"kerana mulut, badan binasa"
pepatah lama, tapi masih relevan kan?..setiap hari kita akan berdepan dgn situasi pertikaian tentang suatu isu ngan sesapa je...ngan parent kita, kwn2, rakan sekerja...pertikaian berlaku dek kerana perbezaan pendapat..cara pemikiran yg berbeza..dan juga mungkin kerana masing2 memegang sesuatu konsep yg mmg dah lama dipegang...so, kita takleh nak lari daripada berbalas-balas 'kata' masa berbincang..sama ada rasmi mahu pun tak...masa tengah2 santai pun ada jugak kan?...daripada di meja2 mesyuarat, di kedai2 kopi sehinggalah di rumah2...
aman dunia, kalau takde sebarang pertikaian ni kan?..semua orang setuju je..takde yg nak membantah..dan takde yg nak mempersoalkan...tapi kita kan tak mcm tu? tak banyak, sikit..kita akan berbalas-balas pantun..menyampaikan pendapat masing-masing..cumanya kadang2 kita ni berlebih dlm menyatakan pendapat kita tu..bukan nak menunding jari pada sesapa pun, sebaliknya pada diri sendiri..payah tul nak kawal diri ini tatkala menyatakan pendapat sendiri, yg belum tentu betul pun.. harap2 diri ini boleh berlatih mengawal diri tatkala menyuarakan pendapat..agak2 keadaan di luar kawal, eloklah diamkan aje ye, wahai diri...practice make perfect tau!!! ye lah, daripada berlebih cakap sgt dan menyebabkan pihak yg satu lagi tu berasa hati nak buat apa kan? dah la tak pandai nak memilih perkataan2 yg sesuai..adeh..perkataan2 berbisa je yg selalu terkeluar drpd mulut ni..moga Allah pelihara lisan ku ini..tak nak buat org sakit hati..org kata 'learn from mistake'...dah selalu sgt ni, you have to change!! you have to!!! nak plak bulan ni..kita amik semangat Maal Hijarah..mind your words & hold your thoughts...terkadang diam dan mengalah itu adalah lebih baik..
mengikut kata Ust. Aa Gym di dalam slot 'Rawatlah Hati, Bangunlah Jiwa' @ astro oasis.."berbeza boleh, marah jangan..amalkan 3S..saudara, solusi & sukses" ...apa yang penting adalah matlamat...walaupun orang tak bleh nak terima cadangan2 anda, itu tidak mengapa kerana belum tentu cadangan anda itu adalah yang terbaik, katanya lagi...apa yg lebih penting matlamat tu tercapai...serahkan segalanya pada yang Maha Kuasa, kerana semuanya yg berlaku adalah dengan izinNYA...
misalnya ada pertikaian tentang sesuatu isu dgn sahabat anda, dan sahabat anda tetap tidak dapat menerima pandangan anda itu...setakat apa yg diri ini faham, daripada apa yg diperkatakan oleh Ust Aa..adalah kita diam je..tak perlu la nak berhujah-hujah lagi..mohon je la supaya sahabat anda ini akan faham juga suatu hari nanti, dgn izinNYA..bagusnya la kalau diri ini bleh praktikkan camni...3S..hmmm...moga Allah permudahkan segalanya..amin
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment