Saturday, December 25, 2010

~mentaliti~

Bismillahirrahmanirrahim...

sebuah
perbualan di majlis pertunangan:
"tak mahal sangat hantarannya, almaklum la anak saya ni tak kerja, belajar pun tak tinggi setakat SPM je...hantaran 8ribu je..yang lain2 mcm biasa la" si ibu memberitahu kepada tetamu yang hadir "tunangnya tu pegawai" sambung si ibu...


perbualan antara anak perempuan & ibunya balik daripada majlis pertunangan tu:
anak: duit hantaran sekarang ni, kebanyakan 5ribu ke atas ye mak..
mak: ye, anak2 kawan mak yang kawin memang macam tu la..

anak: nak buat apa duit hantaran banyak2 ye..

mak: kenduri kendara, itu ini, nak bagi buah tangan kat tetamu lagi..gedebak gedebuk lebih 10ribu la jugak...

anak: kalau adik kawin nanti buat simple2 dah la..jimat belanja..takyah la sampai 10ribu...duit hantaran 5ribu pun cukup la kot.

mak: jangan nak ngarut...dah la ko tu keluar Universiti, ada ijazah..anak makcik limah tu pun 8ribu..SPM je pun..nanti apa plak orang kata..


ni skrip imaginasi sahaja...tapi biasakah anda di luar sana mendengar perbualan camni? memang biasa la kan...tak nantikan masyarakat bandar, malahan kampung..hampir semuanya mempunyai mentaliti yang hampir sama..sampai diri ini terkompius..wajib ke wang hantaran ni, rasanya masa belajar dulu, mas kawin je yg wajib..takde plak ustaz or ustazah bagi tau yang wang hantaran ni wajib..

search punya search jumpa la artikel ni,
Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat...semua pun terjawab...alhamdulillah

tapi tu la..selagi mentaliti masyarakat kita tak berubah...cakap la macam mana pun..tetap macam tu jugak...alasan pihak perempuan nak gunakan wang hantaran tu nak tampung belanja kenduri kendara...kalau diperhatikan, rata2 majlis kawin sekarang ni akan memberi tetamu buah tangan tuk di bawa pulang, ini biasa...dulu sebiji telur, kemudian digantikan dengan gula2 atas alasan leceh nak rebus2 telur ni tapi sejak akhir2 ni, 'goodies' setiap tetamu akan diberikan satu beg kertas yang diisi dengan muffin, bahulu, buah dan ada sesetengahnya memberikan pot pori dan pelbagai jenis cenderahati...dan tren ini semakin berkembang...bukankah ini yang akan meningkatkan perbelanjaan kenduri??? ditambahkan lagi dengan belanja2 lain..trend sesi fotografi lagi..rm500-rm3000 mengikut pakej..fuuh!!
yang tua tak nak kalah ngan jiran tetangga, sanak sedara...yang muda tak nak kalah dengan trend..selagi mentaliti camni berada dalam diri kita dan masyarakat, selagi itulah perkara nikah kawin ni akan menjadi 'berat'....

>>it just my opinion..harap dibetulkan andai terdapat salah dan silap..dan maaf dipinta andai ada yang kurang senang dengan buah bicara ini...wallahu'alam




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...