Wednesday, December 22, 2010

~Misi SOLO~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...
tak kira di mana kalian berada, di sini, di sana, di sinun..
kita masih berada di planet yang sama, salah satu planet milikNYA...
BUMI


Bismillahirrahmanirrahim...

hari ni (22/12/2010)..diri ini ingin mengabdikan coretan berkaitan dengan rentetan perjalanan hari ini..ada 2 misi yang perlu dilaksanakan..bermakna ada 2 destinasi...1st ke Baling, atas urusan rasmi...2nd Gulau(sekolah), menyiapkan keje2 yang berkaitan persediaan bagi menghadapi tahun depan & jugak esok (23/12-result PMR)

Misi SOLO~rmh ke Baling (1jam perjalanan)...Baling ke Gulau (1jam perjalanan)...

drpd rmh ke Baling bukanlah menjadi satu masalah...alhamdulillah, sebab dah beberapa kali ke sana atas urusan2 rasmi...maka diri ini tidak mengalami sebarang kesukaran, dengan izinNya..yang menyebabkan rentetan perjalanan ni, ingin didokumenkan adalah kerana perjalanan Baling ke Gulau yang agak menarik...

camni, ada 2 jalan yang boleh dilalui untuk ke Gulau daripada Baling...diri ini pernah melalui jalan 1..jika menggunakan jalan 1, perlu ke Sik terlebih dahulu, kemudian ke Gulau...manakala jalan 2, terus ke Gulau...3thn lepas jalan 2 belum siap sepenuhnya, tapi masih boleh dilalui...dalam bayangan, mestilah sama seperti perjalanan yang ditempuhi 3thn dahulu drpd Gurun-Gulau...sekarang alhamdulillah, jalan tersebut dah cantik, smooth je perjalanan...memandangkan dah 3thn lamanya, maka diri ini memikirkan tentulah jalan 2 telah, atau hampir2 siap sama seperti jalan Gurun ke Gulau...memandangkan Mantan Pengetua, En. Abd. Razak juga berulang-alik mengikut jalan 2 selama beliau berkhidmat di Gulau..

pemikiran ini terus melayang-layang tatkala memandu..menimbang-nimbang, sama ada ingin mengikut jalan 1 atau jalan 2...tapi dalam hati kuat mengatakan andai ada signboard menunjukkan ke Gulau...makanya akan memimilih jalan 2, walaupun tak pernah ikut jalan tu pun...kata org straight je, so takkan sesat insya Allah...akhirnya sampai ke persimpangan, ke kiri, jalan 1 dan ada signboard menunjukkan arah terus ke Gulau, jalan 2...makanya, pedal minyak terus ditekan tanpa membelok ke kiri...jalannya mcm baru siap..kiri kanan jalan ada rumah2 org kampung..persis jalan Gurun-Gulau...so, ok la kan...alhamdulillah..nape nak pilih jalan ni? sebab, ramai yang kata..ni kira cam short cut la...lagi pun, kalo nak ke Sik lagi, leceh la..lagi pun dah ada kemudahan kan? nape tak nak guna plak...diri ini teruskan pemanduan dengan tenang..menikmati pemandangan2 baru bagi diri ini...owh!! ni ke jalan nak ke Ulu Lenggong..owh!! kat sini ke rupanya Tangjung Pari...syukur alhamdulillah, dapat jugak tau..selama ni dengar je nama2 tempat ni...bak kata bijak pandai ~Jauh Berjalan, Luas Pemandangan, Bertambah Pengalaman~(memandai je menambah-nambah kata2 tu kan??? hihi )...tapi ketenangan diri ini bagai direntap!!! makin jauh pemanduan, makin berkurang rumah2..apatah lagi perkampungan...maknanya tiada kelibat manusia..yang ada hanyalah hutan di kiri kanan jalan...gurlp!!! betul ke jalan ni??


signboard mmg takde dah...nak patah balik dah jauh..kalau berpatah balik, ikut jalan 1, pukul berapa nak sampai sekolah? pukul berapa plak nak balik nanti?? diri ini dalam dilema sekali lagi...akhirnya, diri ini mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan..tawakkaltu alAllah, diri ini terus menerus mengingatkan diri sendiri, Allah sentiasa bersama mu...so, don't be scared..lagi pun jalan raya ok what?..terlintas jugak, kot2 something happen kat kereta, yang datang org jahat plak..Allahu Akhbar!!! cepat2 diri ini membuang jauh2 pemikiran tu...ayat Kursi dibaca berulang2 kali bagi menenangkan diri...dalam hati tak berhenti2 berdoa agar perjalananku ini diselamatkan oleh Allah...

dalam takut2 berani tu, sempat juga memuji kekuasaan Allah..Masya Allah indah sungguh ciptaanNya...menghijau..jalan ni persis Kundasang-KK..diri ini tersenyum mengenang kembali keadaan muka bumi Negeri Di bawah Bayu itu...tapi!!!!

jalan ni takde la elok semuanya...Allahu Akhbar!!! baru hati ini nak merasa tenang, diterpa kebimbangan semula..kata Sabahan,ni jalan grable..jauh la jugak..teringat plak doa yang dititipkan oleh Ust. Aa Gim lewat majlis ilmunya " Ya Allah, tidak berlaku sebarang musibah tanpa izin Mu, maka selamatkanlah aku Ya Allah"...hanya doa yang menemani perjalananku..

dalam takut2 tu, terfikir jugak kisah Siti Hajar ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim bersamanya anaknya yang masih kecil di atas perintah Allah S.W.T...betapa kuatnya semangat dan beraninya Siti Hajar..tiada seorang manusia pun di sana yang boleh diminta pertolongan, ditinggalkan di tengah padang pasir yang tandus..hanya pada Allah lah tempat mengadu dan bergantung harap..maka diri ini juga perlu kuatkan semangat dan perlu seberani Siti Hajar..diri ini cuba mendidik jiwa supaya YAKIN..Yakin pada Allah bulat2..“la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah)..sebelum ni ada dibaca artikel berkaitan YAKIN dalam majalah solusi, mendengar dalam majlis2 ilmu menerusi internet bagaimana ingin membina keyakinan hanya padaNya..maka hari ini, tibalah masa tuk praktikkan ilmu2 tersebut..insya Allah..

di kiri kanan bukan sekadar hutan tebal malahan gaung dan jurang...pemanduan lebih berhati2..jalan plak berlubang2..segala ilmu silat mengelak dipraktikkan...kemudian ternampak penanda batu menunjukkan 'Gulau 17'...alhamdulillah, dengan izinNya, diri ini berada di jalan yang betul...17 batu lagi..tak jauh sangat dah..cuba tuk memotivasikan diri ini...



kemudian, kembali melalui jalan kecil..agak menyeramkan..jalan terputus-putus..sekejap elok, kemudian kembali grable, berlubang2..elak punya elak..termasuk gak la ke dalam lubang2 tanah tu..sepanjang perjalanan, lebih kurang berselisih dengan kurang daripada 5 buah kenderaan sahaja..akhirnya!!!!

tiada yang lebih gembira apabila melihat adik ni di tepi jalan...maknanya diri ini telah sampai ke sebuah perkampungan...dan ternampak signboard Kg Landai...syukur alhamdulillah..thank you Ya Allah..maknanya diri ini telah menghampiri Gulau..

tepat 1jam perjalanan, dan 1jam yang paling jauh ku rasakan..tamat juga Misi SOLO ku...diri ini tanpa henti2 mengucapkan syukur pada Yang Maha Esa...

moral of the story~
  • ni la kot, pertama dan terakhir diri ini melalui jalan ini secara SOLO..apa2 pun sentiasa Yakin dengan Allah..Allah sentiasa bersama hambaNya..insya Allah segala yang sukar akan dipermudahkan...tiada sesuatu yang berlaku itu, tanpa izinNya..
  • moga keindahan hutan menghijau ciptaan Yang Maha Pencipta yang masih belum tercemar itu akan terus terpelihara oleh kita semua yang bernama manusia...amalkan 3R (recycle reuse reduce)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...