Tuesday, December 7, 2010

~demi mencari sebuah jawapan~

6 Disember 2010~
ku kuatkan diri ini tuk drive ke Metro Specialist Hospital, semata-mata demi mencari sebuah jawapan (parent dah balik la plak..aiseh)...jawapan pada penyakit yg telah sebati dgn diri ini..hampir 15thn lamanya...belum ada doktor yg betul2 dapat sahkan penyakit ku ini..diagnos la brape kali pun..hasilnya berbeza-beza tapi isinya hampir sama..15thn batuk setiap pagi...lebih tepat lagi setiap kali terjaga drpd tidur, tak kira masa..mengalahkan ayam yg berkokok di kg...diri ini dah biasa, tapi gangguan buat org lain..kesian org sekeliling, terganggu lena yg diulit intan...dah mcm2 ubat batuk yg ditelan..ubatan alternative la..tapi hasilnya tetap sama..

1995-mak bawa check kat hospital utara, masa tu dlm 2-3bulan kot batuk..buat x-ray bagai..tapi doktor kata takde apa2..paru2 normal..hmmm seratus lebih gak la kosnya..ada follow up rasanya..tapi takleh nak pegi..ye la kan..belum pandai nak pegi sendiri, kos lagi..dok asrama..parent lak jauh..lagi pun doktor kata normal..so, ingatkan myb habis sekolah nanti ok la kot memandangkan sekolah tu dikelilingi sawah padi..alahan ngan habuk & hama la kot..

1996~masa tu pakai inhaler (jenis yg mn 1 pun tak ingat dah)...ada doktor klinik yg kasik..dia kata asma..ada yg kata ssh nak bernafas ni myb coz stress..almaklum la nak amik SPM..kalo tak cemerlang payah la nanti..anak sulong plak tu..yg dilihat sbg tunggak kejayaan adik2..kalo yg sulong tu berjaya, insya Allah adik2 akan mengikut..ayat2 motivasi mak abah la (ada benarnya alhamdulillah)..tapi mmg stress la, berat sungguh rasanya..so, mmg ingat pasal habuk, hama & stress...hopefully abis SPM ni, takde dah la sakit2 ni...

1998-2001~tahun ni kadang2 serangan asma ni datang berkala..ya..myb stress gak la..study kat UTM, susahnya la..banyak yg tak paham..lecture dlm bahasa melayu, bahan2 rujukan besa la bnyk in english..assignment, presentation...ngan takde experience langsung, takde matrik terus terjah je ke tahun 1..mencabar2..dan alhamdulillah selesai la semuanya...batuk still maintain..

2001-2008~sorang doktor ni kata rhinitis la plak...sama la jugak alahan...so, kena elakkan habuk2 tu ..mmg takleh nak baik katanya.."you will probably have them the rest of your life"..makanya redha je la diri ini..dan ia tidak seindah bait2 lagu maher zain 'for the rest of my life'...apa nak di kata..sepanjang tempoh ni kalo sakit demam+batuk yg teruk..doktor kasik ubat, telan..dgn izin Allah alhamdulillah baik..so takde menda la nak ditakutkan..batuk tetiap pagi dah sebati ngan diri..kalo batuk teruk sgt, maknanya dah tiba musim org sakit2 (dah jadi indicator la plak..huhu)

2010~dek kerana mata yg merah aritu & demam teruk dlm bln 1 camtu..makanya cerita la serba sedikit kat doktor ni history kesihatan ku ini..katanya asma..so, xleh makan ubat batuk biasa..kena makan ubat batuk special tuk yg ada asma..amik surat drpd klinik ni ingatkan nak buat follow up kat speacialist hospital kerajaan..tapi ngan masalah birokrasinya..masa menunggu yg lama..coz ada yg kata berbulan2 nak sampai turn kita..dgn kekangan masa, so..tertangguh la niat tersebut..lagipun dah tak batuk yg serius..batuk pepagi tu maintain lagi..

minggu lepas demam + batuk + selesema + bernafas pendek2...telan je ubat apa yg ada..malas nak ke klinik..ye la kan, hasil diagnosnya tetap sama..lagi pun ni kan ke penyakit yg diri ini kena deal for the rest of my life..tapi tetap gak tak baik2...tu yg gagahkan diri gak ke specialist hospital...payah nak buat keje kalo camni..banyak lagi keje yg tertangguh..okey..okey..enough about work..fokus kat kesihatan..

lepas di diaognos..Dr. Gan kata ini bukan asma..ni mungkin bronchitis..jangkitan kuman dalam paru2..kalau asma, alahan..paham la jugak lepas diterangkan dengan bersungguh oleh tuan doktor..siap tunjuk carta lagi...nasib baik la ngajar sains tingkatan 3..dah biasa tengok rajah paru2 ni, dan ajar bab pernafasan..mudah la skit nak paham, dgn izinNYA..


so, beliau kasik ubat tuk 3 hari..hari ke-4; 10hb ni kena pi buat follow up..katanya semuanya akan baik lepas amik ubat ni, termasuklah batuk pepagi yg telah sebati ngan diri ini..aha!! boleh baik rupanya..katanya x-ray bagi bronchitis mmg la nmpk cam normal je..kiranya hari ni full ngan ubat..setakat ni masih batuk2 lagi..yup, semuanya pun berlaku hanya dgn izinnya..moga Allah sembuhkan penyakit ku ini...amin

kata Dr Gan, apa yg ditakutkan adalah yg ini bukan bronchitis, tapi pneumonia (radang paru2)...bahayakah pneumonia ni ek..coz baca artikel tu cam tak bahaya, tapi radang paru2..of course la bahaya kan? hmm..paham dah bila baca artikel ni..bleh membawa kematian andainya tak dirawat dgn vaksin yg sepatutnya cam virus H1N1 tu..

A chest X-ray showing a very prominent wedge shaped pneumonia in the right lung.

camni la rupanya x-ray pengidap pneumonia..harap2 bukan pneumonia, coz dah tak demam...cumanya pernafasan pendek & batuk2 je lagi ni..myb ia cuma chronic bronchitis..(buat diagnos sendiri la plak..hehe) hanya Allah yang lebih mengetahuinya..apa pun kena tunggu 10hb ni, insya Allah..

itu la kisahnya setakat ni...

***
sakit tu kan ke ujian drpd Allah S.W.T dan juga penghapus dosa...dan kematian, itu juga pasti..

wallahu'alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...