Thursday, December 9, 2010

semuanya kerana DIA

"daripada jarang-jarang kepada istiqomah,

daripada solat lewat kepada solat di awal waktu,

daripada khudu' kepada khusyuk + khudu',

daripada solat bersendirian, kepada solat berjemaah di surau atau masjid di mana azan diazankan,

daripada solat fardhu sahaja kepada solat fardhu + solat rawatib,

daripada mengaji selembar Quran sehari kepada dua lembar Quran sehari,

daripada taklim 15 minit kepada taklim 30 minit,

dan seterusnya..menambah amalan mengikut kemampuan kerana Allah swt semata..bukan riya',tapi kerana diri terlalu banyak ketinggalan berbanding para sahabat.."

kata2 ni dipetik drpd Blog suara bisu..

betul tu baya..cikgu setuju sgt dgn apa yg kamu coretkan tu..marilah kita sama2 bulatkan tekad dan azam sempena tahun baru ni, semuanya kerana DIA (bak kata Yassin dlm bait2 lagunya itu)…dan cuba sedaya upaya bagi mengimbangi duniawi & ukhrawi dalam mencari redha dan rahmat Ilahi…

dan meh cikgu tambah skit..

'daripada bekerja yg biasa2 kepada yg luar biasa bersertakan keikhlasan yg unggul, hanya kerana DIA' kerana kerja itu jua adalah ibadah ;)

'Hijrah ku kerana DIA'

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...