham apa yg diajar (kadang2 aku saje ajar fully in English)...
-student yg kelas belakang2 dah boleh sebut 'please teacher may i go out' dengan lancarnye....hehe (ni pun dah kira hebat tuk diaorg)

negatif
-bebudak yang sedia x minat science walaupun diajar dalam BM lebih2 la x minat...
-penat bila kena cakap 2X masa ngajo...in English 1st..pastu nak kena translate lak dalam BM...masa bnyk terbuang...
-sayangnya...keputusan baik yg diaorg dpt masa PMR misalnya, tidak la seperti yg tertera dalam slip...yes..ramai yg dpt 'A';'B' tuk science & maths...tapi
hakikatnya kurang berkualiti...yg basic pun diaorg xtau...tu la masalahnya bila gred ditentukan mengikut majoriti pencapaian...

apa jua keputusannya...sebagai pendidik...aku akan cuba sedaya upaya tuk meningkatkan minat bebudak dalam science.... pardon.gif

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...