assalamualaikum
Bukan namanya hidup kan, seandainya tak ditimpa masalah & ujian drpd Allah SWT. Ujian yang sering diri ini hadapi adalah sakit. Alah sakit2 biasa tapi terus sebati dan kekal dalam diri. Mungkin drpd corak pemakanan, kurang sayur & buah2an dalam diet harian. Kurang senaman pun, ye jugak.
Penyakit2 yg perlu diri ini hadapi seumur hidup migrain, gastric, asthmathic bronchitis & eczema. Diri ini tahu yang semua penyakit2 ini adalah disebabkan 'gaya hidup tidak sihat'. Migrain & gastric bleh dikategorikan sebagai penyakit org yg berkerjaya, sbbnya tekanan dan jadual waktu mkn yg tidak teratur. Asthmatic bronchitis & eczema merupakan adik beradik, dan mungkin juga diwarisi drpd nenek moyong. Kata para doktor ia boleh dikawal dan mungkin juga sembuh sepenuhnya dgn syarat perlu mengamalkan 'cara hidup sihat'...hehehe...InsyaAllah, I'll be more serious from now to live a healthy life. May Allah help me to make it more easier, amin.
Seperti yang kita tahu, sakit itu ujian drpd Allah SWT. Daripada laman blog seorg sahabat diri ini belajar sepotong doa yang cukup indah yang berbunyi:
"ya Allah,jika sakit ini membuatkan aku lebih beriman dan membuatkan aku sedar akan kesilapan ku,maka aku sanggup ya Allah..dan jika sakit ini bisa menghapuskan dosa-dosa yang telah aku lakukan,maka aku juga sanggup ya Allah..dan engkau sembuhkanlah diriku dengan kekuasaanMu (bukan dengan ubat)..dan ampunilah dosa2 hamba ya Allah..sesungguhnya Engkau berkuasa mengubah segala sesuatu sedangkan makhluk tiada kuasa.."
Ia tersisip rapi dalam lipatan entry pada tahun lepas.
Dan kali ini, diri ini ditimpa ujian 'chronic eczema' , kalau tak kronik takde la sampai berbungkus tangan tu, kan..hehehe.
Lewat blog saya yang lalu, ada saya titipkan ECZEMA cure. Banyak produk yang boleh kita ambil sebenarnya untuk mengubati eczema ni dan harganya pula bleh mencecah hingga ratusan ringgit. Apa yang boleh disimpulkan, diri ini mungking mempunyai organ2 yg lemah berbanding orang lain. Makanya pencernaan toksik agak perlahan dan mungkin ada enzim2 dalam bdn yang tidak dihasilkan dgn banyak dan akhirnya menyebabkan eczema. Kena makan sayuran & buah2an yang banyak dlm diet harian andai tak nak bergantung pada produk2 supplement.
Tapi itu semua bukan persoalan, sakit yang diberikan oleh Allah SWT kali ini menyedarkan diri ini betapa indahnya dan nikmatnya 'sakit'. Diri ini merasakan lebih mengenal nikmat yang Allah berikan, yang mungkin selama ini hanya dipandang dengan pandangan biasa sahaja. Alhamdulillah, diri ini mula menghargai 'sihat' setiap kali 'sakit'. Dan kali ini, diri ini lebih menghargai 'sepasangan tangan' kurnian Allah SWT Yang Maha Pencipta dan Maha Mengasihani. Mana kan tidak. Doktor menasihati agar tangan yang satu ini tidak boleh kena AIR, SABUN & MINYAK. Baru cepat baik kata tuan doktor. Kalau nak basuh pinggan atau masak kena pakai sarung tangan. Masa mandi pun kena jaga juga. Adoiiiila hai, makanya tangan ini hanya kena air masa berwuduk aje, tu pun cepat2 lap bagi kering. Makanya kebanyakan kerja yang biasanya dilakukan dengan tangan kanan, kini diambil alih oleh tangan kiri. Kadang2 tu nak basuh pinggan sebijik je, so malas la nak pakai sarung tangan sbb tuan doktor nasihatkan spy pakai 2 lapis (kain kemudian yg getah tu). Jadinya, tangan kiri la yg main peranan. Masa nak mencuci rambut plak, agak kurang biasa la pakai sarung tangan segala, sudahnya tangan kiri la yang memainkan peranan.
Baru 4 hari, tapi susahnya rasa. Macam mana la yang kurang upaya tu ye, mesti sukar diaorg menjalani kehidupan seharian. Mungkin diaorg dah biasa dengan keadaan demikian, tapi ia tetap tidak sempurna. Sememangnya mereka2 ini golongan yang tabah, tabah meniti kehidupan dengan serba kekurangan. Bertuahnya kita mempunyai 'sepasang tangan' yang sempurna.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan; ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7).
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.” (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
“Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.” (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan nikmat anggota badan yang sempurna buat hamba mu yang hina ini. Sungguh besar pemberianmu Ya Allah. Kini baru ku tahu Nikmatnya mempunyai 'Sepasang Tangan'.
1 comment:
Semoga cepat sembuh..nasib baik dah cuti sekolah kan..so, bykkan berehat ya...
Post a Comment