سُبْحَانَ اللّهِ والْحَمْدُللّهِ وَ لااِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ
Saturday, June 4, 2011
Bab 8 : Aku dan noktah
Majlis perkahwinan adikku Ainul dan majlis pertunangan adikku Naufal dan Jamilah semakin hampir. Ibu bapaku setuju untuk menyatukan Naufal dan Jamilah dan juga diadakan pada tarikh yang sama dengan perkahwinan Ainul.
Hari ini aku sangat letih, rasa seperti mahu demam saja tapi aku gagahkan diri untuk ke butik pengantin mengambil baju pengantin adik-adikku. Mereka sibuk dengan persiapan pengantin, jadi aku memandu seorang diri ke butik pengantin.
Kepala ku terasa sakit sekali, pening!
Aku tersentak tatkala terdengar bunyi hon kereta daripada belakang, rupa-rupanya aku dah termasuk lorong jalan bertentangan! Astaghfirullahalazim…
Sambil memegang dahi yg pening ni, aku memulas stereng dan tiba-tiba aku ternampak lori dari arah hadapanku!
“Pon….!..dush!”- crash.
*************************************************************************************
“ Doktor,bila anak saya boleh sedar?”
“ Saya tak jamin, anak puan dalam keadaan yang stabil tetapi berdoalah pada tuhan moga anak puan sedar”
Kedengaran suara esakkan ibu memecah suasana sunyi. Tapi di mana aku? Kenapa gelap je ni? Kenapa aku tak dapat bergerak ni? Kenapa ni?
“Ibu! Tengok tu! akak menangis..”, jerit Ainul.
“ Eh,doktor anak saya…”
“Itu suatu perkara yang normal bagi pesakit yang koma, dia masih boleh mendengar apa yang berlaku di sekeliling tetapi dia tidak mampu mengerakkan badan. Puan teruskan berbual dengan anak puan moga dia cepat sembuh dan memberi respon”, jawab doktor.
Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah…adakah ajalku sudah hampir?Engkau uji aku dengan ‘kegelapan’ ini..mengapa duniaku gelap..aku tidak dapat merasa tubuhku..Tiba-tiba, terasa seperti tanganku digenggam seseorang..Tetapi aku tidak dapat membalas genggaman tersebut..Aku tidak terdaya…
“Anak ibu bangunlah..Kuatkan semangat,ibu ada di sisi kakak sekarang ni”,esak ibu perlahan-lahan.
“Akak, bangunlah kak..ni Ainul, bangunlah kak,Ainul datang dengan suami Ainul..Bangunlah”, terdengar pula aku akan suara halus aku pasti itu adalah Ainul adikku.
“Rabiatul, I minta maaf untuk segala-galanya..I berharap moga Rabiatul bangun dan maafkan saya”, terdengar lagi suara yang pelat bahasa melayu yang semestinya Jamilah.
“Akak,Naufal tahu Naufal banyak buat salah dengan akak. Naufal harap akak dapat sembuh cepat..Naufal nak minta maaf dengan akak..”, kata Naufal dengan penuh sebak.
Rupa-rupanya ramai juga yang berada di sekeliling aku, tetapi aku hanya mampu mendengar suara sahaja. Aku harus kuat, aku yakin dengan Allah. Sesungguhnya aku sangat merindui saat berinteraksi dengan Allah, aku merindui saat aku di sejadah menangisi dosa-dosa yang telah aku lakukan. Kini aku tidak mampu melakukan semua itu. Betapa nikmatnya kesihatan yang Allah bagi padaku dan betapa banyak aku gunakan untuk beribadat mencari cintaMu.
Tuhan baru ku sedar,indah nikmat sihat itu,
Tak pandai aku bersyukur,
Kiniku harapkan cintaMu,
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku,
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi..Muhasabah cinta ku
Bait-bait lagu ini mula terngiang-ngiang di ingatanku. Aku bermuhasabah diri. Kedengaran pula suara suara ayahku:
“ Doktor..tangan anak saya bergerak!” ,jerit ayahku kegembiraan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment