Friday, July 17, 2009

Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang
jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right
dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa
yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta
mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org
yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun
mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal
seperti itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si
penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan
memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua
benda, pastiada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan
oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak
terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabilaanda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya
jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal
dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin
dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2,
carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai
yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari
ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan
itu mudah sampai dan tidak terhalang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...