Thursday, January 17, 2013

Album Kehidupan: Cuti Celup-Celup (KL-KCH-PONTIANAK-TAIPING)

Bismillahirrahmanirrahim
~assalamualaikum wbt~

Saya nak kongsikan gambar2 yang di ambil sepanjang cuti hujung tahun yang lalu.  Memandangkan cuti sekejap je sebab perlu balik bertugas, makanya ia dimanfaatkan sebaik mungkin.

Cuti bermula di 
KUALA LUMPUR
Kalau ke sana, Jalan TAR memang sentiasa dalam tentatif program. Kalau korang ke Bazar yang dekat Masjid Jamek tu, cuba tinjau2 ke gerai tudung '10 hengget!'. Memang MURAH giler tudung2 kat situ, berkualiti dan cantik2. Kat depan SEMUA HOUSE plak ada GIANT DONUT. Memandangkan cuti sekolah, GLOBE membuat promosi jualannya dengan cara yang agak menarik, pekerja2 menari tarian poco2 dengan berpakaian sekolah di kawasan ruang legar. Ingatkan bebudak, dua kali toleh 'orang tua rupanya'...hehehe


SOGO & JUSCO juga adalah antara tempat2 yang wajib jejak.


ni plak gelagat anak2 fruit masa menghantar ke LCCT.

bersedia berlepas ke 

KUCHING, SARAWAK
Tempat pertama: ke Serikin, Sarawak

Rambang mata, wooo...Kat sana panas, sebab berada betul2 di atas Garisan Khatulistiwa. Kalau ke sana jangan lupa pakai topi atau pun berpayung. Andai terlupa, jangan risau sebab ada yang menjual payung dan topi yang pelbagai jenis. Baru pukul 10 pagi, tapi matahari dah tinggi ..fuh! Apa2 pun, puas gak la membeli-belah.


Kemudian, perbaharui PASPORT. Pertama kali guna Kiosk, best gak la. Almaklum la kat tempat sendiri tak de. Ingatkan, terus siap. Rupanya kena datang semula ambil di kaunter. Kuching ni ramai orang, berjam2 gak la menunggu. Aduhai! kalau kat tempat sendiri takde la lama sangat, sebab tak ramai orang yang nak buat pasport ni. 

Perbaharui pasport sebab nak ikut rombongan mak ke
PONTIANAK, KALIMANTAN BARAT
INDONESIA


PONTIANAK ni terletak bersebelahan dengan Sarawak. Kalau dengan kapal terbang, tak sampai sejam penerbangan kalau tak silap. Jalan darat plak, mengambil masa 10jam. Saya dan mak memilih jalan darat dengan menaiki bas, baru la luas pemandangan kan?
Jalan daripada sempadan Kuching, Tebedu sehingga ke Pontianak agak mencabar. Jalan kampung dan kecil. Kiranya macam jalan Gulau, Sik ke Pendang. Bukan sekadar kecil tapi agak berliku-liku di sesetangah kawasan. Cermin bas pecah sikit kat sebelah atas, gara2 terlanggar dahan pokok. Syukur alhamdulillah kami semua selamat. Kat sana, takde lebuh raya apatah lagi R&R. Makan nasi lemak dlm bas dan juga jajan buat alas perut, tak singgah makan sebab tak sempat. Lagi pun kedai makan agak payah nak jumpa dan kita tak tahu sama ada ia halal atau pun tidak memandangkan bukan semuanya Islam. Sungguh mencabar!

Masalah yang paling kritikal bagi mereka adalah petrol. Kelihatan banyak lori2 yang tersadai di tepi jalan, gara-gara stesen minyak kehabisan petrol dan mereka perlu menunggu berjam-jam untuk bekalan sampai. Kehidupan masyarakat kampung serba kekurangan. Kelihatan daripada tingkap bas, ada yang mandi air parit (keruh) di hadapan rumah mereka. Van adalah pengangkutan utama bagi pelajar ke sekolah, dan apa yang uniknya van penuh dengan pelajar sehingga ada yang duduk di atas bumbung van. Agak menggerunkan dan membahayakan bagi kita yang melihat, tetapi itulah rutin harian yang biasa bagi mereka. Mereka berjuang untuk hidup. Terbayang, anak2 sekolah di Malaysia, bertapa bertuahnya kita.Pelbagai bantuan yang diberikan bagi meringankan tanggungan. Terima kasih Allah.

Van dan bas juga digunakan untuk menghantar barang dan bukan sekadar orang. Kelihatan di atas bumbung2 van dan bas perabot, tilam dan lain2. Jumlah barangnya bukan satu dan bukan juga dua, macam seisi rumah. Kagum sungguh, cuba perhatikan van kuning tu, ada kerusi, meja, almari di atas van yang sekecil itu. Jika pengangkutan utama di bandar Bejing adalah basikal. Manakala di bandar Pontianak pula adalah motosikal.
Salah satu pengalaman menarik adalah makan di restoran bergerak. Menikmati makan malam sambil menyusuri sungai.  Bukan menaiki cruise ye, tapi bot nelayan..hehe
Kat sana pun tengah musim durian, masa tu. Banyak gerai2 yang menjual di tepi jalan. Beli dan terus makan, ada disediakan meja dan kerusi. 3 biji berharga 7500 rupiah, lebih kurang RM3. 
Pasar Sudirman, adalah kawasan membeli-belah yang sering dikunjungi oleh pelancong mahupun orang tempatan. Terdiri daripada deretan kedai2 dan juga bazar. Konsepnya sama macam bazar2 yang lain, menjual baju, tudung, pakaian kanak2, kasut dan lain2. Kalau kena gayanya, dapat gak la sepasang dua yang berpatutan harganya dan berkualiti.
Bersebelahan dengan stadium pula, terdapat deretan kedai menjual cenderamata. Antara yang uniknya adalah gula2 yang diperbuat daripada aloe vera. Hasil kreativiti masyarakat di sini. 
Kesimpulannya, Pontianak adalah sebuah bandar besar yang sedang pesat membangun. Walau pun demikian, kebanyakan penduduknya masih serba kekurangan. Banyak pengalaman berharga yang sempat dikutip di negara orang. Setiap pengalaman membuatkan diri ini sentiasa bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, alhamdulillah. 

Terima kasih Allah, terima kasih mak di atas tajaan percutian..hehe
Balik Pontianak, sambung ronda2 di Kuching.
Waterfront

Kat sini la tempatnya kalau nak beli terubuk masin (freshly made), Satok.
Kek Lapis pun, salah satu item wajib beli kalau ke Sarawak. Cubalah semua sample yang ada dalam tray, sampai kenyang pun boleh..hihihi
Antara makanan-makanan Sarawak yang menjadi kegemaran. Mee Kolok, Mee tak ingat nama (hihi), Daging masak hitam Sarawak dan Pulut inti Periuk Kera.

Balik ke KUALA LUMPUR
Ronda2 lagi. Tertembung plak dengan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia. Macam tu rupanya senario di Stadium Bukit Jalil tatkala ada perlawanan, selalunya lengang je.

Kali ni, kami ke IKEA plak..huhu

Balik daripada KL
kami ke TAIPING, PERAK. 

Nama je Perakian, tapi inilah pertama kali menjejakkan kaki ke Taiping. 
Best rupanya Taiping ni. Banyak tempat yang boleh dilawati. Nanti nak pi lagi.

Alang-alang dah ke sana, apa lagi. Tak lepaskan peluang ke Kuala Sepetang demi untuk menikmati sendiri Mee Udang Banjir, Mak Jah. MasyaAllah! Memang SUPERB! 

Pekena plak Durian kampung lepas tu. Pakej yang lengkap gitu.

Ada 2 gerai NASI LEMAK yang popular dalam kalangan masyarakat setempat di Taiping. 
Gerai ni digelar masyarakat setempat Nasi Lemak Bukit Doremon (tak tau la kenapa namanya sedemikian). Berhadapan dengan Taman Lake View.
Subhanallah! Banyak pilihan lauk-pauk dan dijamin sedap insyaAllah. 
Warong Muhibbah pula digelar Nasi Lemak Orang Kaya. Tak kurang hebatnya. Kaya dengan kuah dan juga sotong kembang yang besar. Walau bagaimanapun, pilihan lauknya tak banyak.

Akhirnya kembali ke tempat sendiri

HOME . SWEET . HOME

.: Thank You ALLAH for all the GREAT moments :.

 














No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...