Tuesday, December 7, 2010

SOLAT; tiang agama

klik di sini>>
1. PANDUAN LENGKAP SOLAT
2. Solat Jawab-SOLAT

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. Marilah kita mula menghayatinya~

Erti doa iftittah : Allah maha besar dengan segala kebesaranMuSegala puji hanya bagiMu ya ALLAH , yang tidak terhitung banyaknyaMaha suci ALLAH diwaktu malam dan siang.Aku hadapkan wajah dan diriku hanya kepada ALLAHYang menjadikan langit dan bumi dan diantaranyaAku adalah muslim yang sejatiBukan dari kalangan orang-orang musyrik (yang menyengutukanNYA).Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku Kesemua semata-mata keranaMu ya ALLAHTuhan sekelian alam.Tiada aku menyekutukan MuSepertimana perintahMu kepadakuDan aku adalah dalam golongan orang-orang muslim.

ERTI BACAAN AL- FATIHAH.Segala puji-pujian hanya untukMu ya ALLAHTuhan sekelian alamEngkau yang maha pengasih dan maha penyayangRaja , yang menguasai hari pembalasan (qiamat)Hanya kepadaMu kami menyembahDan hanya kepadaMu kami meminta pertolonganTunjukkanlah kami jalan yang lurusIaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat , kejayaan dan kemenanganBukan jalan-jalan orang-orang yang Engkau murkaiDan orang-orang yang sesat.Kabulkanlah doa kami.

ERTI BACAAN DALAM RUKU’.Maha suci Tuhanku yang maha hebatSegala puji hanya untukMu.

ERTI BACAAN DALAM IKTIDAL.Allah maha mendengar puji-pujian keatas NyaYa ALLAH , segala puji-pujian hanyalah untukMu.

ERTI BACAAN DALAM SUJUD.Maha suci Tuhanku yang maha tinggi kedudukanNya dan maha menguasai.Segala puji hanya untukMu.

ERTI BACAAN ANTARA DUA SUJUD.

ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita...

ERTI TAHIYYAT.Segala kehormatan yang amat berkatSegala sembahyang dan amal yang baikSemua hanya keranaMu ya ALLAH.Salam sejahtera keatasmu wahai sekelian para nabiDengan limpah kurnia rahmat serta berkat dari ALLAH.Salam sejahtera keatas kami Dan hamba-hamba ALLAH yang beramal ibadahDengan amalan yang solehAku BERSAKSI TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAHDan Muhammad itu pesuruh ALLAH.

SELAWAT IBRAHIMIAH.Ya ALLAH ya TuhankuKurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia , Muhammad sawJuga ke atas ahli keluarga baginda yang muliaSebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim.Limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga MuhammadSeperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga IbrahimSesungguhnya Engkau ya ALLAH , yang amat terpuji lagi amat mulia.

ERTI BACAAN QUNUT.Ya ALLAHKurniakan aku petunjuk dan hidayahMuBersama-sama mereka yang Engkau beri petunjuk dan hidayahSelamatkanlah aku bersama-sama mereka yang telah Engkau selamatkanKurniakan pertolongan kepadaku bersama mereka yang telah Engkau beri pertolonganBerkati bagiku segala apa yang telah Engkau kurniakanPelihara aku dari kejahatan yang telah Engkau tentukanSesungguhnya Engkau maha menghukum dan bukan Engkau yang di hukum.Tiada hina mereka yang Engkau tolong dan Tiada mulia pula mereka yang Engkau musuhiSegala ketinggian hanya bagiMuSegala puji dan syukur atas apa yang telah Engkau kurniakanAmpunilah aku dan terimalah taubatku.

"betapa besarnya nilai bacaan2 ini, yang kita hanya remehkan begitu sahaja."

"sampaikan walaupun hanya 1 ayat"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...