Saturday, June 4, 2011

Bab 3 : Adik-adikku pulang!


“Assalamualaikum ibu, adik balik hari ni. Ada cuti semester, adik naik penerbangan petang ni dan insyaallah sampai hari esok”,kata Ainul dengan lembut.

“ Waalaikumsalam, yeke? Seronok ibu,hmm..abang kamu balik juga ke?”,tanya ibu dengan penuh tanda tanya.

“Ohh,abang tu tak tahu lah ibu..abang busy sangat,adik tak sempat nak tanya”,jawab Ainul dengan nada yang seronok,excited nak balik rumah.

Ainul iaitu adik bongsu baru sahaja berada di tahun pertama University of Kent di England dalam bidang pengajian Asia Tenggara. Ainul sememangnya manja dengan ibunya dan sentiasa bertanya khabar tentang ibunya. Begitu juga dengan Naufal yang tiap hari akan bertanya khabar tentang ibu dan ayah melainkan jika dia busy,maka mungkin dia akan jarang menelefon sejak itu. Naufal yang kini berada di tahun akhir Universiti Islam Madinah dalam jurusan sarjana muda syariah sememangnya sibuk dengan projek akhir dan juga peperiksaan akhir universiti.

“ Ibu jangan lupa kirim salam kat kakak, rindu kat semua..assalamualaikum”
“Insyaallah,jaga diri ye adik..waalaikumsalam”

*************************************************************************************

Setelah ibu mendapat panggilan telefon daripada anak bongsunya, ibu mendapat pula mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

‘Salam..ibu,ni Naufal..Naufal minta ampun dengan ibu sebab sudah lama tak telefon ibu,buat ibu risau..ampunkan Naufal ye ibu..telefon bimbit beserta dompet Naufal hilang..Naufal guna telefon sahabat Naufal kat sini..Ibu doakan Naufal berjaya dengan projek akhir dan berjaya harungi dugaan Allah ye ibu..assalamualaikum’

Ibu membalas mesej;

‘Naufal sayang,ibu dah lama ampunkan Naufal..ibu faham keadaan Naufal di sana..insyaallah ibu doakan Naufal..ibu restui Naufal..waalaikumsalam.’

Naufal merupakan satu-satunya anak lelaki dalam adik beradik aku.Sejak kecil lagi Naufal memang sangat menghormati ibu dan ayah, Naufal bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malahan dari segi sahsiah.

Apabila tiba hari aku,ibu dan ayah menjemput Ainul di lapangan terbang,aku merasakan seperti tidak sedap hati. Tidak seperti selalu, ketika di lapangan terbang aku meminta diri untuk ke tandas ,secara kebetulan aku bertembung dengan Cik Mah dan suaminya. Cepat-cepat aku bersalaman dengan Cik Mah dan menghulurkan senyuman.

“Sorang je ke?”

“Tak adalah makcik, saya dan keluarga datang nak jemput adik”

“Oo..mana ibu dan ayah kamu?”

“Ada,kat sana tu..”,kata aku sambil menunjukkan arah kedudukan ibu dan ayah.

“Kebetulan pula,hari tu kamu kata nak berta’aruf dengan calon suami yang nak meminang kamu kan..kejap ye”

Aku mula berasa tidak sedap hati,apa yang nak dilakukan oleh Cik Mah ni sebenarnya?


*************************************************************************************

Sudah tiba masanya untuk aku dan keluargaku ke lapangan terbang untuk menjemput adikku Naufal. Kali ni Naufal pulang dengan segenggam ijazah, aku bangga dengan adikku Naufal yang berjaya mencapai cita-citanya sejak dari dulu lagi.

‘Lama pula Naufal ni nak sampai,dah setengah jam’,desis hatiku sambil memerhatikan jam tangan. Rupa-rupanya ibu memerhatikan aku sedari tadi;

“Sabar la kakak,sabar tu sebahagian daripada iman”,kata ibu dengan lembut.
Aku hanya membalas dengan senyuman. Memang betul cakap ibu tu.

Teringat pula aku akan peristiwa minggu lepas;

“Perkenalkan,inilah Muhammad Azam yang suruh Cik Mah masuk meminang Rabiatul”,kata cik Mah sambil tersenyum.

Aku tersipu-sipu malu,aku hanya lihat wajahnya dengan sekali imbas sahaja. Aku mahu elakkan daripada panahan syaitan,aku takut akan berlakunya zina hati nanti.

Astaghfirullahalazim..seingat aku ketika itu calon suamiku ini berpakaian jubah putih dan membawa beg besar berwarna hitam.Mungkin baru pulang dari luar Negara.Entahlah!

“Maafkan ana, ana yang suruh cik Mah rahsiakan tentang ana,semasa anti dipinang hari tu, ana berada di Madinah”,jawab Azam sambil tertunduk.

Aku faham dengan situasi yang dialami,jadi hanya sebentar sahaja ‘proses ta’aruf aku dan Muhammad Azam di airport tersebut. Kami nak elakkan daripada panahan syaitan menjadi semakin parah,aku akui selepas pertemuan itu aku rasakan seperti perasaan suka itu mulai berputik. Astaghfirullahalazim,jika benar dia adalah jodohku,biarkan perasaan ini berputik kerana cintanya padaMu Ya Allah!

“Hah tu dia Naufal..”,kata ibu sambil menarik lenganku. Tersentak aku dari lamunan,nasib baik ibu tak perasan!

“Mak sihat?”,tanya Naufal sambil bersalaman dengan ibu dan ayah.

“Alhamdulillah,Naufal?”

“Alhamdulillah,ayah sihat?”

“Alhamdulillah,sihat aje..”,jawab ayah sambil tersenyum.

“Kakak, Ainul makin ‘sihat’ Naufal tengok”,kata Naufal sambil ketawa kecil.

“Nak buat macam mana kan..dah ‘sihat’,ok la tu”,jawab aku sambil tersenyum. Ainul hanya ketawa kecil aje.

Sedari tadi aku tengok Naufal sibuk bermesej,walaupun aku tahu aku tidak patut tahu tentang hal peribadinya tetapi jika melibatkan hal agama,aku wajib!Amar makruf Nahi Mungkar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...