Saturday, January 29, 2011

ASTECH after 15years

18 Januari 2011, berkesempatan ke ASTECH (my old school) bertemu dengan kawan lama (kak ila@ fazilah-ex-astech yg kembali ke astech sebagai seorang cikgu), cikgu2 yg masih berkhidmat di sana, melawat kawasan sekitar sekolah & asrama...tiada yang lebih indah selain daripada MEMORI...
Simpang Kuala...simpang ini pernah menyaksikan diri ini mengheret beg balik kampung dengan troli lipat dan menunggu bas ke Kuala Kedah..1995 parent kat Langkawi..

Inilah sekolah terakhir bagi diri ini, ASTECH : Sekolah Menengah Teknik Alor Setar @ Sekolah Menengah Takdak Air Selalu -SMTAS-..hehehe, coz masa tu masalah air memang kritikal kat sekolah ni..

dulu yang ini pemandangan pintu ke-2, sekarang dah jadi Pintu Utama..
dulu padang rumput, kelab kejuruteraan mekanikal 1996 (kalau tak silap) ada buat miniature Pencawang...sekarang dah jadi dataran, tapak perhimpunan harian..

yang ni plak, sudut parent/ penjaga menunggu>>abah & mak pernah duduk kat sini, time tu abah sakit, suspek jantung..so sad at that time..but alhamdulillah, IJN mengesahkan yang jantung abah sihat...Alang sekeluarga pun pernah menunggu di sini, nak amik diri ini balik kampung, time ni abah dah transfer ke Johor..mula belajar hidup beratus-ratus kilometer jauh daripada keluarga...family Alang di Bukit Kayu Hitam, pengganti family..
warung ni masih ada lagi..
makmal ni, menjadi saksi bahawa diri ini betul2 meminati Kimia..kalau tak silap meja depan di sebelah tingkap tu, was my place..(minat tapi tak score pun..ahaks)

yang ni Bilik Lukisan Kejuruteraan...sibuk la mengepit T-square & Board..berat seh..
it was a nightmare, back then...tapi berguna gak ilmu ni time kursus software Solid Age pada tahun 2008-design F1 Car..
taman mini>>kalau tak silap taman ni salah satu projek Kelab Kejuruteraan Awam 95/96..tugas kami menyusun bata-bata lantai tu..menyambung kerja-kerja senior..

petang-petang, study kat pondok ni memang best...dengan angin sepoi-sepoi bahasa..

yang tu, tapak reban ayam bebudak AGRI 95/96..dan tapak pertanian..dah jadi kesan sejarah...
tapak semaian yang baru...di sebelah ASPURA
inilah dia ASPURI yang menjadi kediaman rasmi bagi diri ini selama 2 tahun

blok tambahan ASPURI..1996 tengah dalam pembinaan
telefon yang paling popular...menjadi penghubung di kala kerinduan..homesick..

masih ingat dengan KERUSI GERGASI ni kawan2...setiap tahun, bertambah besar kerusi ni..antara projek bebudak kejuruteraan..ada di tambahan atap nampaknya...KERUSI ini juga akan jadi sejarah...kata kak ila akan dirobohkan..ye la kan, dah mencacatkan pemandangan..

my dorm 1995-kamar 5; kononnya kamar berhantu..dakwaan salah seoarang kawan, katil ku bergerak tatkala diri ini sedang lena diulit intan..sejauh mana kebenarannya..wallau'alam...cuba korang perhatikan locker tu, dah kurus tinggi kan...time kita dulu lebar, tu ada yg bleh sembunyi dalam locker time tak pi 'prep'... :D hahaha
my room in 1996..memuatkan 6 orang semuanya; kakak form6(lupa nama), pidah, imah, faeizah, nurul and me..sekarang dah jadi bilik study..
dulu surau ASPURI, sekarang dah jadi bilik study gak...so, diaorg dah takyah study kat kelas..selesa kan?? bertuah diaorg ni..tapi pengalaman study kat kelas ngan serangga kecik tu, best gak pe..hehe
yang ni surau ASTECH yang baru...besar bangat..takde la terawih kat dewan lagi..
Bilik pengawas @ bilik sakit, tempat masak air time nak makan maggi/ nak buat teh, suatu masa dulu...sekarang dah jadi bilik study gak- mengikut penerangan Warden Aspuri (kawan kita, kak ila)
bilik ni, tempat di'bancuh' masa form 4 oleh senior..bilik iron & pernah jadi bilik tv sekejap..
bilik air yang sesak time pagi..
bilik basuh
1996 kita main tuju tin kat kawasan ni...nak lepaskan tension..serabut ngan SPM la kononnya..huhu~
yang ni plak laluan utama nak ke Dewan Makan Asrama yg dulunya merangkap Kantin Sekolah..sekarang kantin dah asing...kalau dulu, kat paip2 tu banyak katak bila malam..terutamanya musim hujan...beberapa ekor katak pernah menjadi mangsa pijakan..cahaya samar2 kat situ, tu yang terpijak..wekk, terasa kenyal je...

kawan2 ASTECH, masihkah kalian ingat akan wajah2 ini?...Uji daya ingatan anda...sila namakan cikgu2 kita ni..
AB
C
D
E
F
G
H

2 comments:

FATHIYAH MORAD said...

wada,betapa rindunya aku kt skolah ni..cikgunya tetap aku ingat..yg ajaq kita la..cikgu saarin dogi skit x brubah..

WADA said...

emm..masa bagaikan terhenti kat sekolah tu..kebanyakan cikgu2nya tak berubah...not aging gitu...moga semuanya dirahmati Allah sentiasa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...