Hasbunallahu wa ni’mal wakil.-“Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)”. (3: 173); Doa Ketika Stress
Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. (Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah Ali ‘Imran).
diri ini agak stress...otak ni tak tau nak fikir yang mana 1 keje...diri ini tak tau nak buat keje yang mana 1...tengah buat keje A, pikirkan keje B...tengah cari bahan C, teringat keje D...nape tak siapkan satu2?? sebab semua pun kena diselesaikan dalam jangkamasa yang sama...I know i'm not alone...kelmarin tengok Oprah, sorang perempuan ni terpaksa buat banyak keje at the same time sebab syarikatnya nak kurangkan pekerja...ni la dia yang dinamakan multitasking...dan ada ura2 nak dilaksanakan kepada penjawat awam...which is dah lama terlaksana dalam profession perguruan..guru -pengajar; kerani; tukang masak; pak guard..kesimpulannya 'guru ni adalah pengurus'
multitasking is ok with me...tapi...bak kata Sabahan, "lemas ba aku, nda tau kenapa"...translation:" rasa kurang selesa, tak tau kenapa"...badan ni kurang cergas...lemah je..asyik ngantuk je (adakah cuaca mempengaruhi?? hehe)...kepala yang berdenyut-denyut...ini yang buatkan stress...stress coz takleh nak fokus keje..hebatnya ujian Allah S.W.T...Allahu Akhbar...moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat diri ini, supaya dapat dilunaskan semua tugas-tugas yang ada sebelum buka sekolah tulat....
wassalam~ ;)
>>facebooking; blogging; surfing; watching; hearing
No comments:
Post a Comment