Saturday, January 1, 2011

~sharing is caring~

semua pun setuju kan...

*******

coretan dimulakan dengan, Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

dalam dunia maklumat hanya di hujung jari, banyak info yang dapat dikongsikan bersama...google je semua pun ada...info yang baik mahupun tidak..tepuk dada tanya iman...

diri ini juga memang sejak daripada dulu lagi suka sangat berkongsi dengan kawan2...tak kira apa saja ilmu..kadang2 tanpa dipinta, diri ini akan menunjukkan cara penyelesaiannya...tapi tak semua orang boleh menerima sikap ini...ramai yang berpendapat yang diri ini hanya ingin menunjuk pandai...pernah jugak terdengar "ingat dia sorang je yang terer"..Allahu Akhbar..langsung tak terniat camtu...well, maybe tu semua ketika masih bergelar seorang pelajar..semua pun belum matang..

jika difikirkan, agak logik...kadang2 orang tak suka bila kita share sesuatu, coz terasa seperti ditunjuk ajar..ye la kan, masing2 pun ada maruah diri (ego) masing2...ada satu insiden ni.."kak, ni ada doa yang kita boleh baca kalo nak elakkan daripada cepat lupa..saya jumpa dlm majalah solusi" sambil menunjukkan kepadanya...dengan muka yang selamba "alah, doa lain pun ada jugak"...tarik nafas dan senyum je la...itu lah jadinya, kalo asyik teruja nak share info...tapi kan...payah tau nak menahan diri ini daripada nak share info ngan kwn2...

sorang kwn pernah bentangkan berkenaan SINERGOGI dalam kursus LDP di sekolah...kalo tak silap la..."kita tak perlu terlalu menunjukkan sangat apa yang kita tahu di tempat kerja, kerana mungkin kita akan menjadi ancaman buat yang lain"..hmmm..mungkin ada betulnya jugak...rakan sekerja akan berasa kurang selesa andai kita ni terlalu lain caranya daripada yang lain...bak kata pepatah 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum'...tapi ada yang kata 'kita perlu berani laksana seekor kucing berada dalam kalangan sekawan anjing' andainya cara kita tu adalah yang sebaiknya...

too much sharing the ideas can cause problem...not sharing also make me suffer..hehe..perasaan ni rasa cam menggigit-gigit je nak share jugak apa yang diketahui...

moga Allah menetapkan hati ini, segala yang dilakukan hanyalah untuk Mu..amin

wallahu'alam

>>see..i'm 'sharring' right now!!! can't stop the habit..huhu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...