سُبْحَانَ اللّهِ والْحَمْدُللّهِ وَ لااِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ
Saturday, June 4, 2011
Bab 9 : Ketentuan Allah
Setelah hampir setengah tahun aku koma daripada tragedi kemalangan dulu, akhirnya aku sembuh dan dibenarkan pulang oleh doktor.
Rupa-rupanya bermacam perkara berlaku di sepanjang ketiadaan aku. Adikku Naufal sudah diijabkabulkan dengan sahabat rapatku Jamilah beberapa bulan selepas pernikahan adikku Ainul. Kini tinggal aku seorang sahaja di rumah bersama ibu dan ayah. Adikku Ainul meneruskan kehidupannya sebagai pelajar begitu juga suaminya di luar negara manakala Naufal serta Jamilah tinggal di rumah yang mereka beli sendiri.
Aku bersyukur, adik-adikku telah selamat diijabkabulkan dan kini aku masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Berulang alik dari rumah ke tempat kerja dan meluangkan masa bersama-sama dengan ibu dan ayah.
“Kakak, nak ayah carikan calon?”
“Tak tahulah ayah”
“Dah tu takkan kakak tak nak kahwin?”
“Ish ayah, sunnah tu..jodoh tak sampai lagi”
Begitulah perbualan aku dan ayahku. Bukan aku tidak mahu untuk berkahwin tetapi aku seperti malas untuk memikirkan hal itu.
“Ayah, kalau ada sesiapa yang pinang kakak lepas ni, insyaallah akak terima je”
“Kakak pasti ke?”
“Insyaallah, pasti”
Ayahku senyum memanjang tatkala mendengar jawapanku. Aku redha, siapalah jodohku yang bertuah tu?
*************************************************************************************
Aku melihat dari jauh pekerja baru itu. Dengar cerita baru ditukarkan di sini. Tapi kenapa macam pernah tengok je,ha!..Kan aku ada fail peribadi pekerja-pekerja..Hmm…Ku belek satu persatu fail-fail, tak jumpa pula..Mungkin belum diisi lagi. Ah biarlah! Kenapa aku bersungguh sangat nak tahu siapa pekerja baru tu?! Astaghfirullahazim…!
Kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar pintu pejabat aku.
“Masuk”, tegas aku sambil khusyuk menaip.
“Assalamualaikum,Rabiatul”
“Waalaikumsalam..”, jawab aku yang masih khusyuk menghadap komputer.
“Saya datang nak minta maaf..Maafkan saya ye Rabiatul sebab berkasar dengan awak dahulu”
Aku mengalihkan pandanganku ke arah suara tadi. Oh Dayana rupanya! Aku menghulurkan senyuman kepada Dayana lantas aku bangun dari tempat dudukku dan bersalaman dengannya.
“Dah lama tak jumpa Dayana, tengah hari ni kita makan sama ye?”
“Insyaallah..”,jawab Dayana.
*************************************************************************************
Aku merenung Dayana, nampak berseri mukanya..pakaiannya sudah tidak seperti dulu, dia sudah memakai tudung! Aku melihat kakinya..Dayana juga sudah berstokin..Alhamdulillah!
Tapi..
“Dayana nampak cantik la hari ini”,kata aku pada Dayana setelah memesan makanan tengah hari.
“Yeke..takdelah, biasa-biasa aje”, jawab Dayana tersipu-sipu.
“Seluar Dayana pun cantik, kalau dilonggarkan lagi seluar yang Dayana tu mesti lagi cun lah”,kata aku pada Dayana sambil tersenyum.
Dayana masih lagi tersipu-sipu tatkala mendengar ucapan ku itu.
*************************************************************************************
Petang ini hujan turun dengan lebat sekali. Jam menunjukkan pukul 5.40 minit petang. Aku masih terkial-kial menyiapkan kerja di dalam pejabat. Setelah siap menyiapkan kerja, aku mengunci pintu pejabat dan menuju ke tempat parking kereta.
Hujan semakin lebat, terasa nyaman sekali apabila musim hujan ini..Aku memandu kereta perlahan-lahan keluar dari tempat parking.
Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan kaki dalam hujan, tanpa payung dan dalam keadaan yang basah kuyup. Apabila kereta yang ku pandu berlalu di sebelahnya lelaki tersebut, aku terintai-intai..mungkin aku kenal orang itu..
Ah! Pekerja baru di tempat kerja aku la!.. ‘kesianlah pulak tengah-tengah hujan ni’,desis hatiku.
Tapi ..takut kalau orang tu jahat ke..dahla aku ni perempuan..
Astaghfirullahalazim! Husnuzon..ok, niat aku nak tolong dia je..
Lantas aku menolak gear reverse dan menekan minyak dan berhenti. Aku menurunkan cermin tingkap pintu kereta ku;
“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”,jawab lelaki tersebut dalam keadaan mengigil kesejukkan tanpa memandang aku.
Lelaki tersebut masih meneruskan perjalanannya.
“Encik! Tunggu sekejap”
Aku menolak gear D (drive) dan menekan minyak lagi dan berhenti. Aku berasa sangat kasihan kerana lelaki tersebut sudah mengigil-gigil. Nanti kalau pengsan baru tahu!
“Encik nak balik rumah ke?”
“Ya”,jawab lelaki itu lagi. Masih lagi tidak memandang aku! Jadi aku tak berapa nampak sangat wajah dia.
“Maaf encik lagi sekali, dengan izin Allah saya hantarkan encik balik ke rumah..saya tiada payung untuk bagi encik”
Lama juga lelaki itu berfikir di tengah hujan lebat ini. Air hujan mula memercik masuk ke dalam tingkap pintu kereta aku. Mahu tidak mahu, dengan aku sekali basah!
Macam mana ni?aku dah ‘ter’ pelawa pulak, rasa kasihan mengatasi perasaan yang lain!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment