سُبْحَانَ اللّهِ والْحَمْدُللّهِ وَ لااِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ
Saturday, June 4, 2011
Bab 4 : Rahsia Naufal terbongkar!
Hari ini aku berasa agak kepenatan, kerja aku di pejabat yang masih belum selesai, tempoh untuk aku beri keputusan sama ada terima ataupun tidak pinangan Muhammad Azam telah pun tamat. Kini, aku masih belum jumpa jalan penyelesaiannya. Aku faham, Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan dengan kesanggupan hambaNya sendiri.
“Kakak,esok kakak tak kerja kan?boleh tak bawa Adik pergi beli barang sikit”, tanya Ainul sambil menghirup air teh.
“Hmm,maaf la Ainul..walaupun kakak tak kerja esok,tapi akak kena pergi kerja juga,banyak sangat kerja yang belum selesai di pejabat. Akak ingat hari esok je lah akak dapat selesaikan semua kerja akak. Insyaallah,kalau siap awal, akak akan bawak adik pergi beli barang.Ok?”
“Ok,insyaallah..”,jawab Ainul sambil tersenyum.
Aku lihat sedari tadi Naufal sibuk menelefon seseorang,dengan siapa dia bercakap?mengapa sejak balik rumah asyik berkepit dengan handphone je?
“Naufal, tak makan ke?”,tanya aku setelah dia habis bercakap dalam telefon.
“Nak makan lah ni,akak..mak ada cerita kat Naufal yang ada orang masuk pinang akak,betul ke?”,tanya Naufal sambil menarik kerusi di meja makan.
“Hmm..kenapa?”,tanya aku,agak kurang selesa apabila adik sendiri tanya hal peribadi aku.
“Kenapa akak tak terima?”
“Mana Naufal tahu yang akak tak terima?”
“Maaf akak..”,jawab Naufal seperti rasa serba salah tatkala menyedari bahawa aku tidak selesa dengan pertanyaannya tadi.
“Tak apa,akak sebenarnya tak bagi jawapan lagi..itu je”,jawab aku untuk mengelakkan daripada Naufal bergelumang dengan rasa bersalah.
Ainul sedari tadi hanya mendengar perbualan kami dan tidak cuba untuk masuk campur. Ainul mulai bangkit dari tempat duduknya dan terus ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk.
“Hmm,maaf kalau Naufal tanya,akak dah ada calon lain ke?”
“Astaghfirullahalazim, siapa lah akak ni Naufal..akak lebih suka mencari cinta Allah daripada cinta manusia..Naufal kan tahu,nak jadi isteri yang solehah ni bukannya mudah..perlukan persediaan yang cukup,ilmu di dada belum cukup lagi”
Naufal hanya tersenyum-senyum tatkala mendengar jawapanku. Biarlah! Asalkan aku dah lepaskan apa yang terbuku selama ni.
*************************************************************************************
Tatkala aku sedang mengemas dapur,telefon bimbit Naufal berdering. Naufal masih lagi tidak kelihatan,lantas aku menjawab panggilan tersebut;
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..ini siapa?”,jawab si pemanggil
“Nak cakap dengan Naufal ke?dia tak ade,nak tinggalkan pesanan?”,jawab aku.
“Tak apa lah..nanti ana telefon balik,assalamualaikum”
“waalaikumsalam..”
Aku seperti rasakan sesuatu yang pelik setelah menjawab panggilan,sesuatu yang sudah lama aku tidak rasakan. Macam pernah dengar sahaja suara pemanggil tadi.Astaghfirullahalazim..
*************************************************************************************
“Ana yakin, akak ana tak ada sesiapa pun,dia cuma perlukan sedikit masa aje,anta jangan risaulah..Assalamualaikum”,jawab Naufal untuk mengakhiri perbualan telefonnya itu.
Tanpa Naufal sedari,sebenarnya aku sudah lama berdiri di belakangnya pada lewat malam tersebut.
“Eh.. kakak,ke..ke..kenapa takk tidur lagi?”,tanya Naufal tergagap-gagap.
“Naufal cakap dengan siapa tu?kenapa ada cakap pasal kakak?”,tanya aku dengan wajah serius.
Sememangnya pada malam itu aku tidak dapat tidur lena,jadi aku bangun untuk menunaikan solat istikharah.Setelah selesai menunaikan solat, aku terdengar bunyi orang sedang berbual di ruang tamu.
“Akak,sebenarnya..err..Naufal..err..minta maaf kak”,jawab Naufal sambil tertunduk.
“Cakaplah..apa?”
“Muhammad Azam yang telefon Naufal tadi”
Tercengang aku tatkala mendengar nama tersebut,tiba-tiba perasaan pelik juga kembali.Perasaan seperti bahagia je.
“Macam mana Naufal dan dia…”,belum sempat aku habiskan ayat Naufal memotong pertanyaan aku.
“Sebenarnya Azam ni senior Naufal,dia pernah satu sekolah dengan akak..Cuma berpisah bila akak sambung belajar kat lain dan dia pun kat lain. Dia dah lama berkenan dengan akak..”
Tiba-tiba aku rasa muka aku kian panas seperti kemerahan..dia? aku?? Sambung Naufal lagi..
“Kat universiti,Masa tu Azam pinjam laptop Naufal sebab laptop dia rosak,Naufal letak gambar family kita sebagai background,lepas tu dia tanya lah siapa gambar dalam laptop tu,Naufal cakap la yang tu akak..tak sangka pulak yang dia dah lama ada hati kat akak sejak sekolah lagi..lepas dia dah graduate dan dah kerja setahun lebih,dia contact Naufal balik..minta no.telefon rumah,Naufal pun bagilah..Tapi Naufal tanya juga untuk apa,dia pun cakap yang dia nak pinang akak,Naufal setuju je”,cerita Naufal sambil tersipu-sipu.
Kali ni aku dapat rasakan muka aku seperti nak terbakar dah..malunyaaa! Ya Allah,jika aku sudah ketemu cinta hatiku,janganlah pula Engkau kurangkan cintaku padaMu.
“Jadi selama ni orang yang Naufal selalu berkepit dengan telefon tu rupanya Azam lah?”
Naufal menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sipu.
“Ish,kamu ni”
“Akak tak suka ke kat abang Azam tu?”
“Akak nak masuk tidur dulu,Naufal jangan tidur lewat sangat ok”,jawab aku mengubah topik. Malas aku nak memanjang-manjangkan soal perasaan ini. Hatiku hanya Allah yang pegang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment