Wednesday, October 9, 2013

Bukan Lagi Rahsia ~SIRI 1: Hadiah di bulan ZULHIJJAH ~

Mengikut perancangannya, nak mengerjakan UMRAH bersama mak tahun ini. Dah mendaftar, dah bayar wang pendahuluan pun. Tapi pun perancangan Allah itu adalah yang terbaik, hasrat untuk mengerjakan UMRAH terpaksa kami tunda atas beberapa sebab. Dan sebab yang paling utamanya, adalah syarat baru yang dikenakan iaitu perempuan bawah 40 tahun tidak boleh mengerjakan UMRAH/ HAJI tanpa mahram. Dah tak boleh tumpang-tumpang mahram dah.  Sebab kedua, adik bongsu nak berkahwin pada bulan yang dijangkakan kami membuat umrah. Sedihnya hati bukan kepalang di saat itu, hanya doa menjadi penguat hati. "Moga kesedihan ini Allah gantikan dengan yang lebih baik". Berkali-kali ayat ini diulang di dalam hati. Memujuk hati supaya sentiasa bersangkabaik dengan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Siapa sangka Allah gantikan segala kesedihan itu dengan ketenangan dan Allah menghadiahkan sesuatu yang tidak dijangka buat hambanya yang hina ini. Hadiah yang cukup bermakna buat diri ini. Hadiah yang menjadi rahsia Allah selama ini. Hadiah di bulan Zulhijjah 1434H.

"Ya Allah, aku berterima kasih dan bersyukur atas segala nikmat yang telah kau anugerahkan buat diri ku".

"Kau bimbinglah aku, moga aku tidak terlalai dari mengingatiMu".

"Jemputlah kami sekeluarga ke Tanah Suci, Ya Allah". Amin.

p/s: Jom kumpulkan TEKAD, AZAM & DUIT untuk UMRAH & HAJI.

Jom Like---> WIZSHOP

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...