"Kamu tak tau ke, yang tu semua simptom2 KENCING MANIS?" tanya Puan Doktor..."Tak tau" jawab ku ringkas...dalam kepala ni ligat berfikir, ah! sudah..adakah kerana tabiat ku yang suka minum, minuman 3 in 1 mengundang masalah ni plak? dah la sekarang ni masih berperang dengan kolestrol...hampir sebulan yang lepas disahkan mempunyai tahap kolestrol tinggi (klik sini)...tak kan, kena kencing manis plak...tengah sibuk melayan fikran, "Kita buat ujian kencing manis ye..tengok kandungan gula dalam darah" cadang Puan Doktor...diri ini hanya mampu mengangguk je...rasanya kalau ditoreh muka ni, tak de darah pun...Puan Doktor, mengambil peralatannya, beliau juga seperti resah dengan diagnosnya sendiri...dengan lafaz bismillah, jarum halus ditembak ke jari hantuku...
Puan Doktor memasukkan setitis darah ke dalam alat ujian kencing manis...berkali-kali beliau membaca basmallah...seolah-olahnya kami sama-sama berdoa tatkala menunggu keputusan ujian muncul di skrin.."Ya Allah, aku serahkan segalanya pada Mu..tiada daya dan upaya diri ini untuk menahannya" ucap kata hati ini..diri ini redha..seketika kemudian...satu angka perpuluhan telah muncul di skrin...jelas tertera 4.6 mmol/l..kami sama-sama mengucapkan alhamdulillah kemudiannya...senyum terukir di wajah masing-masing..syukur pada Allah..fuh! suspen sungguh...Puan Doktor pun menyarankan ujian-ujian yang lain bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi...
p/s: ada berita gembira..bacaan kolestrol saya yang teramatlah tinggi itu telah menurun kepada 6.4..syukur alhamdulillah...terima kasih Allah..
No comments:
Post a Comment