Thursday, December 23, 2010

~sekitar di hari PENUIAN~

Bismillahirrahmanirrahim...

bukan tuai sebarang tuai..
jauh sekali menuai padi, memandangkan padi belum pun menguning...
Jika ingin menuai Hasil dalam masa setahun, maka tanamlah JAGUNG
Jika ingin menuai Hasil dalam masa seratus tahun, maka tanamlah POKOK
&
Jika ingin menuai Hasil selamanya, maka tanamlah MANUSIA


makanya hari ini 23/12/2010 merupakan hari menuai Keputusan PMR 2010 di seluruh Malaysia

wajah anak2 Gulau dengan keputusan peperiksaan masing2...
para pendidik yang bertugas bagi proses pengagihan slip keputusan
(tetap bersemangat walaupun masih dalam mood bercuti..2 thumbs up!!!)
semua pun tekun menganalisis keputusan terutamanya subjek masing2
2 orang SU PMR merupakan orang penting pada hari ini, dan juga orang yang paling sibuk dalam proses menganalisis keputusan..syukur alhamdulillah, ramai yang hadir menghulurkan bantuan...bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"

>>diri ini bersama 2 orang lagi cikgu Sains boleh menarik nafas lega dan tersenyum puas dengan keputusan Sains PMR yang meningkat peratus lulusnya berbanding tahun lepas...memandangkan Sains merupakan killer subject semasa peperiksaan percubaan yang lepas..berkat usaha daripada semua pihak dan dengan kuasa Yang Maha Esa yang memungkinkan segalanya..tiada kata yang dapat diungkapkan selain ungkapan syukur alhamdulillah..segala puji bagi Allah penentu segalanya...thank you Ya Allah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...