سُبْحَانَ اللّهِ والْحَمْدُللّهِ وَ لااِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ
Saturday, June 4, 2011
Bab 5 : Aku redha
Syukur kepada tuhan, aku diberikan petunjuk agar sentiasa berada di jalanNya. Kini aku harus memberitahu jawapanku kepada Cik Mah agar persoalan yang selama ini dibiarkan tergantung tak bertali akan terjawab!
“ Saya minta maaf cik Mah, saya tak dapat terima lamaran Muhammad Azam, anggaplah kami memang tiada jodoh”,kata aku dengan berhati-hati agar tidak menyinggung perasaan cik Mah.
Serentak itu riak wajah cik Mah berubah serta merta, berkerut-kerut keningnya.
“Tapi kenapa?..”,tanya cik Mah dengan suara sedikit serak.
“hmm..sebenarnya..”,belum sempat aku habiskan ayat, ayah aku memotong percakapan aku.
“Anak saya ni belum bersedia untuk menjadi calon isteri Muhammad Azam, katanya belum cukup ilmu lagi..”
Lama juga cik Mah berdiam diri, serentak itu juga ibuku memulangkan semula cincin pinangan yang diberikan oleh Muhammad Azam ketika masuk meminang dahulu.
Selepas peristiwa tersebut, aku redha dengan apa yang berlaku. Aku yakin Allah sudah ciptakan jodoh untuk aku, jodoh yang dapat menerima aku seadanya. Bukannya jodoh yang cintakan aku kerana nafsu sendiri, aku impikan jodoh yang cintakan aku kerana cintaku pada Allah s.w.t.
*************************************************************************************
Hari demi hari berlalu, aku bermuhasabah diri balik, tentang perasaanku sebelum ini. Alhamdulillah, keadaan kembali semula kepada normal. Aku masih sibuk dengan pekerjaanku dan masih sibuk melayani mak dan ayahku di rumah. Biarlah mereka pula yang berehat, dan aku pula yang menguruskan hal rumah dan makan minum mereka. Inilah salah satu cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ku ini.
Seperti biasa aku dan Jamilah saling membalas e-mail, kalau bukan tiap hari, pasti dalam seminggu ada sekali. Hari ini Jamilah menghantar e-mail berita yang menggembirakan,
Jamilah: Assalamualaikum..How are you?
Rabiatul: Waalaikumsalam.. Alhamdulillah, I’m fine..TQ ..How are you?
Jamilah: Alhamdulillah..ok sahaja.. ..hihi
Rabiatul : Sejak bila sudah pandai berbahasa melayu? It will be exciting..hihi
Jamilah: Since five months ago..hihi..I’m sorry because did’nt tell you about this..hehe >_<
Rabiatul: It’s ok my dear..>_<
Jamilah : Actually I want to tell you something, saya mahu berpindah ke Malaysia..hehe
Rabiatul: Is it true ? I’m really happy ! It’s been a long time..
Jamilah : Memang betul, saya rindu awak..sudah lama tidak berjumpa, I love to speak malay my dear friend..hehe
Rabiatul: Betul ke ? Kenapa berpindah ke Malaysia sahabatku?
Jamilah : Sebab..I want to get married!
*************************************************************************************
Peristiwa semalam masih lagi segar dalam ingatanku, peristiwa di mana aku diduga oleh Allah bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang jahil dengan agamanya sendiri, semalam merupakan kemuncak situasi tidak puas hati dia pada aku.
“Saya tidak bermaksud untuk bersikap kurang ajar dengan cik tetapi tindakan cik menampal kertas-kertas pasal tazkirah la, aurat la,semua tu lah memang tak wajar!”, kata Dayana rakan sepejabat aku.
“Sebagai orang islam,kita memang patut tahu tentang semua ni,tentang aurat dan juga perkara-perkara lain. Saya tampal supaya orang lain tahu tentang ajaran islam yang sebenar kerana kemungkinan mereka tidak tahu tentang itu”,jawab aku dengan nada lembut.
“Kalau cik nak jadi alim sangat, jadi sorang-sorang la,tak payah nak ajak orang lain!”,kata Dayana lagi dengan nada tinggi.
Aku bangun daripada tempat dudukku dan berjalan menuju kearah Dayana. Lantas aku pegang lengannya dengan lembut lalu berkata;
“Mula-mula dulu kan kita rapat, kenapa sekarang kita nak gaduh-gaduh? Kenapa kita perlu menidakkan perkara yang benar?Saya sayang Dayana dan tak mahu Dayana jauh daripada Allah. Saya tahu setiap manusia mahu yang terbaik untuk dirinya,mungkin Dayana juga mahu berubah kerana Dayana pun nak syurga Allah kan?nak kan redha Allah kan?”
Lantas Dayana menolak lenganku dan terus keluar dari bilik pejabatku. Aku harap Dayana mempertimbangkan tentang apa yang telah aku katakan tadi. Semoga dia mendapat cahaya petunjuk Allah..Aminn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment