Assalamualaikum wbt.
Sedar tak sedar lagi 3 bulan kita akan melangkah ke tahun 2013...Cepat sungguh masa berlalu, kadarnya bagaikan hanya sekelip mata...
Sebagai pendidik, bulan2 begini adalah waktu kemuncaknya..semua topik mesti dihabiskan..Dalam pada cikgu2 sibuk menghabiskan silibus, perlu juga menyediakan soalan2 peperiksaan..yang mengajar kelas2 peperiksaan perlu membantu muridnya membuat persediaan menghadapi peperiksaan awam..guru Tingkatan 1 pula, sibuk menghabiskan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)..
Diri ini pula, baru pertama kali mengajar Tingkatan 6 (Penggal 1)..mereka2 ini akan menduduki Peperiksaan STPM Penggal 1 November ini...wahai anak2 didik ku sekalian, cikgu mu ini menyusun 10 jari memohon kemaafan kerana cikgu mu ini tidak dapat mengajar dengan baik kerana belum benar2 menguasai mata pelajaran tersebut...Cikgu telah berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajar kalian semua, tapi cikgu merasakan cikgu telah gagal untuk berbuat demikian...rasa bersalah sangat..cikgu harap kalian dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk final ni dan cikgu doakan kalian berjaya memperoleh gred yang baik...
Mujur la jugak tak mengajar Tingkatan 1, sebab beban PBS teramat besar untuk digalas...memandangkan ia merupakan tahun pertama pelaksanaan di sekolah menengah, masih banyak kelompangan yang perlu diperbaiki...dan memandangkan ia hanya dimulakan pada pertengahan tahun, keadaan agak kelam kabut dan ia wajib dihabiskan juga dlm sebulan 2 ni, menyebabkan guru2nya agak tertekan dengan faktor2 kekangan masa dan sistem...
Dalam dok kelam kabut dan lintang pukang kat sekolah..perlu pula membentangkan kertas kerja kajian tindakan..makanya dicelah-celah kesibukan itu, diri ini terpaksa mencelah mencari ruang membuat persediaan untuk pembentangan..terima kasih Allah di atas segala kemudahan yang telah Engkau kurniakan..alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...kepada rakan2 pembentang, tahniah semuanya...moga kita berjumpa lagi di lain masa..
Fokus seterusnya, adalah untuk menyiapkan powerpoint Salt, penuliasan Kajian 2012, penulisan Inovasi 2013 dan penulisan Projek Berasaskan Sekolah..moga Allah memberikan kemudahan kepada diri ini dalam menyiapkan segala tugasan..
No comments:
Post a Comment