Monday, December 27, 2010

~sekeping HATI~

adakah yang lebih hebat daripada Gunung,
ada, iaitu Besi..

adakah yang lebih hebat daripada Besi,
ada, iaitu Api..

adakah yang hebat daripada Api,
ada, iaitu Air

adakah yang lebih hebat daripada Air,
ada, iaitu Angin

adakah yang lebih hebat daripada Angin,
ada, iaitu Tangan Kanan Yang Memberi sedangkan tidak diketahui oleh Tangan Kiri...


indah sungguh kata2 itu kan?...kata2 yang sempat dipetik daripada program astro oasis, slot 'Rawatlah Hati, Bangunlah Jiwa' yang bertajuk 'IKHLAS' oleh Ustaz Aa Gim...dah berkali-kali menonton slot ni tapi tidak jemu-jemu (dah terbiasa ngan siaran ulangan astro)..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...

hari ni fokus coretan adalah mengenai IKHLAS...apa yang menariknya perbincangan dalam slot bersama Ustaz Aa Gim itu adalah berkisar mengenai bagaimana ingin mengikhlaskan hati...kita tau bahawasanya 'tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima'...tapi kadang2 kita sendiri serabut dengan orang2 yang hidupnya meminta-minta..pernah di suatu ketika dahulu, kecoh mengatakan orang2 yang meminta derma tu ramai yang berbohong..guna duit derma orang ramai tuk belanja sendiri...so, timbul dalam diri tiap kali nak menderma perasaan yang was2..isu ni pernah menjadi perbualan santai kami anak beranak di kampung tatkala arwah opah bercerita, terlalu ramai yang datang meminta derma di rumahnya dan tak tau sama ada mereka itu betul ataupu bohong..kata Uda(my uncle) "kita tak payah nak fikir sama ada orang tu betul ataupun bohong, yang penting ikhlas..insya Allah kita akan peroleh pahala daripada Allah S.W.T" ,,sejak daripada tu kata2 Uda menjadi pegangan diri ini...

Ustaz Aa Gim sendiri berkongsi pengalamannya, katanya di suatu hari sedang keretanya berhenti di traffic light, datang seorang yang meminta sedekah...beliau hanya mengatakan kepada si peminta sedekah "berdoalah pada Allah moga dicukupkan rezeki"..kemudian orang tersebut ke sebelah penumpang pula, dan sahabatnya yang juga merupakan seorang ustaz telah menghulurkan sedekah...tanya sahabatnya itu " mengapa Ust. Aa tidak memberi"..kata Ust Aa " orang yang meminta tadi, adalah seorang yang sihat dan boleh bekerja, saya tidak menyedahkan wang, maka sedekah saya adalah nasihat" sambung sahabatnya " sesungguhnya, Rasulullah sendiri tidak pernah menolak apabila diminta, mungkin orang tadi akan lebih mendengar sekiranya nasihat diberi selepas diberikan wang"...ada betulnya kata sahabat Ust. Aa itu...makanya Ustaz Aa menasihati agar kita semua perlu meletakkan diri kita ditempat orang yang meminta sedekah itu..makanya kita akan lebih ikhlas menghulurkan sedekah insya Allah..banyak lagi kisah2 menarik yang dikongsikan oleh Ust. Aa Gim..begitu padat sekali slot sejamnya ini..dan katanya orang yang ikhlas akan sentiasa tenang dalam apa jua bentuk aspek kehidupan...dan kita perlu ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita lakukan..begitu penting sekali untuk kita mempunyai sekeping hati yang ikhlas dan melakukan segala-segalanya kerana Allah...

diri ini juga merupakan peminat Oprah Winfrey Show, banyak nilai2 positif yang boleh diperolehi daripada program ini..cerita bab ikhlas, nampak jelas Oprah seorang yang ikhlas dalam setiap programnya..program kelmarin (ulangan jugak) memperlihatkan William yang merupakan salah seorang penyanyi kumpulan Black Eye Peas telah membantu 2 buah keluarga melangsaikan hutang perumahan yang sekiranya tidak dilangsaikan dalam masa yang terdekat, pihak bank akan mengambil rumah mereka itu..

Oprah bertanyakan kepada William mengapakah dia ingin berbuat demikian...dan jawapan daripada William agak membekas di hati ini, katanya "menjadi impian saya menyanyi untuk membantu orang yang memerlukan"...dia sanggup keluarkan wangnya sendiri (of course dia seorang yang kaya) untuk membantu keluarga2 di America tuk melangsaikan hutang perumahan mereka...tapi berapa ramai yang sanggup berbuat demikian...kita sendiri sebagai orang Islam yang mengaku beriman pun jarang terfikir bahawasanya " duit hasil titik peluh ku ini akan aku gunakan untuk membantu orang lain"...dapat je duit, apa yang kita fikirkan..."nak beli apa ye, nak tukar handphone la ada model baru yang keluar, nak beli pakaian la yang lama ni dah bosan..nak tukar sport rim la, kasi sporty skit baru ngam"...alangkah indahnya andai diri ini juga mempunyai pemikiran dan hati seperti William...

ya..ya..kita takde sumber kewangan yang mantap seperti William..so, mana mungkin kita dapat menyumbang seperti beliau...tapi ada lagi satu kisah yang betul2 membekas di hati ini..kisah seorang penjual sayur...kisah ini saya baca daripada Rider Digest..seorang penjual sayur di Tai-tung, Chen 60 tahun telah dipilih oleh majalah TIME sebagai top 100 yang mempengaruhi orang ramai dalam kategori 'Heroes of Philanthropy'...Chen telah menderma sebanyak $300,00 kepada pelbagai badan kebajikan...beliau yang merupakan seorang yang merendah diri mengatakan beliau hanya membelanjakan sedikit duit hasil jualan sayurnya itu bagi keperluan diri yang asas sahaja dan selebihnya didermakan kepada pelbagai badan kebajikan..beliau juga menolak untuk menerima award itu di New York kerana baginya beliau membuat semuanya itu bukan untuk glamor...katanya " saya tidak membuat sesuatu yang luar biasa, semua orang boleh melakukannya jika mahu. Terdapat banyak badan-badan kebajikan, cuma kita yang tidak tahu"...katanya lagi, "saya tidak meletakkan keutamaan kepada wang. Apabila saya menderma untuk membantu orang lain, saya berasa tenang dan gembira, dan saya boleh tidur dengan lena di malam hari"...sungguh mulia hati Chen kan?...


ada lagi satu kisah yang ingin dikongsikan di sini...adik kawan saya berkongsi kisahnya di Pudu Raya...ditakdirkan beliau melihat seorang yang buta ingin melintas jalan..kita semua sedia maklum akan kesibukkan Pudu Raya kan? Beliau pun membantu orang buta itu melintas jalan...kemudian, beliau yang belum makan tengah hari ke kedai makan untuk menjamu selera...selesai makan, beliau ke kaunter untuk membayar, dan alangkah terkejutnya apabila pengurus kedai mengatakan yang makanannya telah dibayar..dan orang tersebut telah berlalu pergi...inilah yang dikatakan 'buat baik dibalas baik'

kisah2 yang dikongsi di sini adalah antara kisah2 yang berbekas dalam diri ini...moga kita semua memiliki sekeping hati yang ikhlas dan mulia seperti mereka2 itu..dan moga kita boleh menginfakkan rezeki yang diberikan oleh Allah ini kepada yang lebih memerlukan..ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan..tak nantikan kaya raya seperti William mahupun Oprah baru boleh menderma, lihat sahaja Chen..dan tak semestinya kita menghulurkan wang ringgit..berilah bantuan dalam apa jua bentuk sekali pun, lihat sahaja kisah adik kawan saya tu..

mungkin kita sama-sama boleh menghayati Ayat Seribu Dinar; ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.

mahfumnya:

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

kata ulama, tidak akan fakir seseoarang yang menginfakkan hartanya...dan jika dihayati dan fahami akan ayat seribu dinar ini, bahawasanya Allah akan memberikan rezeki daripada sumber yang tidak diduga...dan lakukan segalanya demi mendapatkan keredhaan daripada Allah S.W.T..

moga kita semua dapat mendidik jiwa agar memiliki sekeping hati yang ikhlas..

wallahu'alam

>>mohon yang lebih arif dapat menegur diri ini andai ada salah dan silap..tq


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...