balik keje tadi p klinik...batuk tak berkurang...malam2 pun ssh nak tido..tak bleh buka kipas..coz sejuk & menyebabkan ssh nak bernafas plak..simptom2 astma tu dah mmg jelas dah..
13thn dulu..masa blajar kat teknik alor setar..merupakan pencetus kpd ASTHMA...kwsn skolah yg indah dikelilingi sawah padi menyebabkan aku allergic pd hama padi & habuk..di tingkatan 5 aku selalu batuk2 sehingga sesak nafas...masa tu bila doktor tu kasi ubat asthma..keadaan bertambah teruk..tapi bila berhenti amik ubat tu keadaan bertambah baik..so..mmg rasanya bukan asthma kot...coz kwn yg mmg ada asthma ni lain simptomnya...bila bernafas pun berbunyi dadanya..aku ni xde la sampai camtu...ada gak doktor kata coz tekanan nak amik SPM...aku pun ingat camtu gak kot..myb just temporary semua tu...tapi aku terus batuk sejak dari saat itu..tapi bukan sepanjang hari...cuma waktu pagi je...bila jumpa doktor, doktor just kasi ubat batuk biasa..xde yg diagnos dan mengatakan aku ni menghidapi asthma...aku pun bosan..dah tak p klinik dah sbb2 batuk nih...lama2 aku jadi biasa ngan batuk...batuk dah jadi sebahagian drpd hidup aku..aku dah mcm jam loceng buat org lain...mana tak nye pagi aku bermula dgn batuk.. ;)
thn lepas aku ke klinik coz dmm & batuk...aku pun bercerita la yg aku ni dah batuk berbelas thn..doktor kata awk ni ada asthma ni..tapi aku x amik berat sgt..coz aku tak pernah lelah dah skrg ni...takkan la plak batuk tu adalah asthma...aku pun biarkan je la...2-3 hari lepas aku ke klinik lagi coz batuk..tapi tujuan aku klinik tu sbb MATA ku yg merah tetiba (baca entry: dari kerana mata) ...doktor pun bercerita bahawasanya batuk jugak merupakan trigger kepada ASTHMA..dan aku ni ada ASTHMA..so..aku minta recommandation tuk ke KLINIK PAKAR kat General Hospital...tuk dptkan kepastian...tapi aku tak terima cadangan doktor tuk amik ubat asthma...coz aku rasa aku tak mengalami lelah just batuk je (degil kan...ahaks)...
arini aku ke klinik yg sama...tu la kan degil lagi...2 mlm aku hampir di attack asthma dek kerana batuk yg terlampau teruk...sblm ke klinik aku smpt google tentang ASTHMA ni..baru la aku tau yg ASTHMA ni bnyk jenis...dan aku ni jenis yg sentiasa batuk dan doktor kata aku berada dlm kategori MILD ASTHMA...tak teruk sgt la..alhamdulillah...so start minggu depan aku kena amik inhaler...dah lama x pakai..cara pun dah lupa...hehehe...tuk 2-3 hari ni amik pil dan ubat batuk...ops bukan ubat batuk biasa ye...doktor bagitau yg tuk pesakit asthma ubat batuk tu dicampur skit dgn ubat asthma..coz kalo pesakit asthma amik ubat batuk biasa..kadang2 batuk tu akan menjadi lebih teruk (patut la...huhu)
insyAllah..aku akan cuba ke KLINIK PAKAR tu nanti tuk dapatkan lebih kepastian...buat masa ni aku redha dan perlu menerima kenyataan yg aku ni adalah salah seorg PESAKIT KRONIK MILD ASTHMA...after 13th years akhirnya aku mendapat jawapan kepada batuk misteri ini.. :D
No comments:
Post a Comment