Tuesday, December 7, 2010

~cmn nak cakap ngan diaorg ni ek??~

Semenjak berdepan ngan anak2 muda berusia 13thn-17thn, semakin hari dirasakan semakin mencabar..secara kasarnya, diri ini hanya guru mereka..yg mengajar mereka ilmu sains ataupun ilmu kimia..secebis ilmu Allah ini dipinjamkan kpd diri ini tuk dikongsikan bersama2 dgn anak2 murid yg masih muda ini..alhamdulillah, diri ini sedaya upaya menyampaikan ilmu ini tanpa jemu setakat ini, dgn izinNYA...moga diri ini akan terus menyampaikan ilmu selagi hayat dikandung badan, amin..

Diri ini, bukan merasakan gusar kerana bimbang dengan pencapaian anak2 didik ku ini..tetapi gusar dan bimbang dengan moral anak2 ini..saban hari, diri ini melihat pejabat PKHEM dihujani dengan pelbagai ’kes’..Allahu Akhbar..sedih rasanya hati, pilu melihat anak2 didik yg terumbang ambing hidupnya..apakah yg dapat diri ini sumbangkan, bagi menangani permasalahan ini? Bagaimana caranya berkomunikasi yg paling sesuai tuk menegur & membimbing anak2 ini? Andai diri ini mengetahui berkenaan sesuatu kes, tentulah TERKEJUT..dan ada sedikit berbaur KEMARAHAN..tapi andai rasa MARAH yg digunakan tentulah mesejnya takkan sampai pada anak2 muda ini..yg mereka dengar hanyalah MARAH & LETERAN..tu yg ramai lari drpd rumah..

Mcm drama semalam ’KARMA SALINA’ ceritanya berkisar tentang keruntuhan sebuah keluarga..diuji dgn anak2 yg berpeleseran..ayah yg merasuah, kaki judi, haruan makan anak..Allahu Akhabar..semuanya gara2 rezeki haram yg diberikan pd keluarga oleh si ayahnya..dan ditambah pula dgn tiadanya TIANG dalam keluarga tersebut, SOLAT!!! Seisi rumah tidak SOLAT termasuklah ibunya..nauzubillah..insaf sungguh rasanya tatkala menontot cerita ni..banyak iktibar yg boleh kita peroleh (sejujurnya diri ini hanya tengok separuh je, tertido..hehe..so, dapat cerita selebihnya daripa IBU tersayang, thanks mak...mmmuuuahhh)

Dalam pada diri ini, berfikir2 kaedah yg sesuai tuk digunakan tuk menegur dan membimbing anak2 muda ini supaya mereka ini dapat mesej yg cuba disampaikan dan tidak merasakan yg kita ni benci kpd mereka..kami sekeluarga dikejutkan dgn kehilangan salah seorg sepupu perempuan 15thn pada jam 12pm..dalam org dok sibuk2 mengemas kenduri, dia boleh takde plak..GEMPAR!!! cari punya cari, takde..nak call, tak tau plak phone number...aiseh...akhirnya maknya dapat la menghubungi anak daranya ini..keluar beli McD ngan sorg kawan rupanya..syukur alhamdulillah..semua pakcik & makcik dah tido time cik kak ni sampai umah (almaklum la semuanya keletihan menguruskan kenduri kendara di siang hari..lagi pun sepupu ku ini selamat di bawa pulang, setelah di rescue adik sepupu lelaki yg sorg lagi) diri ini sedikit marah kerana cik kak ni tak maklumkan kat sesape pun time dia nak keluar tu...dan buat seisi rumah bimbang..as generasi sepupu yg paling tua dan atas dasar tanggungjawab sesama keluarga..diri ini cuba menegurnya dengan cara baik..ayat disusun cantik2..diri ini hanya memanjatkan doa di dalam hati, agar tutur kata ku ini tersusun dan tidak menyinggung dirinya..ye lah kan..anak muda, belum pandai menilai baik buruk tindakan yang diambil..diri ini cuba memahami dirinya sebaik mungkin, dgn mengimbas kembali diri ini tatkala seusianya..alhamdulillah, dgn izin Allah..cik kak tak melenting (lazimnya anak2 muda ni akan melenting jika ditegur, tanda protes) dan menerima teguran ringkas dari ku dan meminta maaf...selesai 1 bab..masuk plak bab ke2..rupanya cik kak dan seorg sepupu lagi (perempuan juga, berusia10thn) belum masuk tidur lagi tatkala jam telah menunjukkan 1am..tersentak diri ini..diaorg makan McD yg dibeli oleh cik kak kat luar rumah sambil2 sembang ngan 2org kwn2 lelaki sepupu lelaki kami yg kebetulan bermalam di rumah..time tu semua org dewasa dah tido, kecuali diri ini (yg entah kenapa belum mengantuk)..kali ni diri ini perlu bertegas..’tegas kerana benar’..diri ini memberanikan diri keluar rumah dan menjemput anak2 dara ni masuk ke dalam..alhamdulillah diri ini dapat membendung rasa marah (logik la marah, coz dah lewat sgt)..dgn rasa yg masih terkawal diri ini cuba menyampaikan mesej sebenar kepada mereka berdua ”meh sini, along nak cakap sebagai kakak, kita ni perempuan kena jaga diri..tak elok sembang2 ngan lelaki camtu, nak plak lewat2 camni..tak tgk cerita semalam kan (dua2 pun menggeleng)..bdk perempuan tu kena rogol ngan boyfriend dia sendiri, ngan kawan2 dia sendiri..kena liwat lagi..sampai mati..so, kita kena jaga bebetul diri kita ni tau..” terlopong sepupuku yg berusia 10thn tu..ye lah kan dia masih kecik ...adus! Lupa plak yg dirinya masih kecik..tapi bagi diriku dia juga perlu tau..moga Allah bukakan pintu hati mereka tuk lebih menjaga diri, kelak...amin..
Entah la ek..diri ini sebenarnya tak tau cmn nak cakap..atau berdepan dgn situasi2 anak muda zaman sekarang ni..tak tau la, betul ataupun tak cara yg digunakan tu..harap2 kataku yg secebis buat sepupu2 ku itu, dapat memberikan manfaat buat mereka..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...