Thursday, December 30, 2010

~Gayung Makrifat~

Ops!! don't get me wrong..diri ini tidak sama sekali belajar silat..dengan izin Nya, diri ini ingin berkongsi ilmu yang diperolehi daripada Majalah MIDI (koleksi mak)..

Artikel ini, amat menarik perhatian..sejak 3 series ni selalu sakit2 pinggang (nak kena beringat dah ni)..so SENAMAN TUA GAYUNG MAKRIFAT ni macam menarik tuk dipraktikkan..memang terbukti keberkesanannya, cubaan pertama dah terasa longgar sendi2 pinggang...menurut Dr. Radzuan Bin Kerya, Pengamal Perubatan di Pusat Perubatan Tenaga Rohaniah GM, Puduraya Kuala Lumpur, senaman tua ini amat baik untuk rawatan saraf...dan senaman ini dahulunya hanya untuk kerabat diraja sahaja. Senaman ini bermula sebaik sahaja kita bangun tidur..


*penerangan mengikut gambar*

1.SENAMAN TIDUR
Setiap kali bangun daripada tidur, betulkan akidah dengan mengucap dua kali masyahadah. Luruskan kaki dan kepala dan regangkan kedua tangan hingga ke belakang kepala.
Tekan kari kaki ke bawah setakat yang mampu. Lakukan gerakan ini selama 3 minit.

2. SENAMAN DUDUK
Dalam posisi kaki yang lurus, bangun perlahan-lahan dan sentuh hujung kaki dengan tangan (guna kekuatan otot perut).
Bertahan selama 5 minit agar urat pinggang dapat dibetulkan.

3. SENAMAN KUCING
Letakkan kaki kanan di bawah pelipat kaki kiri.
Pegang lulut kanan dengan tangan kiri sementara tangan kanan di angkat ke atas.
Tunduk perlahan-lahan sehingga tangan kanan menyentuh ibu jari kaki kiri (ulang gerakan sehingga 30 kali).
Kemudian tukarkan kepada kaki kiri pula.

4. SENAMAN TIUP SERULING
Tarik kaki kanan ke pangkal peha dan buat gerakan seperti menembak atau meniup seruling.
Ulang gerakan untuk kaki kiri.

5. SENAMAN KIPAS KAKI
Rapatkan kedua-dua belah tapak kaki , silangkan jari tangan dan letakkan di atas kaki.
Kemudian gerakkan peha ke atas dan ke bawah seperti kipas.
Aktiviti yang sama seperti di atas, tarik nafas dan tahan nafas (sehingga rasa menggigil).
Dalam posisi yang sama turunkan badan perlahan-lahan sehingga dahi mencecah ke ibu jari kaki.
Buka kedua-dua belah kaki (setakat yang termampu) picit-picitkan dari lutut hingga ke pangkal (ulang sehingga 15 kali).

6. SENAMAN HARIMAU
Teknik ini ada 3 pergerakan tetapi syarat yang paling penting ialah kedua-dua ibu jari kaki mesti terpacak di lantai.
Dalam keadaan posisi merangkak, junamkan kepala ke bawah (seperti ombak tetapi tidak mencecah lantai) dan naikkan kepala dan pandang kaki di belakang (kanan)
Ulang pergerakan ke kiri pula.
Dalam posisi merangkak, junamkan kepala dan terus dongakkan ke atas.

7. SENAMAN KUCING BERJALAN ANAK
Dalam posisi merangkak gerakkan kaki ke hadapan (berjalan) sedikit demi sedikit sehingga berdiri.

8. SENAMAN ANGKAT BERAT
Bongkokkan badan sehingga ke bawah, genggam tangan (seolah-olah mengangkat beban yang berat) bangun perlahan-lahan dan tarik nafas dan hembuskan sehingga rasa gegendang telinga berdengung (tangan di atas).

selamat bersenam semua 'badan cergas, minda cerdas'

wallahu'alam

>>diri sendiri pun asyik terlupa je nak amalkan...aiseh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...