Saturday, January 29, 2011

CITA-CITA SAYA

Rasanya kita semua pernah mengarang tajuk ni dalam kelas Bahasa Malaysia kan?..Izinkan diri ini memulakan coretan dengan Bismillahirrahmanirrahim…

Masa darjah 1, masih segar diingatan yang tersemat di dalam hati ketika itu adalah diri ini teringin nak menjadi seorang ‘Polis’…terpengaruh daripada abah, sebab abah seorang anggota polis…nampak smart je bila pakai uniform..tapi akhirnya cita-cita itu lebur begitu saja dek kerana satu kemalangan… kata abah kalau nak jadi polis, badan kena fit, tangan kena lurus sebab masa nak menembak mesti ‘aim’ tepat pada sasarannya…akibat daripada kemalangan itu tangan kanan ku tidak lagi lurus....nak tau apa yang terjadi??? Hehehe..’jatuh buai’ –budak nakal memang begitu…huhu


Masa darjah 2 pulak, diri ini minat melukis rekaan-rekaan pakaian..siap ada pertandingan kecil-kecilan anjuran kawan-kawan dalam kelas..ala macam ‘Run Away Show’ tu cumanya kami takde la sampai menjahit pakaian tu, just drawing je..mengikut tema yang diberikan oleh juri…ingat kembali kenangan ni, membuatkan diri ini tersenyum sendiri..kelakar la kitaorang ni tapi kreatif jugak la kan..sape la punya idea nak buat contest tu ek..such a brilliant girl..hadiah-hadiahnya di beli daripada koperasi sekolah (pensel, pemadam, sharperner, dll)..best la time tu..aktiviti ni kitaorang anjurkan time cikgu ada meeting..subjek yang paling diminati time ni, lukisan!!!! Boleh mengadap lukisan tu berjam-jam lamanya..sehari suntuk pun takpe…cita-cita masa ni nak jadi ‘Fesyen Designer’..tapi terbantut..sebabnya ustazah kata, selagi orang memakai hasil rekaan kita iaitu pakaian-pakaian yang mendedahkan aurat, kita sebagai fesyen designernya akan menanggung dosa tersebut selagi orang memakai fesyen tu, walaupun kita dah meninggal dunia…at that time, mana ada Fesyen Muslimah ni, yang ada semuanya ala Barat..so, atas perbincangan berkenaan aurat dalam kelas bersama ustazah tu, maka cita-cita tu stop kat situ je lah..


Masa darjah 4, cikgu Bahasa Malaysia minta buat satu karangan bergambar..di sebelah atas kita lukis gambarnya dan di sebelah bawah kita tuliskan karangannya..i think time ni baru belajar nak buat karangan…rupanya cikgu ni menggunakan Kaedah Generik ‘Kajian Masa Depan’..kami semua diminta menghasilkan satu alat untuk kegunaan Masa Depan...hehehe…dalam banyak-banyak kerja rumah masa tolong mak, urusan bab-bab kain yang paling bosan sekali…jadinya diri ini telah mereka satu mesin yang mulanya mencuci pakaian, kemudian mengeringkan pakaian, kemudian menggosok pakaian dan akhir sekali pakaian tersebut terus masuk ke dalam almari..bijak tak..huhu..dah tak sesuai jadi ‘Fesyen Designer’ ubah plak jadi ‘Machine Designer’..hahaha..masa tu tak terfikir pun..apa yang terlintas di fikiran masa tu, alangkah indahnya hidup ini jika mesin ni betul-betul wujud..dan kalau la ada rancangan ‘Let’s Inventine’ (channel TVIQ) kat Malaysia, maybe diri ini akan menghantar karangan bergambar tu kot..


Masa darjah 6, time ni kecoh..semua orang ada ‘buku autograph’..ye la dah nak abis sekolah rendah..tak tau la lagi dapat jumpa lagi ke tidak time sekolah menengah..kat bahagian depan, selalunya si pemilik buku akan menulis biodatanya..diri ini menulis ‘Pensyarah dan Guru’ di bahagian cita-cita..kenapa pilih cita-cita ni ye..sebabnya time ni suka main ‘cikgu-cikgu’ ngan sepupu-sepapat time cuti sekolah..i jadi cikgu la..sebab yang paling tua..


Tapi..cita-cita ni berubah lagi masa Tingkatan 3..time ni nak sangat belajar kat sekolah teknik..terpengaruh dengan dua orang pakcik yang pernah belajar kat teknik..cam best je tengok diaorang buat homework ‘Lukisan Kejuteraan’pilihan time cuti sekolah..makanya yang diminati time tu tentulah bidang Kejuteraan..bidang yang lain tak minat sebab ada biologi..tak minat biologi sebab tak paham bab ‘Jantung’ masa belajar Sains Tingkatan 3..kesan daripada tak paham tu la makanya diri ini memilih ‘Kejuteraan Awam’..silap la kan..kalau pilih ‘Kejuteraan Mekanikal’ time tu mesti dah boleh hasilkan ciptaan ‘Mesin Pakaian Serbaguna’ yang pernah direka masa darjah 4 dulu..hehehe..takut ngan mesin-mesin sebenarnya cam complicated je..tak nak pilih ‘Kejuteraan Elektrik’ plak, sebab langsung tak paham bab litar masa belajar kemahiran hidup..cam tu gak la, tak nak pilih ‘Akaun’ sebab tak paham tajuk ‘akaun’ masa belajar kemahiran hidup..dan dah memang ketentuan Allah, alhamdulillah dapat la masuk ASTECH ..awal-awal tu, bercita-cita nak jadi seorang ‘Arkitek’..tapi dek kerana blur sangat masa belajar ‘Lukisan Kejuteraan’ dan tak paham sangat dengan subjek ‘Kejuteraan Awam’..makanya balik la pada cita-cita asal masa darjah 6….

ilmu technical drawing masa design dapur mak..kira orait la kan..hehe


Masa Tingkatan 5, terpengaruh lagi dengan sorang pakcik yang amik course Kimia Pendidikan dan Komputer kat UTM, Skudai…cam syok je, computer-komputer ni..lagi pun masa sekolah tak berpeluang belajar computer betul-betul..aim masa tu nak mohon course yang sama dekat UTM jugak..dah nekad nak kejar cita-cita masa darjah 6…syukur Alhamdulillah diterima masuk ke UTM…rupa-rupanya subjek computer lebih kepada Multimedia…time ni, hati bergolak nak jadi designer semula…’Multimedia Designer’...sebut pun cam best giler..huhu..memandangkan tak terikat dengan MOE so, bleh je kalau tak nak jadi GURU…terus lompat ke dunia koprat..tapi dek kerana kurang pengetahuan dengan kehendak pasaran masa tu dan ada satu kelemahan diri iaitu takut nak hadiri ‘temuduga’..dan takut tak dapat handle dunia koprat…sebab multimedia sendtiasa berkembang..kalau tidak menguasai teknologi terkini anda mungkin tidak mendapat tempat di luar sana…so teruskan je pengajian..tamat je pengajian maka jadilah diri ini seoarang GURU…


How about PENSYARAH?? Buat masa ni tak kot…diri ini enjoy menjadi GURU..cita-cita ni la yang paling best…sebab dengan menjadi seorang GURU, diri ini boleh menjadi semua seperti yang pernah di cita-citakan dulu…diri ini menjadi ‘Polis’ tatkala meronda-ronda di kawasan sekolah masa bertugas mingguan…diri ini menjadi ‘Fesyen Designer’ masa menguruskan perbarisan rumah sukan dan pementasan lakonan…diri ini menjadi ‘Arkitek’ masa design khemah rumah sukan (my design is simple and sleek, jangan mara..huhu)…diri ini menjadi ‘Computer Designer’ masa design ‘Sistem Analisis Peperiksaan’ tuk kegunaan sekolah (guna excel je pun, haha)…dan diri ini boleh mendorong anak-anak didik untuk menjadi seorang ‘Designer’ dengan menganjurkan pertandingan-pertandingan rekacipta semasa minggu Sains dan Matematik…









So, bagaimana dengan kalian…apakah cita-cita kalian?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...