Saturday, June 4, 2011

Bab 7 : Iman tanpa taqwa


Aku masih teringat peristiwa semalam. Peristiwa di mana aku dan adikku Ainul berada di butik pengantin. Aku masih lagi berfikir dan berfikir bagaimana carannya mahu aku mulakan ni..hmmm…

Alhamdulillah tiba- tiba ilham aku menjelma apabila ternampak Jamilah masuk ke dalam bilikku. Aku cuba mulakan perbualan yang berlapik dengan Jamilah:

“ Baru lepas mandi ke?”,tanya aku dengan soalan bodoh.

“Yupp..”, jawab Jamilah sambil tersenyum bahagia.

“Hmm, where did you go yesterday my dear friend, saya tengok you tak ada pun kat bilik?”,tanya aku pada Jamilah sambil tersenyum tawar.

“ Hmm, Rabiatul, I think this is a time I have to tell you something”, kata Jamilah sambil tersenyum, memang berseri-seri lah muka!

“Ok..beritahu jelah”,jawab aku, agak hambar.

“ Saya jatuh cinta”,kata Jamilah sambil tersenyum dan memeluk bantal di atas katilku.

“Alhamdulillah..”,jawab aku sambil tersenyum tawar.

“So, dia ajak kahwin”, kata Jamilah lagi.

Aku dapat rasakan bahawa Jamilah sebenarnya tidak tahu tentang ikhtilat ( pergaulan antara lelaki dan perempuan ) kerana Jamilah merupakan muallaf dan masih perlukan bimbingan agama daripada seluruh aspek. Agama islam kan agama yang syumul ( menyeluruh ), sampaikan nak menyempurnakan cinta pun ada caranya mengikut garis panduan syarak.

“ Jamilah..”

“Yup..”

“Saya bersyukur sangat kerana Jamilah mencintai seseorang insan yang bergelar lelaki. Hal ini kerana Jamilah dianugerahkan fitrah yang betul iaitu perempuan jatuh suka atau cinta pada lelaki atau sebaliknya”

“Hmm..ok”, jawab Jamilah sambil merenung tepat ke arah mataku untuk cuba memahami kata-kataku.

“ Jamilah pernah dengar tak apa itu ikhtilat?Mungkin daripada ustazah Alia ataupun daripada mana-mana?”,tanya aku sambil memegang bahu Jamilah.

“Hmm, apa maksudnya? I don’t think so I know about ‘ikhtilat’”,jawab Jamilah sambil berkerut-kerut kening.

“ Ikhtilat means pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim, islam kan agama yang syumul, sampaikan nak menyempurnakan cinta pun ada caranya”, jawab aku sengaja membiarkan Jamilah berfikir sendiri.

“ So, apa caranya?”

“ Jamilah pernah baca tak ayat ni :

Katakanlah kpd para perempuan yang beriman, agar mereka MENJAGA PANDANGANNYA, dan MEMELIHARA KEMALUANNYA dan JANGANLAH MENAMPAKKAN perhiasannya ( AURATNYA) dari surah An-Nur ayat 31. …..”, tanya aku pada Jamilah sambil tersenyum.

“ Kejap ye I nak ambil tafsir al-quran”, kata Jamilah lantas bangun menuju ke arah almari buku ku.

“ Cuba u buka page 350”

“ Rabiatul…I tak tahu, rasa berdosa sangat”, kata Jamilah setelah membaca ayat tersebut.

“ Allah berfirman supaya menjaga pandangan daripada ayat ni, apatah lagi keluar berdua”, sambung Jamilah lagi sebak.

“ Cuba u buka muka surat 285”, tanya aku.

“Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."”


Jamilah membaca satu per satu ayat tersebut hingga menitiskan air mata. Kata Jamilah lagi:

“ Allah berfirman agar JANGAN MENDEKATI ZINA, apatah lagi buat perkara yang menuju kepada zina”,

Malam itu merupakan malam dukacita buat Jamilah, Alhamdulillah dia terbuka hati untuk menerima teguranku. Aku faham, cinta memang sesuatu yang sukar dinyatakan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cinta yang betul-betul suci adalah cinta kerana Dia. Cinta yang tidak melanggar syariat, cinta yang disempurnakan melalui perkahwinan. Bukanlah cinta didasarkan atas “I love u” atau “u love me” sahaja sehingga bertahun lamanya sehingga melanggar apa yg dilarang oleh Allah s.w.t. Nauzubillah min zalik.

Namun ‘tugasan’ ku belum selesai. Aku teringat balik peristiwa ketika adikku Naufal dan Jamilah di dapur. Aku ternampak adikku Naufal merenung Jamilah, memang renungan yang pelik! Jamilah pula membalas dengan seyuman menggoda. Ya Allah! Perlu ber ‘husnuzon’ lagi ke? Semuanya dah terjawab apabila aku ternampak adikku Naufal dan Jamilahketika berada di butik pengantin baru-baru ini.

Mana perginya Naufal yang dulu? Yang pandai dari segi pelajaran dan juga arif dalam agama.Adakah sekadar mempelajari ilmu agama sahaja tetapi tidak di amalkan? Aku perlu rahsiakan hal ini daripada pengetahuan ibu dan ayahku,insyaAllah aku akan cuba selesaikan permasalahan ini.

“ Akak…akak!” , jerit Naufal.

“ Ya, ada apa..pagi-pagi lagi jerit panggil akak”

“Mana Jane?”

“Jane?”

“Hmm, Jamilah la!”

“Mana lah akak tahu”

“Ish!!”,jerit Naufal lagi sambil menuju ke arah dapur.

Aku mengekori Naufal dari belakang menuju ke dapur rumah.Aku mahu ‘face to face’ dengan Naufal tentang apa yang terjadi.

“Naufal..pandang sini..tengok akak ni”

Naufal langsung tidak pandang aku. Aku tidak faham apa salah aku sehingga dia tidak mahu pandang aku langsung.

“Kalau Naufal dah tak sayang akak, paling kurang Naufal kesian kan lah akak ni..pandang akak sekarang”

“Akak….”, panggil Naufal sebak setelah meyedari suara aku berubah dek kerana air mata mula membasahi pipi.

“Akak jangan menangis, Naufal tak boleh tengok akak menangis..Naufal minta maaf akak”

“Jangan minta maaf kat akak, minta maaf pada Allah”,jawab aku tegas sambil menyapu air mata.

“ Kiranya akak tahulah segalanya?”, tanya Naufal sambil tertunduk malu.

“Akak dah lama perhatikan Naufal dan Jamilah”

“ Akak..Naufal tak tahu kenapa Naufal buat apa yang Allah haramkan sedangkan Naufal tahu semua itu salah”, tanya Naufal padaku sambil memicit dahinya yang berkerut seribu itu.

“ Naufal adik akak”,panggilku sambil menarik lengannya dan duduk di kerusi dapur.

“ Ke mana perginya rasa ‘khauf’, rasa takut pada Allah? Ke mana perginya rasa cinta pada Allah? Ke mana perginya rasa manis dalam beribadat?”, tanya aku pada Naufal.

Taqwa”,jawab Naufal padaku.

Lama juga dia berfikir dan cuma menjawab sepatah sahaja.
Tidak lama kemudian aku melihat Naufal menitiskan air mata, seperti mengenangkan kesalahannya sebelum ni . Lantas dia bangun dari kerusi dan hilang dari pandangan.

Aku masih lagi tidak berganjak dari kerusi. Aku berharap moga Allah kurniakan adikku dan Jamilah petunjuk. Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau kurniakan petunjuk kepada kami…Aminn..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...