assalamualaikum wbt.
Bersama-sama cuba merungkai 'Pentingnya Hari Malaysia'
dalam rancangan ASSALAMUALAIKUM; TV Alhijrah..
Intipati Perbincangan:
1~ Definisi: Hari ini, 16 September merupakan hari tertubuhnya negara Malaysia pada tahun 1963 setelah mendapat tentangan daripada beberapa buah negara (Indonesia, Filipina dan Brunei).
2~ Bagi menghargai jasa baik pemimpin terdahulu dan mensyukuri nikmat menjadi rakyat Malaysia, kita semua perlu memajukan diri dengan ILMU.
~ Carilah ILMU sebanyak yang boleh, berGURUlah dengan yang PAKAR dan bukan yang hanya sekadar omong kosong.
3~ Pengisian sambutan bukan sekadar HENDONISME kerana mengikut kajian tidak sampai 30% belia yang sukakan hiburan semata..sambutan yang berteraskan HIBURAN perlu berpaksikan ILMU. Agar belia lebih memahami dan menjiwai sambutan.
~ Kita perlu mendalami ilmu secara KREATIF.
4 ~ Kena PANDANG BELAKANG, supaya SEJARAH tidak dilupakan.
5 ~ Harapan: Jika kita seorang PELAJAR, kita jadi PELAJAR yang BAIK...Jika kita seorang PEKERJA, kita jadi PEKERJA yang baik..Jika kita seorang PEMIMPIN, kita jadi PEMIMPIN yang baik..kerana NEGARA yang BAIK lahir daripada RAKYAT yang BAIK..
>>perbincangan yang cukup menarik..menjadi SARAPAN MINDA saya di pagi hari ini..walaupun terkadang saya merasakan keadaan di luar negara (baru berkesempatan ke 3 buah negera je pun..hehe) lebih baik dalam beberapa aspek, namun setelah kembali ke Tanah Air dan difikirkan kembali dengan lebih mendalam...Malaysia adalah yang TERBAIK..bersyukur sangat dilahirkan di BUMI BERTUAH ini...moga ALLAH terus melimpahkan rahmatnya di negara tercinta ini dan menjauhkan segala malapetaka..amin..
Jangan ditanya apa yang NEGARA boleh berikan kepada KITA,
Tapi tanyakan apa yang KITA berikan kepada NEGARA..
Dalam konteks diri saya pula, saya ingin memberikan MALAYSIA
'Modal Insan; Minda Kelas Pertama' seramai yang boleh...insyaAllah, amin..
~SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA~
No comments:
Post a Comment