Wednesday, November 14, 2012

Bulan Muharram

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). ILMUWAN terkenal Safiyurrahman al-Mubarakfuri menjelaskan dalam karyanya al-Rahiq al-Makhtum yang mendapat pengiktirafan di dunia Islam, bahawa fakta hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bermula pada tanggal malam 28 Safar, tahun ke-14 kerasulan baginda.


Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaanMakkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Doa Akhir Tahun:
dibaca selepas solat Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Hendaklah dibaca sebanyak tujuh kali atau tiga kali atau paling kurang sekali. Jika dibaca tujuh kali akan diampunkan Allah SWT akan dosa2nya.

Doa Awal Tahun:
dibaca selepas solat Maghrib. Doa memohon kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan menempuh tahun baru.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit

Amalan2 sunat pada bulan Muharram


1. Pada 1hb - 9hb berpuasa sunat
2. 10hb sunat puasa hari Asyura dan
  • Menyapu kepala anak yatim
  • Bersedekah kepada fakir miskin
  • Bercelak mata pada waktu malam
  • Memperbanyakkan bacaan berikut (sekurang-kurangnya 70kali)
"Hasbunallahhu wani’mal wakil, ni’mal maula wani’man nasiir"
Maksudnya: ” Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat ku serahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong.”


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...